Thursday, January 15, 2009

pergi dan tak kembali

takziah kepada family aku kerana telah kehilangan salah seorang anak lelaki.

dia pergi dan tak kembali lagi.sedu-sedan bergema di sekeliling jenazah.
aku tak hadiri majlis pengebumian abang tiri aku..dan jangan lah label aku sebagai kejam dan tidak berhati-perasaan.sekurang2nya aku sudah melawat dia sewaktu nazak dan bacakan apa yang patut.

zulhilmi bin zulkafli adam.22 tahun.meninggalkan seorang isteri dan seorang puteri yang berusia 10 bulan.aku sedih sama budak itu.kasihan.hilang kasihsayang dan tempat bergantung sebelum sempat mengenal ayah sendiri.syukur aku di tinggalkan ayah dengan ingatan yang sangat jelas pada wajahnya yang buat2 garang melibas kaki aku dengan tali pinggang.sekurang2nya,aku masih cam wajahnya jika terserempak di jalanan.

muda dan sangatsangat muda usia itu untuk pergi menghadap tuhan.tapi tuhan itu lebih sayangkan dia.aku rasa aku cukup kuat untuk tidak menitiskan airmata pada situasi ini.
bukan ego,cuma bila kebencian berjumpa dengan simpati.aku tak tahu ia akan jadi apa.
mungkin aku tak berapa sayang pada dia,dan itu buat aku jadi gagah dan tenang dalam bab ini.

2009 ini fikir aku lebih berdarah mulanya,mati dan mati dan mati.sana sini.
sepahsepah.bertelanjang-ngeri semua tersedia.di bom berkecai semua.
jujur aku cerita.
aku sangat takut mati.
walaupun bibir kadang2 tak lepas nak minta mati bila tekanan dan kecewa sama hidup.
macam kata fynn jamal dalam post tak kurang baru2 ini,mari aku petik sedikit;

ada yang takut mati sebelum taubat.
ada yang takut mati dalam kafir.
ada yang takut mati dibunuh.
ada yang takut mati terbiar tepi jalan.
ada yang takut mati kemalangan.
ada yang takut mati dalam tidur.
ada yang takut selepas mati diheret ke jahanam.
ada yang takut selepas mati amalannya masih tidak cukup.
ada yang takut selepas mati terbongkar rahsia siapa dia.
ada yang takut selepas mati aibnya terselar.
ada yang takut selepas mati pasangannya jumpa kekasih baru.
ada yang takut selepas mati pasangannya pula mati.

semua ini tercatat dalam hampir setiap orang mungkin,termasuk aku.
mari aku tambah sedikit.

aku takut sama maut bila ia meragut mereka yang aku cinta
dan
aku takut sama maut bila jelas2 tak cukup bekalan untuk kehidupan selepas maut.

dan di sini.aku berdoa semoga ayah tiri aku menjadi lebih kuat mengharung hidup selepas kehilangan putera sulungnya.first time aku tengok seorang ayah yang sangat kasih dan berat sebelah pada anak lelaki adalah pada ayah tiri aku.kalau tak,biasanya anak lelaki akan jadi anak mak, dan anak perempuan akan jadi anak daddy,kan?

dan hari ini.aku belajar sesuatu.walaupun ia sudah dipelajari dari dulu,cuma ia tidak di praktik saja,tapi aku tetap mahu tulis.
-aku mahu cuba tepis segala egois untuk lebih menghargai mereka2 di sekeliling aku sebelum mereka pergi dengan tiba2 atas jemputan khas tuhan-

4 sisolle:

garpu karat / encik jimmy said...

takziah dari aku

Qasiyh said...

Takziah...
Al-Fatihah saja bisa ku kirim...

Sue Anna Joe said...

Takziah. I came by to wish a happy belated birthday. Ironik kan? Hidup mati, everyone goes through it. One of my relatives pon recently passed.

"-aku mahu cuba tepis segala egois untuk lebih menghargai mereka2 di sekeliling aku sebelum mereka pergi dengan tiba2 atas jemputan khas tuhan-

Sangat setuju. :)

artdeep said...

..salam takziah cik, harap ceria2 selalu yerr..

hmm..berseni penulisan kamuu,
salam hormat;)

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly