sebeberapa hari menghilang,aku fikir tiada yang kisah.ini membuktikan aku tidak terlalu bergantung pada internet 24/7.yawwn.sudah ada hidup yang aku fikir berat di kongsi bersama rakan.tapi tetap mahu cerita.
kelmarin hari jadi aku.11 januari 2009.okay.mari aku nyanyi sendiri.
turn to 21 weyh.aku rasa ia waktu pengakhiran zaman remaja mungkin.
bermula menjadi sematang mungkin.
aku tiada di kampus.pulang shah alam bersama keluarga.
walaupun perancangannya,mahu mengorbankan diri di tahun akhir bersama rakan.
tapi ia kecemasan kawankawan.
tapi aku tahu,panggilan ngeri kamukamu tempohari yang menyeru aku pulang
sangat seramsejuk.janganlah seksa aku yang serba tidak bersalah ini.
(muka penuh simpati)
2009 ini.hidup aku bermula dengan sangat macammacam.
di rancang semua-semua.akhirnya hancur,jadi pun atas tentu tuhan.
abang tiri,
aku tidak berapa suka sangat sama dia.
sebab dia dan isteri seperti tidak tahu cara menghormat ibu.itu bikin aku super-menyampah sama dia.
tapi saat dia bertarung dengan nyawa,dengan ratapan isteri memeluk kepalanya yang berjahit dari telinga kanan ke telinga kiri seperti cekak itu,buat jiwa aku rasa hiba.
mengapa tidak di ajar kalimah syahadah dari di tuntut segala janji manis bercinta dulukala.
tertitik2 jua air jernih.
pilu-bila aku fikir orang yang tersayang akan pergi dengan seksa sebegitu.
lebih pilu,bila anak kecil dia-puteri balqish-10bulan , merengek mengejut papa nya yang masih tak sedarkan diri.anak kecil itu tahu apa..sungguh sama sekali dia tidak berdosa.
kisahnya begini
emy-22tahun, mahu berangkat dari ipoh ke shah alam,berpindah rumah selepas 10 hari diijabkabul.bertembung malang di tengah perjalananan.hancur rangka otaknya,rangka lelangitnya.seminggu koma di hospital.doktor sudah suruh bawa pulang bila di-scan otak sudah mati.berat hati keluarga,minta doktor scan sekali lagi.alhamdulillah.keajaiban itu menyusur berdikit2.suhu badan mencapai angka 4,kembali menyusut.semoga dia kuat semangat untuk hidup.berdoa sama miracle tuhan.
kisah lain(hari yang lebihkurangsama):
sambutan hari lahir yang aku fikir tiada sambutan,buat aku tempah kek sendiri2.kononnya ada sesuatu untuk di jamu rakan bila pulang ke kampus kelak.carrotwalnutcheesecake.homemade dari aunty intan.lazat tahu?
rupanya.malam itu ibu ada suprise buat aku.indulgencechoccake.super-lazat.
terharu.sebab aku sangat tidak sangka2.
dengan ekonomi/masalah keluarga begini2,aku fikir tidak apalah kalau pun tiada sambutan,
aku redha.
tapi ini,bikin hati aku tambah chenta sama ibu.
pesannya.21 bukan kunci.apakah maksud?
baiklah.aku faham.
cuma kadang2 sengaja buat2 tidak seberapa faham.
harap aku bertambah dewasa.
tidak seberapa nakal lagi,
menjadi lebih baik dan pandai.
dan boleh berfikir dengan waras lamalama.
di samping tidak menyakitkan hati manusia anymore.
hopefully.
No comments:
Post a Comment