Sunday, March 22, 2009

alamat hari dulu

hakikat kita ter-rindukan ayah memang jelas.
lagi-lagi bila sudah lama yang amat tidak bersua muka.
sedang lagi malapetaka menimpa anak sendiri pun masih tak dapat nak hubungi.
hakikat bukan aku seorang yang terhegeh-hegeh rindu-kan ayah lebih jelas sama perakuan sendiri adik beradik,
sedang yang paling bongsu, bising mulut bertanya,'mana ayah ye?''kenapa sudah lama tidak di jenguk kita?'

rupanya seharian seluruh badanku dedar membawa alamat yang agak besar.
macam alamat tsunami melanda,sebelum itu di beri keajaiban ikan selautan di pesisir pantai.

seperti aku.
situasi itu belum cukup normal,
kerana masih belum sepenuhnya menjelang musim-musim tersebut.
dengan suhu badan panas sejuk dan kondisi kepala yang tak seberapa nak stabil,
fikir aku,cukuplah di telan beberapa porstan.
painkiller yang selalu berkesan dan tak mengantuk instead nak ambil panadol.

petang rabu.
sedang aku asyik menonton filem-filem lapuk yang dah lama berkepuk
dalam hardisk tak tertengok,ibu telefon.khabarkan kecelakaan yang menimpa donut.
sedang dalam masa itu,ibu sedang menanti donut di luar unit kecemasan.terkedu aku.

jam pukul 5.15pm.rabu lalu.
kali ini hati aku pula yang denyut-denyut.
dengup macam paluan dram tarian singa.
terpana.terkesima.terfikir.termenung.termangu.
aku sudah keliru.
wajarkah aku pulang?
dia adik aku yang satu-satunya bongsu.
sudah lah sangat jarang bertemu.
esoknya aku ada kelas.
2 kelas.penting.dan mana lagi penting?
dan duit dalam poket sebenarnya cukup2 untuk survive.
kalau aku pulang.matilah.
buntu.buntu.
telefon ibu lagi.tanya dengan penuh jujur.

aku:wajarkah kakak pulang,ibu?
ibu:pulanglah.adik perlukan kalian.
aku:tapi..wangnya...?(tergantung)
ibu:takpe.nanti lewat sedikit ibu suruh ayah(stepfather) masukkan.
aku:(senyum)ok.malam ini jugak sampai.(senyum sampai telinga campur gelisah tak tentu arah)


tika itu.dalam hati dan otak aku asyik berseranah.sepanjang bersiap,sepanjang perjalananan menuju ke pekan.
berseranah.
kenapa kami-kami adik beradik yang beberapa kerat ini di campak jauh-jauh?
kenapa kedah itu jauh benar dari shah alam?
kenapa tidak di rentas jambatan terus tiba di pintu rumah?
kenapa perlu donut yang aku pura-pura benci itu,
sebenarnya sayang nak mati itu, di timpa dugaan dan musibah yang bertimpa-timpa?
kenapa perlu keluarga aku yang susah itu selalu di timpa macam-macam dugaan dan cabaran?
kenapa tuhan itu sebegitu kejam?

keluh aku bagai manusia tak berakal.

asal aku selamat sampai,walau naik bas yang macam haram sebab tiada pilihan.
aku benci naik bas yang tajuk mengarut2.tapi itulah.tiada pilihan.
kalau aku ini hidupnya berada,usah bilang-lah.pasti sudah di langit dah menaiki kenderaan terbang yang megah itu.

dengan goyang bas yang lebih dasyhat dari goyang inul.
dengan watak-watak dan bahasa manusia asing yang tak berapa reti nak senyap dan hormat manusia lain
walau hari sudah malam kelam.

aku perlu sekitar yang aman.tahu tak?
bukan perbualan kamu-kamu yang tidak siapa pun faham.sudahlah dengan bau badan menyerap satu bas.
semua itu memang dugaan.
dan aku terus berseranah seorang diri.
sendiri-sendiri dalam hati.

No comments: