Sunday, September 21, 2008

entri kisah hidup//

berguling dalam lumpur
kotor,busuk,penuh hasad,keangkuhan
tamak,sombong,keji,hina

tuhan,
bolehkah lepaskan aku dari dunia yang itu,
bolehkah jauhkan aku dari suara itu,
aku mahu jauh dari dia,dari manusia seperti dia.



mempunyai teman yang menyakitkan hati adalah satu cabaran.iya..cabaran.
cabaran untuk aku terus menghadapnya bagi hari-hari mendatang,juga setiap kali semester baru.
lagi pun.pasti sudah dia senang sama caranya,gaya hidupnya,
sama egonya,tanpa pusing soal keliling.
oh.jangan bersuara jika tidak mahu langit bergegak gempita.
pandang dan perhati,tak luak pun segala.
biarkan dia sama hidupnya.aku perlu teruskan perjalanan mencari hidup yang lebih baik.
bukan tidak sayang.bukan tidak mahu dipelawa
jiwa sudah luka setiap kali kata nista di hiris tajam.
darah yang kering sendiri.
si tipikal gadis melayu.

herdik hina mainan bahasa
biar keluar segala yang bisa
aku telan sedaya kali
aku perlu tenangkan hati.kuat cha..
tugasan masih banyak perlu diselesaikan
jangan dilayan hati lara
kelak ia akan sembuh sendiri


jadi manusia tabah
cuba
jadi manusia sabar
pertahankan
jadi manusia redha
jangan dilupa


biar dengan siapa aku bertemu.
biar dengan siapa aku bersahabat
ibu tak lupa berpesan
jangan angkuh
jangan sombong
jangan jadi ikan bateri
eh bukan.
jangan pentingkan diri
jangan bohong
jangan kedekut
jangan semua


ya.aku pahat kuat-kuat.
kasi lekat,walaupun kadang-kadang tersendeng.
aku cuba betulkan.
aku bawa merata.
bukan dijaja,cuma dijadikan peta hidup.
panduan tatkala sesat didunia nista
There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly