Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Friday, December 10, 2010

I care


I’m sending this to let you know
I think of you each day,
And pray for your recovery,
Hoping soon you’ll be okay.

You’re going through a lot right now;
You’re treatments can be trying;
Remember while you do them
It’s your problem you’re defying.

Hold on to your positive attitude,
And when things get hard to bear,
Know that I am here for you;
Remember that I care.

And when you’re well and flourishing,
Look back and realize,
You learned what you were made of;
That’s a reward that satisfies!

I believe in you; You can do it!

By Joanna Fuchs


Friday, November 12, 2010

kamu

rupa sudah rupawan
tapi hati tiada kasihan

sesekali rasa macam perlu untuk tarik kau dari jatuh dan terus tersungkur
bukan aku bukan sempurna
tapi aku punya rasa untuk hulur tangan
gapai kau dari terus kotor
kesan daripada jatuh dan tak bangun-bangun

Monday, October 18, 2010

last week

dari majlis makan-makan hari raya.
bengkel amalan terbaik (best practice customer service)
majlis persaraan ketua pustakawan
dan
event project assignment.
straight dan berduyun-duyun.
certain event ada yang aku ambil part as a ajk and ada yang as a peserta.
project assignment kali ini boleh aku kata amazing lah,
sebab nak form one organisation yang group members nya duduk serata malaysia.
penang,johor,terengganu,kl,perak and so on and eventnya berlangsung di negeri sembilan.
thanks to teknologi.
and thanks to kawan-kawan yang banyak pengalaman.
tak rugi rupanya ambil long distance mode nih.
btw.this is a few picture sebelum pengsan.

(nak besaq gambaq klikklik pada gambaq yang berkaitan naa)


konon-konon puteri raja di istana seri menanti lama


landskap yang cantik, dan si gemuk yang boleh melompat.ehem.

berlakon sebagai pekerja sani ekspress di bas uitm

pengantin dan bodyguard.

muka berubah terkujat jadi ju-on.rushing baru cabut dari majlis persaraan kp.
escape dari kemas-kemas perhiasan yang dihias.
we run things kannn




this week consider as a study week.
2 subject dah lepas.
yang dok huru hara nak hantar report/present/event tuh.
just 2 paper lagi.
but satu buku pun tak pegang lagi.
ada 7 hari.
pandai-pandailah arrange setiap malam.
since duduk rumah dan bukan hostel.
it's quite difficult to study dengan consistent.
banyak godaan dan cabaran.
haish.

Tuesday, November 10, 2009

the fear


dalam format menjaga hati kawan-kawan.
mungkin kita tak perlu riak untuk tampil segala kemewahan yang kita ada
dengan hasil kikisan dari serahan badan.
motif.umpamanya kawan-kawan itu tak mampu kot peroleh kemewahan yang di bobrok-bobrok kan itu.
haiya kawan.
usaha sendiri itu lebih bernilai taw dari permata yang di peroleh dari hasil kerja keji.
tak perlu bangga atas setiap perkara dosa.

ya.aku ini juga bukan malaikat yang sempurna segala sisi.
aku juga punya dosa yang tinggi dan tidak terhitung.
jadi aku tak bangga sama dosa-dosa aku.
tak perlu pamer.
cukuplah aku simpan sendiri untuk di muhasabah.
ia begitu malu dan busuk untuk di tayang-tayang.

aku tahu setiap manusia itu ada kelemahan sendiri.
sedang jika kelemahan itu di buat-buat untuk kelihatan lebih menarik bagaimana?
sedang kau tahu segala hukumhakam.
jelasnya kau bukan jahil.
tapi kau berbangga berlaku jahil.
kasihan kan.

aku juga tidak mulia.
tapi aku ada juga selitkan kau dalam setiap doa.

moga kau kenal diri kau sendiri.
bukan diri yang di pinjam tuhan,yang cantik jelita persis bidadari itu.
yang hakiki nya kita ini dari tanah yang levelnya sama saja.
tanah yang kotor dan berlumuih itu.
itulah kita yang sebenar.

aku masih sayangkan kau kawan.
come on-lah.

Friday, August 28, 2009

paculan serigala

hidup dalam pelbagai dimensi mentaliti yang berbeza-beza buat aku sangat berwaspada untuk bergaul.
baik dalam kata ganti nama diri mahu pun santunbahasa dalam adab hidup bermasyarakat.

tapi bagi sesetengah mereka yang sengaja meletakkan tahap mental di antara yang 'terhebat',pasti tidak akan peduli sama bual-bual mulut busuk manusia.
baik dalam nada nasihat mahupun sinis perli,belum masuk yang isu surat layang arahan jangan bising-bising selepas jam 12.
-yeah..hal aku,apa kau kisah,aku tak kacau tok wan kau..-(contohnya)

sebenarnya,ia kisah realiti yang di ubahsuai nama dan karakter,bersesuaian mungkin sama dengan piawaian pengunaan bahasa-bahasa indah.
bagaimana agaknya mereka dapat kekuatan unuk meneruskan hidup ya?


seorang teman,bersusuk tubuh seksi.
berpakaian tidak lah mendedah sangat.
tapi,maklumlah sudah susuk tubuh pun seksi kan.
bagi dia,ya si gadis itu.
tiada niat pun mahu buat freeshow or whateva,
hanya berpakaian ikut sedap pakai.
memang sedap hitunglah malaikat.aku tahu itu.
tanpa semena-mena di tegur dengan penuh kejam oleh sang lelaki tentang caranya berpakaian.
kejam dan halus.
berlari-lari anak dia pulang ke rumah dan mengadu pada aku,apa salah dia,apa dosa dia dan dbsfhjkfhfh plus sedu-sedu.

aku tergamam.
tak tahu mahu keluar word sebagaimana.
dan aku tak tahu pada pihak mana yang salah.
mata mereka yang meliar buntang meng-x-ray busana wanita.
atau
si gadis yang bertubuh seksi yang stok kalau di sarung jubah dan purdah tetap juga nampak seksi.


macammana?

Thursday, April 2, 2009

gerobok gonjeng


boleh tak kalau aku bilang cinta itu membuatkan kita semakin menjauh.

tadi aku selongkar gerobok album dalam almari hardisk.
saja cari idea di kala tensi,lepas itu boleh tersenyum sendirian bila tengok/mengenang
kenangan-kenangan yang di potret digital dalam folder,lepas tu.gelak-gelak sikit.macam pontianak harum sundal malam pukul 4.44 pagi.haih.teruk sangat tu.sopan sikit.

ok.aku rindu the fantastic four.
iya.the girls yang sama-sama mula merangkak masa baru berpijak kat bumi melbourne ini.
yang menangis juga kadang-kadang sama.
makan,minum,joging,buat assignment,tangkap gambar sama,sendiri-sendiri sampai 40 keping lepas tu ketawa,ketawa lagi,
kongsi cerita,menangis,cerita masalah cinta lara,buat bising sampai dapat surat layang dari senior dan warden(wtf pergi mengadu kat residentstaff)
pergi kelas,meronggeng,berjuang mempertahankan hak wanita,bertarung menentang penjahat/pendera.
ok,mengumpat pun ada.tak tipu.dan semua-semua yang kita laku sama-sama.

yang mula dari sendiri-sendiri,kemudian kita berdua,
kemudian bertambah lagi 3,saban semester,tambah lagi empat.
sampai di gelar fantastic four untuk lebih senang menoleh.
macam gagah dan gah kan?

tapi,sekarang masih seperti dulu.
cuma aku yang semakin menjauh.
jauh hati sama sikap-sikap mereka.

sedang sebenarnya jiwa kita berlain alunan,
jika sepatutnya kita masih boleh bergerak seiringan macam dulu-dulu,
jika masing-masing tanam rasa rasi dalam diri.
terima cela diri dan kawan-kawan sendiri dengan hati terbuka.

sudahlah.
aku bukan mahu tutup buku.
cuma jelak sama manusia yang menyakitkan.
macam selalu sangat makan hati,
tunggu apa lagi,
terus dan teruskan biarkan hati di sakit?
jadi.aku pinjam ayat dunia.manusia berubah.
aku pergi.macam jauhkan diri.
tidak drastik.tapi berkesan.
sungguh aku sangat pentingkan diri.
sangat pentingkan hati.
sebab semua itu melibatkan emosi dan kesan jangka panjang.

aku cuma mahu menikmati hidup gembira.
walau tak sepanjang waktu dikecapi.
tapi sekurang-kurangnya,aku tak perlu melawan diri untuk
tunjukkan wajah manis gembira pada teman-teman sedangkan dalam hati bernanah berdarah sedu.

aku penat.
penat jadi bukan diri sendiri.
lagi-lagi bila terpaksa menjaga hati.
untuk ukir senyum di raut mereka.
penat untuk tahan airmata dan layan emosi lara.
jujur.aku dah tak segagah dulu.

itu yang sebenar.

mungkin kasih sayang/cinta itu mengajar aku supaya mencari jujur dan kasih dan ikhlas dalam persahabatan.



notajari:

akhir-akhir ini,mulut dan jari aku sangat rajin berzikir gonjeng.
macam.gonjeng.gonjeng.gonjeng.gonjeng.
boleh tak kalau aku nak salahkan iz dan hanis zalikha sebab aku
asyik teringatkan tarian gonjeng mereka,macam tak tentu masa.haih.
serius nih.

Sunday, March 29, 2009

aku rindukan kolam bunian muzium arkeologi lembah bujang

sakit jiwa melihat jadual peperiksaan akhir.
tapi,sebak juga baca news lately ini.
macam,tiba-tiba tanya diri sendiri.eh,sejak bila perlukan tisu masa baca newspaper nih.

soalan:apa aku dah tak segagah dulu?

ada baca newspaper tentang budak uitm lendu meninggal dunia di timpa kecelakaan?
kasihankan?
apa yang menyentap sanubari ialah mereka berempat adalah roomates dan berlainan course.
sama macam kami-kami berempat ini.walaupun tidak sejitu sangat berkongsi minat dan suka yang sama.
tapi
kami serasi juga dalam segala hal.
macam main tarik2 tuala sebelum dan selepas mandi,tutup lampu masa tengah berak dan bercakar harimau sebelum tidur dan makan macam itu biasa-lah.bermanja.

tapi paling di pilu kan.
paper akhir aku ialah 10hb,dan mereka-mereka semua 6hb.
apa mereka semua akan berpoya-poya sekali lagi di depan aku macam semester lepas?huh.
atau apa di tinggal aku keseorangan dan mereka semua pulang awal ke halaman rumah berjoli ria?huh lagi sekali.

dugaan paling besar di semester hampir akhir.
semoga,sama tekuntaktekuncampurtawadhuk aku nak strive ini membuahkan hasil macam semester lepas.

tak apa korang..
tak apa.(bawa diri)

Sunday, March 15, 2009

jatuhnya jentayu

berantakan dengan sendiri-sendiri
dan tak perlu dunia peduli
biar lebur jiwa besi

alkisah,
gadis mulus yang bermulut songsang
songsang pada kata-kata
dan ini bukan dongeng

menabur semua khabar-khabar palsu
sebarkan serata awan
dan kau mula tersenyum dengan segala bahasa pinjaman syaitan.
puas.puas dalam erti ketakutan yang berjaya di sembunyi.

hey,
kau bukan kecil.
dan kami yang sebenar tidaklah dungu.
berpijak pada bumi yang nyata
yang nyatanya akan realiti

mulut songsang.
berhenti menyorong khabar palsu ke sana ke mari.
ia bukan bikin manusia percaya dan bikin simpati meninggi.
ia cuma menjadi semakin jelak dan rasa seakan benci.
jelak dengan wajah plastik berkurun.
jelak sama idea-idea tahun 1994.

berhentilah.
masih sempat walau sudah terlambat.
peluang sentiasa ada,
walau bagai tiada.

jangan kau jual diri pada lelaki-lelaki yang hanya cuba menjahanamkan hidup kau.

berhenti.
pesan dari kita-kita.



sudah.
aku penat.
mahu fokus pada hidup.

Friday, March 13, 2009

bogelkan mata

penat otak.
sibuk badan.
dan manusia-manusia baru dalam lembaran hidup.

sakit rupanya rasa menjadi manusia yang tak kuat jiwa ni.
yeah.aku mudah goyah.
lagi-lagi disua manusia yang konon2 menghampar keikhlasan.


aku percaya,untuk pada setiap manusia yang aku temui ada satu
rasa iaitu seakannya naluri.
bukan tanggapan pertama.
cuma isi,inti dan gaya rasinya kau mengadun sesama sendiri.
gaya rasanya kau di kalangan khalayak.
gaya bermasyarakat bolehlah ditolak untuk tidak terlalu telus.
keseluruhannya.adakah jiwa itu cocok diadun sekali.
hubungan yang manis?
hubungan yang tawar?
mahupun hubungan yang pahit?


dalam memilih baju,seluar hatta buku bacaan dari perpustakaan sekalipun,
aku sangat mementingkan keselesaan.
begitu juga kenalan,kawanan,teman mahupun statusnya sahabat.
aku pentingkan keselesaan.
kerana itulah jumlah sahabat aku tidak se-gah seperti catatan dalam laman networking masakini.
itu semua palsu.
hebatlah aku jika punya jaringan kawan seramai itu,dan semuanya molek2 belaka.
tiada yang lucah.
tiada yang menjual barangan.
tiada yang harapkan cinta mahupun kasihsayang.

selesa yang ertinya,dalam terjemahan jemari aku,
kau tidak segan dan silu mempersembahkan segala sifat terpuji dan terkeji kau.
dan mereka2 itu begitu masak dengan kau.
ok.sebenarnya "aku".
dan arif menjejak harta yang aku selalu lupa letak di mana.
dan terbaik dari segi pendengaran dan membebel.dan aku dah ada 1,tapi,eh.sebenarnya 2,ke 3 ntah.
tapi bebel yang bukan kosong ye.
yang penuh isi dan pengajaran dan tauladan dan segala macam pengalaman.
i
nsaf sebentar bersama kidcat.
tiada pengalaman pun boleh..
ok.memanglah remaja itu tidak suka dibebel.
tapi,teman2 sebeginilah yang kau rungut tu,yang tarik kau pulang tatkala kau terkapai2 di lautan.
dan mungkin sebab itu aku tak seliar yang lain walaupun pernah bercita-cita mencuba segala yang jahat di dunia.

sebenarnya.sekarang aku macam tersedar,aku sedang dipermainkan atau aku sedang bermain dengan perwatakan seseorang ini.
eksperimentasi-kan.ingat tu.

dan aku perlu remindkan diri sendiri,

1-persahabatan itu tidak jadi dalam masa sehari.
2-sehari itu hanya kenalan,tapi bagi aku masih stranger.
3-teman itu ramai.tersangat ramai.tapi cuba-lah bilang berapa kerat saja yang sudi
pinjamkan bahu untuk aku menangis.
4-sahabat itu adalah yang terkarib.dan aku rasa,aku cuma ada sebelah jemari saja.mungkin.
yang lain itu ada,tapi aku terlalu curiga statusnya.
5- dont trust stranger.ingat ya~.walaupun perempuan,walaupun simpatinya bagai di pinjam dari hari wanita sedunia.
6-and maybe ur friends can be ur enemy.so,beware.
7-jangan buka tingkap sewaktu memandu.dan jangan letak barang berharga di dashboard kereta.teman aku baru di ragut tika penuh manusia dalam kereta dan sekeliling kereta-kereta lain yang sabar mengharung kesesakan lalulintas.
8-kiamat makin dekat.jadi cuba elakkan perlakuan dosa.walaupun kadang2 macam tak dapat di elak,tapi cuba sekeras daya.dan.ye.aku takut mati dalam keadaan mengerikan.

sudah.doakan majlis makan malam anjuran teman2 dan aku berjaya.
dan, aku juga turut berjaya memakai kasut tumit tinggi tanpa jatuh dan muat baju untuk malam esok walaupun ketika makan.

Monday, November 10, 2008

tabahas itu sahabat

sahabat.
aku kecewa sama kamu
kerana
mempermainkan perasaan ini seperti guli
kerana
mencengkam jiwa ini umpama sandwich
kerana
menyepak hati ini bagaikan bola
dan
kerana
menggulingkan jasad ini sebegitu saja.


terima kasih
untuk semua itu.
dan aku masih tersenyum,
sehingga ke hari ini.
tersenyum
untuk segala rasa sakit yang kau hadiah.

Tuesday, September 23, 2008

catatan berhabuk hari ini

dada berkepuk habuk
kibas dengan kain
tinggi kau angkat cerita
setinggi cecahan awan
senyum.
senyum aku mengiya segala
lagak pendengar setia

apa sebenarnya
maksud rahsia dihati
bicara gebang apa yang kau bawa
gelora hati aku
lagi gelora dari ombak
cuma panas pantai
usahlah kau prihatin

mahu saja dipatah kata
hanya kerana dasarnya
aku ini bertoleransi
mari dengarkan saja
bukan cerita mat jenin
cuma cerita rapu kau untuk hari ini

sekian.

Sunday, September 21, 2008

entri kisah hidup//

berguling dalam lumpur
kotor,busuk,penuh hasad,keangkuhan
tamak,sombong,keji,hina

tuhan,
bolehkah lepaskan aku dari dunia yang itu,
bolehkah jauhkan aku dari suara itu,
aku mahu jauh dari dia,dari manusia seperti dia.



mempunyai teman yang menyakitkan hati adalah satu cabaran.iya..cabaran.
cabaran untuk aku terus menghadapnya bagi hari-hari mendatang,juga setiap kali semester baru.
lagi pun.pasti sudah dia senang sama caranya,gaya hidupnya,
sama egonya,tanpa pusing soal keliling.
oh.jangan bersuara jika tidak mahu langit bergegak gempita.
pandang dan perhati,tak luak pun segala.
biarkan dia sama hidupnya.aku perlu teruskan perjalanan mencari hidup yang lebih baik.
bukan tidak sayang.bukan tidak mahu dipelawa
jiwa sudah luka setiap kali kata nista di hiris tajam.
darah yang kering sendiri.
si tipikal gadis melayu.

herdik hina mainan bahasa
biar keluar segala yang bisa
aku telan sedaya kali
aku perlu tenangkan hati.kuat cha..
tugasan masih banyak perlu diselesaikan
jangan dilayan hati lara
kelak ia akan sembuh sendiri


jadi manusia tabah
cuba
jadi manusia sabar
pertahankan
jadi manusia redha
jangan dilupa


biar dengan siapa aku bertemu.
biar dengan siapa aku bersahabat
ibu tak lupa berpesan
jangan angkuh
jangan sombong
jangan jadi ikan bateri
eh bukan.
jangan pentingkan diri
jangan bohong
jangan kedekut
jangan semua


ya.aku pahat kuat-kuat.
kasi lekat,walaupun kadang-kadang tersendeng.
aku cuba betulkan.
aku bawa merata.
bukan dijaja,cuma dijadikan peta hidup.
panduan tatkala sesat didunia nista

Monday, September 8, 2008

gagah





tonjolkan bisa akan erti dan makna
sahabat itu bukan hanya pada nama
tidak perlu ditimbang kati
kerana itu semua tiada harga
kasih itu bukan untuk ditimbang baling
sayang dibibir tidak dihati
dan yang kau katakan korban itu
bilamana jiwa itu ditoreh hancur
dan kau masih mampu tersenyum
dan itu yang sebenarnya korban


Tuesday, July 29, 2008

friendship

secebis rasa yang kau henyak
di pijak, di sepak
kawan..penuh erti rasa
lalulah sendiri.
baru kau tahu siapa mereka
yang boley menjadi lawan atau sekadar teman

mengerti akan setiap makna yang dianugerah.
jangan kau sampahkan makna itu
rasa lah sendiri

hargailah mereka selagi bernyawa
dan kau tidak akan tahu tentang hari esok