Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Friday, November 13, 2009

hampir merdeka




good bye merbok!
tiga tahun bersama mengharung hidup
menelan pahit,manis,masin,payau.

aku akan rindu sama sawah padi yang menghijau,bau getah yang semerbak dan air terjun yang sejuk dan gunung jerai.

hoho!
hello rumah!

Friday, July 10, 2009

ku kunci hatimu di dalam hatiku

aku rindukan semester lalu.
bersiar-siar depan lappy sambil minum nescafe segar
sambil habiskan masa dengan bersiar-siar ke rumah maya orang lain tanpa anjakan punggung dari kerusi.
nikmat yang sangat lain dari sekarang.

walaupun peroleh kebebasan tanpa batasan;
walau peroleh makanan lazat setiap hari.;
tapi jiwa tetap ada something wrong.
aku rindu nak kacau orang..
ketuk pintu bilik junior dan cari makanan.
uhh.bunyi seperti rakus.
tapi yang sebenar ia penuh dengan aksi manja.
misi semester ini:berbaik-baik sesama jiran.

ingat.tak lama lagi fasting month akan menjelma.
makcik-makcik tepi dan belakang rumah pasti masak sedap-sedap.
jadi perilaku harus senonoh untuk mendapat makanan percuma.
haha.keji sungguh.
dan tawarikh harus ada.
salah.tarawikh harus tunjuk muka.

sekarang dah tak boleh pakai separuh bogel menjelajah kolej.
tak thrill langsung.
nak sidai baju pun tak boleh seksi-seksi,kan?
anak dara sunti sangat-sidai baju pakai kain batik di kepala,kan?..huhu
tapi jangan lupa pakai kain batik atau seluar di kaki.

dah.dah.
jangan nak rindu sangat dengan kehidupan di kolej.
hidup perlu di teruskan.

Thursday, January 29, 2009

cabaran atau dugaan

terima kasih kepada mereka yang prihatin pada musibah yang menimpa keluarga aku.
di saat ahli keluarga terkenang-kenang akan kenangan si arwah.
masih ada manusia yang berhati kejam dan mementingkan keuntungan dari perimanusia ke atas keluarga aku.
menindas dengan kuasa dan wang ke atas orang yang dalam kesusahan,itu tidak kejam?

semua itu kami tadah dengan tabah,tak reti membantah kononnya.sedangkan menjaga hati-hati manusia binatang.

legar.

kakak aku dah jadi isteri orang tadi.petang sikit tadi.

kakak tiri aku bernikah/menikah tak sampai sebulan adiknya meninggal.serba ringkas.

tiada sanding2,tiada khemah,tiada bunga telur,tiada hantaran,tiada kad kahwin,tiada kompang
tiada reuneon keluarga besar-besaran.serba tidak ada.

hanya pelamin akad nikah rm50 dan majlis makan2 bersama kenduri arwah genap 40 hari kot pada bulan februari nanti. itu pun di kampung.

mulanya,aku agak rebel.tidak faham kan..,kenapa tidak di adakan sedikit kenduri di sini merai-kan dia.sedangkan dia lah ter-sulung.sedikit hancur hati aku.
ok,mungkin juga adik2 yang lain.dan ayah tiri terutama.


aku suka mendengar masalah dari dua2 belah pihak,supaya aku dapat timbang tara positif negatif kesan dan akibat.aku suka tanya pandangan dan cadangan orang,walaupun aku agak degil untuk menerima hakikat.tapi lambat laun aku akan terima jugak.

di atas isu yang aku nyatakan tadi.aku dapat buat satu kesimpulan.

kakak aku hanya buat apa yang agama wajibkan,tiada adat2 mungkin,bukan tak mahu mematuh.cuma tidak mampu untuk mematuh.

dan mulut makcik2 akan berkokok dengan lantang.biasalah kan.katakan begitu,katakan begini.pedih telinga,walaupun aku bukan lah pengantin.
mewakilkan si perempuan dan hak-nya.ok.hak seorang wanita mungkin..bertenanglah makcik2 sekalian.
sedang pada pihak lelaki dan pengantin itu sendiri,mungkin mahu majlis yang selamat.
yang tidak ada hutang selepas halal,tidak ada sesak2 kepala memikirkan tema dan design majlis perkahwinan.hidup yang aman dan halal.

aku rasa lah.

tapi ibu selalu pesan,anak yang menghancurkan hati ibu dan bapa biasa nya tidak selamat.
dan mereka sangat takut-takut jika majlis akad nikah berlintang halangan.
alhamdulillah ia lancar.itu semua kerja tuhan dan kita tidak ada hak menentu2.
harap maklum.

bersyukurlah mereka yang gah hari bersejarahnya..
dan aku pasti ada ramai yang gemuruh mahu naik pelamin,tak kurang jugak yang tak sabar nak menggedik atas pelamin.
yang penting sekarang aku agak kecewa sebab tak dapat makan nasi minyak!!!huaa!

Tuesday, January 13, 2009

satu hari

sebeberapa hari menghilang,aku fikir tiada yang kisah.ini membuktikan aku tidak terlalu bergantung pada internet 24/7.yawwn.sudah ada hidup yang aku fikir berat di kongsi bersama rakan.tapi tetap mahu cerita.

kelmarin hari jadi aku.11 januari 2009.okay.mari aku nyanyi sendiri.
turn to 21 weyh.aku rasa ia waktu pengakhiran zaman remaja mungkin.
bermula menjadi sematang mungkin.

aku tiada di kampus.pulang shah alam bersama keluarga.
walaupun perancangannya,mahu mengorbankan diri di tahun akhir bersama rakan.
tapi ia kecemasan kawankawan.

tapi aku tahu,panggilan ngeri kamukamu tempohari yang menyeru aku pulang
sangat seramsejuk.janganlah seksa aku yang serba tidak bersalah ini.
(muka penuh simpati)

2009 ini.hidup aku bermula dengan sangat macammacam.
di rancang semua-semua.akhirnya hancur,jadi pun atas tentu tuhan.

abang tiri,
aku tidak berapa suka sangat sama dia.
sebab dia dan isteri seperti tidak tahu cara menghormat ibu.itu bikin aku super-menyampah sama dia.
tapi saat dia bertarung dengan nyawa,dengan ratapan isteri memeluk kepalanya yang berjahit dari telinga kanan ke telinga kiri seperti cekak itu,buat jiwa aku rasa hiba.
mengapa tidak di ajar kalimah syahadah dari di tuntut segala janji manis bercinta dulukala.

tertitik2 jua air jernih.
pilu-bila aku fikir orang yang tersayang akan pergi dengan seksa sebegitu.
lebih pilu,bila anak kecil dia-puteri balqish-10bulan , merengek mengejut papa nya yang masih tak sedarkan diri.anak kecil itu tahu apa..sungguh sama sekali dia tidak berdosa.

kisahnya begini
emy-22tahun, mahu berangkat dari ipoh ke shah alam,berpindah rumah selepas 10 hari diijabkabul.bertembung malang di tengah perjalananan.hancur rangka otaknya,rangka lelangitnya.seminggu koma di hospital.doktor sudah suruh bawa pulang bila di-scan otak sudah mati.berat hati keluarga,minta doktor scan sekali lagi.alhamdulillah.keajaiban itu menyusur berdikit2.suhu badan mencapai angka 4,kembali menyusut.semoga dia kuat semangat untuk hidup.berdoa sama miracle tuhan.

kisah lain(hari yang lebihkurangsama):

sambutan hari lahir yang aku fikir tiada sambutan,buat aku tempah kek sendiri2.kononnya ada sesuatu untuk di jamu rakan bila pulang ke kampus kelak.carrotwalnutcheesecake.homemade dari aunty intan.lazat tahu?

rupanya.malam itu ibu ada suprise buat aku.indulgencechoccake.super-lazat.
terharu.sebab aku sangat tidak sangka2.
dengan ekonomi/masalah keluarga begini2,aku fikir tidak apalah kalau pun tiada sambutan,
aku redha.
tapi ini,bikin hati aku tambah chenta sama ibu.
pesannya.21 bukan kunci.apakah maksud?
baiklah.aku faham.
cuma kadang2 sengaja buat2 tidak seberapa faham.

harap aku bertambah dewasa.
tidak seberapa nakal lagi,
menjadi lebih baik dan pandai.
dan boleh berfikir dengan waras lamalama.
di samping tidak menyakitkan hati manusia anymore.
hopefully.