Monday, March 16, 2009

di sebalik matahari jatuh


ada cerita di sebalik matahari indah ini.
lokasi:pantai murni.

aku,awatif dan pacarnya memandu laju menuju tepian laut.di persimpangan yan,masih di dalam delima.terus ke tanjung dawai atau belok ke kanan menuju pantai murni.dan kami membelok kerana rindukan tepian bukit dan permandangan indah itu.

sesudah tiba.gerai-gerai di tepian pantai itu lengang.seperti mahu tak mahu berniaga.
menu aku yang konon-kononnya diet nasi , memilih mi udang yang bunyinya seolah-olah enak.
atip kueyteow tomyam dan pacarnya mi ladna kot.

10 minit.
20 minit.
30 minit.
minit ke 38 air tiba.
hirup.
minit ke 43.
mi udang sebesar mangkuk lauk tiba.
teruja.
udang galah.
6 ekor.
tapi agak kecewa kerana ianya tidak segar.
lebam dan gelap.
bantutkan selera.

terus.habis makan-makan.
si tukang belanja terus keluar not 50 yang bersinar-sinar.
aku bilang semua-semua.kerut dahi.senyum paksa.
cuma,aku agak tak puas hati sama mi udang lebam itu harganya rm8.
aku rasa harga itu tak padan sama kualiti makanan hatta sekalipun ruang makan yang banyak kerengga dan kurang bersih itu.

tapi,aku fikir.tak apalah.mungkin itu rezeki dia.
rezeki anaknya yang tekun belajar sementelah menunggu pelanggan.
tapi memang tak ah aku nak order rapu-rapu lagi lepas ini.
nasib baik si tukang belanja tak banyak bicara.

moga kamu di murah rezeki ya.dan bahagia-bahagia selalu.



dan aku terus berlalu merenung matahari jatuh dan awan indah yang bak kata bunga hati,
melihat awan petang dapat merubah emosi.percaya?kamu semua patut cuba sendiri.

nasib baik hp atip bermegapixel kan menarik.
dapat pada aku,memang penuhlah memori.
maaf donk!lol.

No comments: