Sunday, March 15, 2009

jatuhnya jentayu

berantakan dengan sendiri-sendiri
dan tak perlu dunia peduli
biar lebur jiwa besi

alkisah,
gadis mulus yang bermulut songsang
songsang pada kata-kata
dan ini bukan dongeng

menabur semua khabar-khabar palsu
sebarkan serata awan
dan kau mula tersenyum dengan segala bahasa pinjaman syaitan.
puas.puas dalam erti ketakutan yang berjaya di sembunyi.

hey,
kau bukan kecil.
dan kami yang sebenar tidaklah dungu.
berpijak pada bumi yang nyata
yang nyatanya akan realiti

mulut songsang.
berhenti menyorong khabar palsu ke sana ke mari.
ia bukan bikin manusia percaya dan bikin simpati meninggi.
ia cuma menjadi semakin jelak dan rasa seakan benci.
jelak dengan wajah plastik berkurun.
jelak sama idea-idea tahun 1994.

berhentilah.
masih sempat walau sudah terlambat.
peluang sentiasa ada,
walau bagai tiada.

jangan kau jual diri pada lelaki-lelaki yang hanya cuba menjahanamkan hidup kau.

berhenti.
pesan dari kita-kita.



sudah.
aku penat.
mahu fokus pada hidup.

2 comments:

gigger said...

aku penat tapi aku manusia..
aku penat jadi aku bukan robot..
aku penat jadi aku perlu masa rehat..
tidurlah..bangun kemudian untuk sempurnakan yang tak akan sempurna..

ochs widdle said...

penat aku sama manusia-manusia plastik.aku perlu ruang keluar dari medium itu.
sedari bangkit dari tidur,
masih kelu untuk menterjemah setiap yang sempurna itu.

aku terlalu lemah.