Showing posts with label sesuatu yang hilang. Show all posts
Showing posts with label sesuatu yang hilang. Show all posts

Friday, July 8, 2011

hell Juli

eventhough dah masuk setengah tahun terakhir.
still financial barrier masih tak pernah surut.
i just can't imagine my life after married macam mana.
maybe, this is just the time.
the time yang tuhan nak duga dengan macam-macam dosa yang dibuat.
dan aku percaya.
akan ada satu masa dan ketika,
yang everything will be going fine and smooth
dengan kerja keras yang tak pernah putus
aku tahu akan ada tuah untuk aku satu hari nanti.

but then.
some lesson and thought mid year of 2011.
don't be so close with strangers
lagi-lagi bila orang tu boleh buat kau mati dengan sendiri.
bear in mind.
be stronger than ever.

Tuesday, March 8, 2011

cerita lampau

hello-yah.

lama gila tak update.
padahal macam-macam cerita nak tulis.

macam-macam gambar nak tayang.
lagi-lagi hasil driving photography and masa kursus di suatu tempat yang tenang satu ketika dulu.

a bit busy.
what a hectic life.

dan hidup semakin hari semakin mencabar.
terima kasih tuhan.

:)

semalam ialah ulangtahun kelahiran ayah saya yang sebenar yang ke - 54.
juga ulangtahun pertama dalam hidup.
dengan jalan hidup yang dia pilih dan permasalahan lain dalam hidup, buat aku murung dengan tempoh yang lebih panjang daripada biasa.
tapi,mungkin juga ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
and i try to be positive.




Monday, February 7, 2011

side-kick

masih tiada mood.
hey.masih isnin.

dan longgokan kerja di atas meja sikit pun tak naikkan berahi aku untuk bekerja.
but, damn.

fuckin miss you, love.

Monday, November 15, 2010

akygtrsptdclhkgln

bukan berkenaan siapa-siapa.
perihal aku yang kaku termangu

selalu aku marahkan diri
kenapa aku tidak sekuat orang lain.
tidak lagi segagah seperti princess warrior
tidak segah namanya itu
mana hilang aku











yang dulu.

Wednesday, November 10, 2010

kisah hati


hati.
cepatlah pulih.
aku mahu cepat sembuh.
aku mahu senyum yang sampai pagi

bungahati
aku rindu kamu
cepatlah ke mari
cepatlah mekarkan hati aku

hati.
sudah-sudahlah bawa diri.
aku penat.



Monday, September 28, 2009

huh

heyhey.

awak masih hidup lagi rupanya.






selamat hari raya.
maaf zahir batin.
pergilah makan-makan.
dah sebulan tak cukup makan kan.
gaya macam bujang trang tangtang tak ada anak.
eh.lupa pun ada jiwa yang perlu di suap makan.
biarlah seksa di cakarrobek pun.
aku tak kisah.
raya tahun depan boleh minta maaf lagi.
itu pun jika panjang hayat.
kan.kan.

Saturday, May 9, 2009

pergi dan tak kembali II


rest in peace
8 may 2009

al-fatihah

ini ialah my dear onyang
namanya Derma
umur sebenar tidak dapat di kenal pasti
dia sangat garang semasa muda,
tapi dah tua pun masih garang juga.

walaupun garang dan rock
dia sangat pemurah
lihat saja pada nama kan
zaman sekolah
jika mahu mencari pendapatan lebih,
temankan saja dia tidur pada waktu malam di katil yang serba selesa
dan kau bakal peroleh wang saku tambahan setiap hari
di samping berpeluang menonton Fantaghiro,apa the 10 kingdom dan drama cina tv2 setiap malam tanpa di ganggu sesiapa,
lagipun di rumah itu kau boleh menelaah dengan tenang tanpa adik-adik yang nakal
menconteng buku dan sebagainya.
sebenarnya,walaupun garang,dia sangat baik dan kelakar.
percayalah.

terlalu banyak kenangan bersama onyang.
mana mungkin aku akan lupa kan dia.
semoga rohnya tenang dan di cucuri rahmat


untuk tahun ini saja.
dua orang yang terdekat sudah pergi
kehilangan mereka yang tidak di sangka-sangka memang memilukan
entah aku bila lagi agaknya.










nota jari:malam sebelum onyang pergi,aku mimpi empangan ampang pecah dan kuala lumpur sudah jadi lautan.aku tak tahu la ampang ada empangan ke tak kan.
tapi,aku rasa mimpi itu bagaikan satu petanda.
sudahlah dalam mimpi tu,menunjukkan aku baru pulang dari berfoya-foya.
fuh.sesungguhnya mimpi itu memang mendebarkan.



Monday, March 23, 2009

bangkit sendiri

haih.

bangkitlah jiwa.
mana nafsu kau terhadap ilmu.
berahi yang hilang sama helaian nota.
motivasi jenis apa harus di suluh untuk aku yang sedang longlai ini.
sedang kepala jauh terbang ke negara-negara fantasi.
bukan fantasia semacam akademi itu.
aku pingin mengembara menghirup setiap yang segar.
bila kesempatan itu akan wujud untuk aku?

bunyi-bunyi ganjil sudah keluar dari bibir separa mungil.
itu petanda aku sudah bosan sama hidup sehari-hari.
kalaulah aku lelaki,
mungkin koleksi perempuan seksi boleh beri motivasi untuk meneruskan hidup sehari-hari.
jujur:aku gagal jadi,eh dapatkan perempuan simpanan.(T_T)


mana otak segar.
mana pakar motivasi upahan.

mungkin aku rindu setiap yang hijau di bumi utara ini.
setiap hari.lebih lagi setiap pagi.
aku akan bersemangat mahu berlari.
berlari tenangkan diri.
tapi itu semua seperti mimpi.
mimpi-mimpi setiap tidur siang.

mimpi siang kali ini yang lebih inovasi
percaya tidak?
aku mimpikan inovasi terbaru botol syampu yang lebih futuristik.

alangkah indah andai bangkit dari lena,
kelip mata,susuk tubuh aku kembali menawan.
gamit mata setiap yang mahu sempurna.
jelas.setiap pertambahan inci selalu menjatuhkan keyakinan.

semalam malam.
wilayah strawberi bergegar sama manusia-manusia desperate mahu ramping.
bukan-lah mereka-mereka itu mahu keding sangat.
cuma,risaukan baju-baju saiz kecil yang kelihatan ganjil jika asyik terus mengunyah,tanpa sebarang aktiviti sukan.
biarlah hingga lewat malam sekali pun.
tetangga taman wilayah strawberi asyik dan terus asyik melenggang pinggang dan kaki dan tangan.lagi-lagi si mata sepet.

biar mulut-mulut lain asyik terus mengeji aku,
di asak turut serta sama bermacam cubaan diet.
aku penat.
aku mahu ruang.
aku perlu masa.
paling jelas.
aku mahu jiwa yang dulu.
yang semangat sentiasa membakar-bakar.
yang kini hilang terbang di bawa belon panas entah ke mana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

selirat otak aku lebih sesak dari selirat usus.
mungkin ini balasan tuhan sama aku yang kerap jauh diri.
lihat,aku perlu positif.
tuhan sayang aku.
di hadiah bermacam dugaan.
mungkin aku perlu kembali.
pulang pada pangkal,sebelum terus hanyut sama angin-angin syaitan.
neraka memang menarik.
tapi aku masih gentar untuk menjejak kaki.

sekarang.masih kosong.
semacam tiada isi.
isi yang ada seperti tidak hadam sepenuhnya.
apa yang kurang?

jenguk dosa-dosa lampau kau.
juga dosa baru-baru.

mungkin di situ ada jawapan.

seperti donut yang mengerang sakit setiap kali menjejak kaki ke tanah.
dan ibu yang tabah itu selalu pesan,tuhan lebih sayangkan adik.
sebab itu di duga adik sebegini rupa.

kasihan donut.
hangus bulu matanya yang melentik itu.

Tuesday, March 17, 2009

terperosok di celah-celah dua galaksi

denyut.
denyut.
denyut lagi.

aku ada satu sakit yang tibanya bermusim.
macam musim-hantar-assignment dan juga musim peperiksaan akhir semester.
kepala berat rasa macam kena sengat.
walaupun aku tak pernah rasa macammana kena sengat.

rasa yang seolah lebih perit dari saat tumbuh acne seketul di dahi.seketul saja.
tapi,kali ini lebih parah.
siap rasa kencang di dada.seperti rasa sewaktu berlakon saat-saat menghembus nafas terakhir,
atau pun sewaktu menerima lafaz cinta yang konon-konon pertama.

baring tak lena.
makan tak buncit.
jalan tak pengsan.
study tak masuk.

macam sakit rinduwthxfgnbg je kan?

argh.aku tak suka rasa sebegini.
bikin bantut semua acara kerja.

semangat.
mana kau lari.
mana kau pergi.
mari terbang pada aku.

tapi kan.
kadang-kadang aku rasa macam mungkinkah ini terkesan daripada pengambilan dadah berlebihan dos atau macam tak ikut dos.

tapi.vitamin-vitamin semua bagai bukan dadah kan?

tuhan.tolong redakan segala.
jadikan aku manusia bertenaga.



segera ya.
aku tunggu.




mahu pulang ke malaysia.
rindukan bunga hati.
dan poket kosong.
semua itu rengekan biasa di saat menjengah akhir semester.
walaupun sebenarnya belum-lah akhir lagi.

Wednesday, November 5, 2008

mana pergi encik semangat?

setiap orang ada self-motivator personnya sendiri.
tak kisah ia di lantik secara rasmi atau tidak.
ibubapa,suami,nenek,cikgu atau pun anuar zain.
budak bijak dan menarik kelas sebelah pun boleh jadi self-motivator jugak.
tapi masa sekolah lebih digelar mangkin.(sebab belajar kimia kot)
atau lebih kepada secret admire.
kalau tak ada pun tak mengapa.
mungkin diri sendiri itu dah cukup kuat.

motif.
untuk mendapatkan semangat dalam hidup
untuk lebih gagah kaki berdiri menghadap dunia
untuk lebih kuat menempuh dugaan.
dan lebih tak boleh blah;
supaya lebih rajin belajar,
ceh.lame.lame.lame.

walau apa alasan sekali pun
self-motivator person adalah sangat penting tugasnya.

perginya pasti mati.
seperti budak 1 tahun yang baru bertatih
berjalan yang masih tak lurus kaki.
bertatih perlu di bimbing.
supaya jalannya nanti tidak bersiur selerak.
gahh~

semangat yang hilang;
angin tiup laju dia,
supaya dekat dan hampir di sini.
aku mahu dia.
segera kau kembali di sini~~