Thursday, January 1, 2009

malam yang tak sesepi mana

salam tahun baru 2009 semua~

kalau tengok title post terbaru hampir semua blogger,pasti pun berkisar tentang datangnya 2009 ini.
goodbye-lah,selamat datang-lah,sedis-lah,gembira-lah.

jujur apa yang aku rasa sekarang bila mencecahnya nyawa aku di tahun 2009 ini adalah-syukur.
syukur sebab aku masih hidup dan aku di kurniakan superpower dari tuhan yang sangat menyayangi aku.
superpower yang tidaklah hebat pun.sekadar cukup untuk menyedarkan aku yang terpesong dari jalan yang sebenar.
aku adalah kategori manusia yang kuat berimaginasi.mungkin kuat fikir juga.dahulu masa tingkatan 4,aku pernah
imagine yang kiamat itu datang sebelum aku sempat ambil spm.punya cuak nak ambil spm tu.
kalau travel jauh2,atau naik kereta laju2,aku selalu lah imagine yang kereta tu tergolek la,jatuh gaung ke,
accident ke.kalau aku mati,mesti masuk paper punya.tapi aku tak sanggup nak tengok bertapa remuk wajah sendiri.
itu belum masuk aku imagine jadi hantu lagi.ha-ha-ha-ha.

ok.aku dah list apa azam aku dalam kepala,just belum write down atas kertas dan tampal pada notice board je.
tapi aku macam nak buat azam ikut semester.boleh ke?azam tahun lepas pun tak tercapai sangat,so that,
aku tak mahu lah tanam azam setinggi langit.yang tak tergapai.ikut kemampuan sudah.sikit2 lama jadi bukit lah kan?

setelah melihat hidup aku pada 2008 yang penuh pancaroba dan pancawarna ini,pelbagai dosa dan pahala yang aku dah semai.
transformasi diri menjadi begitu,menjadi begini,berkelakuan begini,berkelakuan begitu.
kalau nak di timbang.pasti dosa aku berat kilo2 ni.sejurus itu,penghujung tahun ini aku di hadiahkan bala,malang or may be
balasan terhadap dosa2 lampau.tuhan itu sangat sayangkan aku,dia tak biarkan aku hanyut,dan terus hanyut semacam itu saja.
dia akan sedarkan aku dengan di timpanya musibah yang macammacam,dan aku akan terduduk dan berfikir.berfikir bertapa
alpanya aku pada tuhan,hingga di kirimkan musibah untuk membawa aku pulang.

semalam.sedangkan aku mengemaskini buku2 di perpustakaan mini.aku terjumpa sebuah buku lama,kisah mustafa kamal ataturk.
yang menarik perhatian aku adalah satu muka surat yang aku mahu kongsi di sini.kalaupun aku ini,bukan alim serta ulamak
serta ustazah.tapi aku kira perkara ini,wajar di sebarkan.jawapan kepada persoalan kita2 selama ini.mungkin berguna
kepada mereka2 yang tak pernah or sudah lupa pada pengajian agama.mungkin pun ada yang lebih arif.tapi aku kira ini semua adalah jawapan kepada setiap bencana.



15 perkara penyebab bala

rasulullah S.A.W Bersabda antara lain maksudnya,"Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka
sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara iaitu:

1.Mereka yang berkuasa mencari keuntungan (diri&keluarga)
2.Amanah di anggap ghanimah
3.Membayar zakat di anggap merugikan
4.Suami tunduk pada isteri
5.Derhaka pada ibu
6.Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran
7.Membenci ayah
8.Bersuara keras(menjerit-jerit) di masjid
9.Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
10.Orang ditakuti(dihormati) kerana kejahatannya.
11.Minum arak berleluasa
12.Semakin ramai lelaki memakai sutera
13.Wanita menari di khalayak umu di anggap perkara biasa.
14.Permainan muzik merata-merata
15.Umat akhir zaman sewenang-wenangnya mengutuk umat-umat permulaan termasuk
para sahabat Nabi S.A.W dan para imam Muktabar,(menolak fatwa).

ketika itu turunlah azab berupa angin merah(jerubu) atau gempa bumi,keruntuhan akhlak (moral)
atau kemusnahan ekonomi"

(diriwayatkan oleh At-Tarmizi dari Saidina Ali R.A dari kitab Irsyadul 'Ibid Ila Ir-Rasyad)
hampir tepat kan?andai aku bijak menafsir bahasa arab,pasti aku arif setiap satu yang terkandung dalam kita suci itu.sungguh aku ini tidak sealim mana.sekadar berkongsi,moga-moga tertebus dosa2 aku yang lalu.sebagai peringatan buat aku dan sesiapa yang lain.

adios.

No comments: