Friday, March 13, 2009

bogelkan mata

penat otak.
sibuk badan.
dan manusia-manusia baru dalam lembaran hidup.

sakit rupanya rasa menjadi manusia yang tak kuat jiwa ni.
yeah.aku mudah goyah.
lagi-lagi disua manusia yang konon2 menghampar keikhlasan.


aku percaya,untuk pada setiap manusia yang aku temui ada satu
rasa iaitu seakannya naluri.
bukan tanggapan pertama.
cuma isi,inti dan gaya rasinya kau mengadun sesama sendiri.
gaya rasanya kau di kalangan khalayak.
gaya bermasyarakat bolehlah ditolak untuk tidak terlalu telus.
keseluruhannya.adakah jiwa itu cocok diadun sekali.
hubungan yang manis?
hubungan yang tawar?
mahupun hubungan yang pahit?


dalam memilih baju,seluar hatta buku bacaan dari perpustakaan sekalipun,
aku sangat mementingkan keselesaan.
begitu juga kenalan,kawanan,teman mahupun statusnya sahabat.
aku pentingkan keselesaan.
kerana itulah jumlah sahabat aku tidak se-gah seperti catatan dalam laman networking masakini.
itu semua palsu.
hebatlah aku jika punya jaringan kawan seramai itu,dan semuanya molek2 belaka.
tiada yang lucah.
tiada yang menjual barangan.
tiada yang harapkan cinta mahupun kasihsayang.

selesa yang ertinya,dalam terjemahan jemari aku,
kau tidak segan dan silu mempersembahkan segala sifat terpuji dan terkeji kau.
dan mereka2 itu begitu masak dengan kau.
ok.sebenarnya "aku".
dan arif menjejak harta yang aku selalu lupa letak di mana.
dan terbaik dari segi pendengaran dan membebel.dan aku dah ada 1,tapi,eh.sebenarnya 2,ke 3 ntah.
tapi bebel yang bukan kosong ye.
yang penuh isi dan pengajaran dan tauladan dan segala macam pengalaman.
i
nsaf sebentar bersama kidcat.
tiada pengalaman pun boleh..
ok.memanglah remaja itu tidak suka dibebel.
tapi,teman2 sebeginilah yang kau rungut tu,yang tarik kau pulang tatkala kau terkapai2 di lautan.
dan mungkin sebab itu aku tak seliar yang lain walaupun pernah bercita-cita mencuba segala yang jahat di dunia.

sebenarnya.sekarang aku macam tersedar,aku sedang dipermainkan atau aku sedang bermain dengan perwatakan seseorang ini.
eksperimentasi-kan.ingat tu.

dan aku perlu remindkan diri sendiri,

1-persahabatan itu tidak jadi dalam masa sehari.
2-sehari itu hanya kenalan,tapi bagi aku masih stranger.
3-teman itu ramai.tersangat ramai.tapi cuba-lah bilang berapa kerat saja yang sudi
pinjamkan bahu untuk aku menangis.
4-sahabat itu adalah yang terkarib.dan aku rasa,aku cuma ada sebelah jemari saja.mungkin.
yang lain itu ada,tapi aku terlalu curiga statusnya.
5- dont trust stranger.ingat ya~.walaupun perempuan,walaupun simpatinya bagai di pinjam dari hari wanita sedunia.
6-and maybe ur friends can be ur enemy.so,beware.
7-jangan buka tingkap sewaktu memandu.dan jangan letak barang berharga di dashboard kereta.teman aku baru di ragut tika penuh manusia dalam kereta dan sekeliling kereta-kereta lain yang sabar mengharung kesesakan lalulintas.
8-kiamat makin dekat.jadi cuba elakkan perlakuan dosa.walaupun kadang2 macam tak dapat di elak,tapi cuba sekeras daya.dan.ye.aku takut mati dalam keadaan mengerikan.

sudah.doakan majlis makan malam anjuran teman2 dan aku berjaya.
dan, aku juga turut berjaya memakai kasut tumit tinggi tanpa jatuh dan muat baju untuk malam esok walaupun ketika makan.

No comments: