Showing posts with label new day. Show all posts
Showing posts with label new day. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

bye bye 2011

many things happen in 2011.
kematian, kemusnahan, kegemukan, kelahiran, kejayaan dan sebagainya.
detik-detik manis, pahit maung,kesusahan, kepayahan
dan segala perkara yang terjadi akan jadi history dan pengalaman untuk terus hidup di masa akan datang.
drama akan berterusan menjadi drama.
banyak perkara yang kita rancang cantik tak semesti menjadi cantik seperti yang dirancang.

and i believe, things happen for a reason.
and for 2012, please be good to me.

thank God for everything happen.
i will cherish my life in 2012.
be more positive and optimistic.
Time move forward and i will become a better me.

Celebration kali ini mungkin yang terindah.
sebab aku nak menyambutnya dengan sedikit kelainan, dengan penuh rasa syukur dan hiburan yang mendidik jiwa.
semoga dengan cara ini aku lebih dekat dengan yang sepatutNya.
jom ramai-ramai.
tonight, solat maghrib berjemaah at Dataran Kemerdekaan, Shah Alam

and.yes.

Happy new year 2012.
new age, new resolusi, new life plan.

berdoa untuk tahun yang semakin sihat.bukan gemuk ya?

Thursday, August 18, 2011

the battle

dah tak mahu sembunyi rasa
pernah terang tapi sentiasa tak nampak
perbutakan hati memang memakan diri
menyesal kini memang dah tak ada erti
bukan sekali peluang
bukan juga dua kali
kini lebih tenang
kalau pun tidak segirang dulu
asalkan hidup tanpa rasa bersalah pada tuhan
aku pilih untuk hidup dengan dunia aku sendiri
yang lebih tenang
tak perlu untuk fikirkan tentang hati siapa-siapa

dan untuk orang-orang penting dalam hidup
pengertiannya,
mereka itu adalah orang yang akan ada tak kira macamana bentuk pun rupa aku berubah.
yang akan memperbetulkan setiap yang salah
membawa aku kepada keadaan yang lebih baik.


tanpa putus asa.
tanpa jemu.
dan terima kasih untuk mereka yang sentiasa ada.

Friday, July 1, 2011

berita terkini

aku suka buat benda yang aku tak pernah buat sebelum ini.
macam tiba-tiba masuk tournament bowling,
walaupun main masih tak pro.haha.
terkujat aku tengok pro-pro main.
siap ada bola sendiri lagi masing-masing.sedih aku.
tapi tak apa.mungkin ini permulaan untuk langkah seterusnya.
but then.masih tak boleh mengalah.
kalau pun menang mahu pun kalah.
aku tak boleh berhenti.
mesti berusaha sampai habis.

stamina training pusing balapan dah mula tunjuk sakit-sakit pada kaki.
kisah subur tambah perisa dalam setiap sakit.
tapi.tolonglah bertahan sehingga habis ahad.
kerana aku perlukan tenaga yang lebih untuk dikerah ini minggu.

Wednesday, May 25, 2011

cerita kedai kopi

benda yang selama ini aku lalui dengan sabar dan tabah,
dah membuahkan hasil.
rasa berbaloi bazir masa menghadap assignment pagi dan malam dan pagi balik.seksa.
walau pun bila tahap aku ni dah takde reward atas pentas.
tapi it's still oqeh.
rasa macam nak reward diri sendiri je.
ehem.

satu perkara yang aku pegang.
bila dah jatuh, jangan serik bangun balik.
jangan give up.bounce back bak kata fatin syafira.

memang sangat ingin bagi hadiah pada diri sendiri.
tapi duit tak berapa nak banyak.
tak apa.tak ada benda yang mustahil kan?
**wink

mungkin perlu sabar, tabah dan kuat untuk sikit waktu lagi,
kali ini khas untuk reward pada diri sendiri punya.
tunggu~

Monday, May 2, 2011

hey May, please be awesome yeahh


1st May is my cousin birthday and also her engagement day.
double celebration for her semalam.
family gathering,get experience doing her hantaran,having makan-makan and playing with kiddies.
it's such a lovely dayy.
will upload those photo later.


happy holidays to all workers yo.
i'm working today.
serius sangat rajin kan.
extra income meh.
nothing much,but better than nothing.
i need to work hard for awesome trip early june nanti.
and another Mount to climb on july.
sangat sekejap masa berlalu.

august dah fasting month
september dah raya.
october renew road tax.
moneyymoneyy.

minusplus, mostly every month i need extra cash to live.
since,university will implement 4 month semester holiday.
this is a precious time to earn extra moneyy by doing any part time job.
still thinking about it.




about life.
salah satu tabiat buruk yang ada pada diri aku,
and i really don't know how to heal it.
im such a person who really doesn't know how to appreciate people properly.
when i think im doing good and right thing,but actualy it is not.
im such a bad person.i know that.
im careless, clumsy and also bad.
i don't blame my parents, especially my real dad by not shower a love for me.
i blame myself, and i try to change.
and please give me a chance.
support and courage also, or may be some guide.
i'm looking towards perfect things,
even though perfectionist is the real fcuking things in this world


sementara sudah middle of the year.
i have a list to-do, may be to do frequently too.
ehem.

1.jogging almost everyday.
2.learn many cooking recipe
3.be organized
4.saving fund
5.read more than one books every month
6.spend more time with family
7.punctual person,come early to office
8.hardworkinggg
9.dont waste money,time and anything.
10.drink more green tea
11.drink more warm water

list ini tidak disusun according their priority.
tak penting pun.
just a draft.and i will write properly and stick on a wall in my bedroom.




Thursday, January 13, 2011

updetasi pantas

bila sudah terlalu serabut
penat.
fikir banyak.
kerja bersepah.
tak cukup rehat.
kemarahan di mana-mana.
sedang pula dilanda kemiskinan.
orang kesayangan yang berjauhan.
sumpah.aku rindu.
dan perlu kamu.


cuba tersenyum sekarang.
mesti pahit kan?

Thursday, November 11, 2010

wonderpet

aku perlukan haiwan peliharaan
untuk dimanja.
kriteria.

-haruslah senang dijaga
-manja tapi tak banyak songeh
-senang dibela dan dibagi makan
-comel.sudah tentu!mungkin perlu yang sangat comel.
-sedap mata memandang
-kos pemeliharaan yang rendah.tidak high maintenance.pengsan mummy nanti.
-tidak mahal.ok.aku tahu ada binatang harga ribu2.itu semua profit & marketing kos je sebenarnya.selain sewa kedai dan sebagainya.
-kos makanan yang tidak mahal.kira mampu milik.jangan makanan dia lagi mahal dari makanan aku sudah.
-tidak ganas.eg.mengigit,memusnahkan perabot.
-last.boleh bermain-main bersama.
-ok,last lagi.pandai bawa diri


ok banyak pula kriterianya.
nak bela binatang macam nak bela anak angkat pula.
pfft.
for those yang ada info,boleh sharing okeh?!

Sunday, July 4, 2010

langkah

sesuatu perlu di mulakan dalam hidup.
minggu pertama yang tak banyak perubahan.

im starting with food journal.
mencatit segala yang masuk dalam perut.
sepatutnya tak menjadi masalah untuk makan jika aku bersenam dengan hebat atau
bekerja keras sehingga peluh-peluh.
tapi,biasalah.dengan rutin makan tidur yang tak berapa nak stabil.
kadang-kadang buat aku terpaksa curi masa dengan buat perkara-perkara yang mengeluarkan toksin.oh,dan jangan memanjakan sangat badan dengan makanan.
slogan i love food terpaksa di rombak musim panas ini.
no more delicious food until i hit the target.sigh
by the way.
cuba sehabis baik dengan segala arahan yang aku perintahkan pada diri sendiri.

financial.
di organisasi dengan lebih cermat.
cukup-cukup reward pada diri sendiri.
masa untuk sediakan simpanan untuk hari-hari depan yang kita tak nampak.
satu perkara yang teruk tentang aku ialah tahap boros yang gaban.
biasalah.dah banyak kali kena lempang baru nak tersedar.

dan sekarang aku dah tersedar.macam tersedar dari lamunan yang panjang.

aku mahu realisasikan fantasi.
dan ia perlukan wang.
bukan sikit-sikit ye.




Saturday, April 4, 2009

spesial day

empat haribulan empat dua ribu sembilan.
selamat hari jadi kepada mereka yang menyambutnya hari ini,
ok.dan juga esok.


11.56 pagi yang tak hening langsung.
juga genap 42 jam tidak tutup mata.
semalam.aku sedikit kacau atas kehilangan mata palsu atas kekeliruan diri.
penyakit lupa yang serius menyerang,dan memaksa aku mengingat,
dan dah ingat,tapi masih gagal jumpa.

petua aku if ada barang hilang ialah-jangan cari.
jangan cari,sebab if cari memang tak jumpa.cuba kalau tak cari,ada je depan mata.
walau cari pada tempat yang sama berkali-kali.pandangan semacam terhalang oleh kain halimunan ahli sihir jahat.

jadi jangan cari.
selalu.atau lambat-laun.pasti jumpa juga akhirnya.
tsk.

aku benci bila barang hilang.lagi-lagi bila barang berharga hilang.
lagi-lagi bila sangat-sangat di perlukan.
semalam dunia aku kelam.
malas pakai lens sebab tak keluar mana pun.
kerana daya ingatan yang lemah,
jadi aku guna bagai-bagai cara untuk mengingat dan melihat.
sampai terdetik nak pergi buat rawatan mata,apa beli titis mata yang boleh kurangkan
tahap rabun mata,dan rasa macam nak pergi buat laser pun ada.

dengan ingatan yang masih terngiang-ngiang rakaman visual hidup aku semalam.
aku teruskan mengingat.aku tak salah sangat pun sebenarnya.

aku perlu siapkan tugasan dan aku tak nampak tulisan dan aku tak selesa bercumbu sama monitor.
tanya-tanya,laju kepala geleng tidak.
meracau hampir satu malam,akhirnya memberi kesedaran pada ahli sihir untuk pulangkan kacamata aku dengan taktik paling-tak-boleh-blah.konon.eh-eh.konon TERnampak TERsangkut di hanger dalam bilik,yang mana kali terakhir kacamata itu di lihat di bilik air.sigh.

kononnya,ahli sihir dan konco-konco mahu kenakan april bodoh untuk aku.
tapi,wajah simpati,innocent,comel tapi keliru,plus rengekan-rengekan manja macam nak kena sepak itu berjaya mematahkan kekejaman sanubari.jerit 'berjaya!' sekarang.

akhirnya dia mengaku yang april fool nya tak seberapa menjadi.apakah?
aku keliru.
ok.aku tak sangka yang aku akan jadi mangsa keadaan kepada perayaan yang tak best langsung di anut ini.

awat?aku tak buat apa-apa kat hangpa kann..
tapi itu lah.apa yang pergi pusing akan datang pusing balik.
tahu moral of the story?
Sudah.simpan diam-diam dalam poket.

sambung kerja.

Thursday, January 1, 2009

malam yang tak sesepi mana

salam tahun baru 2009 semua~

kalau tengok title post terbaru hampir semua blogger,pasti pun berkisar tentang datangnya 2009 ini.
goodbye-lah,selamat datang-lah,sedis-lah,gembira-lah.

jujur apa yang aku rasa sekarang bila mencecahnya nyawa aku di tahun 2009 ini adalah-syukur.
syukur sebab aku masih hidup dan aku di kurniakan superpower dari tuhan yang sangat menyayangi aku.
superpower yang tidaklah hebat pun.sekadar cukup untuk menyedarkan aku yang terpesong dari jalan yang sebenar.
aku adalah kategori manusia yang kuat berimaginasi.mungkin kuat fikir juga.dahulu masa tingkatan 4,aku pernah
imagine yang kiamat itu datang sebelum aku sempat ambil spm.punya cuak nak ambil spm tu.
kalau travel jauh2,atau naik kereta laju2,aku selalu lah imagine yang kereta tu tergolek la,jatuh gaung ke,
accident ke.kalau aku mati,mesti masuk paper punya.tapi aku tak sanggup nak tengok bertapa remuk wajah sendiri.
itu belum masuk aku imagine jadi hantu lagi.ha-ha-ha-ha.

ok.aku dah list apa azam aku dalam kepala,just belum write down atas kertas dan tampal pada notice board je.
tapi aku macam nak buat azam ikut semester.boleh ke?azam tahun lepas pun tak tercapai sangat,so that,
aku tak mahu lah tanam azam setinggi langit.yang tak tergapai.ikut kemampuan sudah.sikit2 lama jadi bukit lah kan?

setelah melihat hidup aku pada 2008 yang penuh pancaroba dan pancawarna ini,pelbagai dosa dan pahala yang aku dah semai.
transformasi diri menjadi begitu,menjadi begini,berkelakuan begini,berkelakuan begitu.
kalau nak di timbang.pasti dosa aku berat kilo2 ni.sejurus itu,penghujung tahun ini aku di hadiahkan bala,malang or may be
balasan terhadap dosa2 lampau.tuhan itu sangat sayangkan aku,dia tak biarkan aku hanyut,dan terus hanyut semacam itu saja.
dia akan sedarkan aku dengan di timpanya musibah yang macammacam,dan aku akan terduduk dan berfikir.berfikir bertapa
alpanya aku pada tuhan,hingga di kirimkan musibah untuk membawa aku pulang.

semalam.sedangkan aku mengemaskini buku2 di perpustakaan mini.aku terjumpa sebuah buku lama,kisah mustafa kamal ataturk.
yang menarik perhatian aku adalah satu muka surat yang aku mahu kongsi di sini.kalaupun aku ini,bukan alim serta ulamak
serta ustazah.tapi aku kira perkara ini,wajar di sebarkan.jawapan kepada persoalan kita2 selama ini.mungkin berguna
kepada mereka2 yang tak pernah or sudah lupa pada pengajian agama.mungkin pun ada yang lebih arif.tapi aku kira ini semua adalah jawapan kepada setiap bencana.



15 perkara penyebab bala

rasulullah S.A.W Bersabda antara lain maksudnya,"Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka
sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara iaitu:

1.Mereka yang berkuasa mencari keuntungan (diri&keluarga)
2.Amanah di anggap ghanimah
3.Membayar zakat di anggap merugikan
4.Suami tunduk pada isteri
5.Derhaka pada ibu
6.Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran
7.Membenci ayah
8.Bersuara keras(menjerit-jerit) di masjid
9.Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
10.Orang ditakuti(dihormati) kerana kejahatannya.
11.Minum arak berleluasa
12.Semakin ramai lelaki memakai sutera
13.Wanita menari di khalayak umu di anggap perkara biasa.
14.Permainan muzik merata-merata
15.Umat akhir zaman sewenang-wenangnya mengutuk umat-umat permulaan termasuk
para sahabat Nabi S.A.W dan para imam Muktabar,(menolak fatwa).

ketika itu turunlah azab berupa angin merah(jerubu) atau gempa bumi,keruntuhan akhlak (moral)
atau kemusnahan ekonomi"

(diriwayatkan oleh At-Tarmizi dari Saidina Ali R.A dari kitab Irsyadul 'Ibid Ila Ir-Rasyad)
hampir tepat kan?andai aku bijak menafsir bahasa arab,pasti aku arif setiap satu yang terkandung dalam kita suci itu.sungguh aku ini tidak sealim mana.sekadar berkongsi,moga-moga tertebus dosa2 aku yang lalu.sebagai peringatan buat aku dan sesiapa yang lain.

adios.