Tuesday, September 23, 2008

catatan berhabuk hari ini

dada berkepuk habuk
kibas dengan kain
tinggi kau angkat cerita
setinggi cecahan awan
senyum.
senyum aku mengiya segala
lagak pendengar setia

apa sebenarnya
maksud rahsia dihati
bicara gebang apa yang kau bawa
gelora hati aku
lagi gelora dari ombak
cuma panas pantai
usahlah kau prihatin

mahu saja dipatah kata
hanya kerana dasarnya
aku ini bertoleransi
mari dengarkan saja
bukan cerita mat jenin
cuma cerita rapu kau untuk hari ini

sekian.

No comments: