Tuesday, March 17, 2009

terperosok di celah-celah dua galaksi

denyut.
denyut.
denyut lagi.

aku ada satu sakit yang tibanya bermusim.
macam musim-hantar-assignment dan juga musim peperiksaan akhir semester.
kepala berat rasa macam kena sengat.
walaupun aku tak pernah rasa macammana kena sengat.

rasa yang seolah lebih perit dari saat tumbuh acne seketul di dahi.seketul saja.
tapi,kali ini lebih parah.
siap rasa kencang di dada.seperti rasa sewaktu berlakon saat-saat menghembus nafas terakhir,
atau pun sewaktu menerima lafaz cinta yang konon-konon pertama.

baring tak lena.
makan tak buncit.
jalan tak pengsan.
study tak masuk.

macam sakit rinduwthxfgnbg je kan?

argh.aku tak suka rasa sebegini.
bikin bantut semua acara kerja.

semangat.
mana kau lari.
mana kau pergi.
mari terbang pada aku.

tapi kan.
kadang-kadang aku rasa macam mungkinkah ini terkesan daripada pengambilan dadah berlebihan dos atau macam tak ikut dos.

tapi.vitamin-vitamin semua bagai bukan dadah kan?

tuhan.tolong redakan segala.
jadikan aku manusia bertenaga.



segera ya.
aku tunggu.




mahu pulang ke malaysia.
rindukan bunga hati.
dan poket kosong.
semua itu rengekan biasa di saat menjengah akhir semester.
walaupun sebenarnya belum-lah akhir lagi.

1 comment:

en.imaan umairah said...

knp rahsia blog minglemind?