Showing posts with label pengucapan sopan. Show all posts
Showing posts with label pengucapan sopan. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

empat latus punya calutan

heyhey.
sudah empat ratus entri since nov 2007.
purata yang agak kecil berbanding bloggers tegar out there.
lagipun.bukannya ada bakat sangat.
sekadar ruang melepaskan apa yang patut dan kadang-kadang tak patut je. :)

life is great/good/__________(isi sendiri).
mungkin semakin baik.syukur.
but we don't know in future.
kalau pun ada yang tak berapa nak baik, kita anggap je everything is fine.
so that, it will be fine.
(baizura johari, Jan 2011)

kerja sekolah adalah banyak.
tapi masih tiada daya/masa/dan ruang untuk menyiapkannya.
hell-yeah kan?
komitmen sepah-sepah.
sepatutnya boleh curi waktu.
tapi bila dah tak berada di atas landasan dan garisan yang betul,
hidup akan jadi huru-hara.
so, bila tuhan nak bagi bala macam-macam jangan nak merungut lebih-lebih lah kan?
just look back at yourself. cari carikrabaklubang pada diri sendiri.

eh.dah March kan?
sangat laju masa berlalu.
harap aku tidak jatuh dengan tiba-tiba,
kalau pun terjatuh silalah bangun balik ok.

teknologi yang menghubungkan kita dengan bestie-bestie lama adalah sangat awesome.
tapi, bila juga ia menghubungkan kita kepada ex-boyfriends yang nightmare dan haunted, itu adalah truly horror okeh.


ok.nak cuba menggembirakan diri sendiri.
penatlah nak puaskan hati semua orang weyhh.

bai!.nak sambung kerja dengan ikhlas.

Sunday, August 9, 2009

sabtu saya

saya masih hidup.
sedikit jiwa kacau dengan hidup dan teman-teman.
pastilah perlu ada sedikit kacau.
ia perencah hidup yang paling bermakna.
loceng-loceng test dan quiz sudah berkumandang.
harus bersedia awal.







segala perancangan/event/aktiviti terbatal/terbantut sebab h1n1.
sekarang baru aku tahu apa fungsi purdah sebenarnya.

menghadiri ceramah biro tatanegara sepanjang hari.
ibarat menghadiri kelas sejarah dan politik dari pagi sampai ke petang.
boleh bayang bagaimana memek muka 'pencinta sejarah' seperti saya?

hujan sekejap-kejap yang seksi bukan hadir sendirian.
sekawanan nyamuk manja dan jinak terus menjadikan gebu aku ini santapannya setiap hari.
hisap lemak tak boleh ke?
kurus sikit aku nanti.


















bye!

Wednesday, April 22, 2009

dia,mereka,kamu dan aku


kalau aku kata yang aku mahu.
aku mesti mahu dapat.
mesti usaha cuba capai dan garapkan.

teruk sangat ke?
mungkin-lah,kalau itu pun labelnya 'ikanbateri'
tapi.siapa kisah kan?

btw.
kepada kawan-kawan yang mana mahu turun berperang.
aku doakan kalian senang-senang lah menjawab-jawab sehingga ke last page.
penuhkan ilmu di dada.
jangan nak main sangat.

peringatan untuk aku juga.
jangan nak suka sangat paper lewat lagi.



last semester.
aku lost weight dalam 6,7,8 kg.
konon study punya pasal.padahal efek puasa.
huhuhu.

lepas tu aku macam harap.musim peperiksaan kali ini akan turun lagi berat badan.
tapi.apakah perlu pura-pura puasa?
duhh!

Saturday, April 4, 2009

spesial day

empat haribulan empat dua ribu sembilan.
selamat hari jadi kepada mereka yang menyambutnya hari ini,
ok.dan juga esok.


11.56 pagi yang tak hening langsung.
juga genap 42 jam tidak tutup mata.
semalam.aku sedikit kacau atas kehilangan mata palsu atas kekeliruan diri.
penyakit lupa yang serius menyerang,dan memaksa aku mengingat,
dan dah ingat,tapi masih gagal jumpa.

petua aku if ada barang hilang ialah-jangan cari.
jangan cari,sebab if cari memang tak jumpa.cuba kalau tak cari,ada je depan mata.
walau cari pada tempat yang sama berkali-kali.pandangan semacam terhalang oleh kain halimunan ahli sihir jahat.

jadi jangan cari.
selalu.atau lambat-laun.pasti jumpa juga akhirnya.
tsk.

aku benci bila barang hilang.lagi-lagi bila barang berharga hilang.
lagi-lagi bila sangat-sangat di perlukan.
semalam dunia aku kelam.
malas pakai lens sebab tak keluar mana pun.
kerana daya ingatan yang lemah,
jadi aku guna bagai-bagai cara untuk mengingat dan melihat.
sampai terdetik nak pergi buat rawatan mata,apa beli titis mata yang boleh kurangkan
tahap rabun mata,dan rasa macam nak pergi buat laser pun ada.

dengan ingatan yang masih terngiang-ngiang rakaman visual hidup aku semalam.
aku teruskan mengingat.aku tak salah sangat pun sebenarnya.

aku perlu siapkan tugasan dan aku tak nampak tulisan dan aku tak selesa bercumbu sama monitor.
tanya-tanya,laju kepala geleng tidak.
meracau hampir satu malam,akhirnya memberi kesedaran pada ahli sihir untuk pulangkan kacamata aku dengan taktik paling-tak-boleh-blah.konon.eh-eh.konon TERnampak TERsangkut di hanger dalam bilik,yang mana kali terakhir kacamata itu di lihat di bilik air.sigh.

kononnya,ahli sihir dan konco-konco mahu kenakan april bodoh untuk aku.
tapi,wajah simpati,innocent,comel tapi keliru,plus rengekan-rengekan manja macam nak kena sepak itu berjaya mematahkan kekejaman sanubari.jerit 'berjaya!' sekarang.

akhirnya dia mengaku yang april fool nya tak seberapa menjadi.apakah?
aku keliru.
ok.aku tak sangka yang aku akan jadi mangsa keadaan kepada perayaan yang tak best langsung di anut ini.

awat?aku tak buat apa-apa kat hangpa kann..
tapi itu lah.apa yang pergi pusing akan datang pusing balik.
tahu moral of the story?
Sudah.simpan diam-diam dalam poket.

sambung kerja.

Friday, April 3, 2009

kreditasi

“ I love libraries. Libraries and record shops, my second homes, my cathedrals of romance.
— revenge of the lawn - richard brautigan (via teapotsonfire)


“ I agreed that what really matters is what you like, not what you are like… Books, records, films - these things matter. Call me shallow but it’s the fuckin’ truth — High Fidelity (via yourfavoriteredhead)






it's all about denial, real life, passion and maybe a future.gonjeng!

eksperimentasi sukaluka

sayang agnes..

saja nak pujuk hati sebab lemah sangat bila nangis bila sistem tak running masa lab test.walau cikgu asyik cakap.-'awak dah 21 tahun kan..'-tapi,aku bloody berdarah dan sangat emosi yang sensitif macam tak tertahan-tahan sama manusia-manusia psycho yang boleh running dan subject yang tak ada final paper.lepas tu hujan renyai jadi lebat macam tak tertahan-tahan,nasib baik boleh control baran dari hentak monitor lab.argh.peduli lah.aku sudah buat yang terbaik.

tiga jam hujan buat mata aku jadi macam mangsa dera.bila sebulan sekali hujan.ia turut kaitkan seluruh kisah sedih sepanjang sebulan dan bulan-bulan lalu,walau macam tak ada kaitan.sebab tu lah macam lama dan tak relevan saja nak hujan lama-lama.gonjeng kan?


Pemujuk jiwa lara

Ehem!awak jauh-jauh sikit boleh?







Monday, November 17, 2008

surat untuk awak

awak,
ini sepatutnya tak perlu diklasifikasi sebagai surat or correspondence.
ini sekadar,bicara yang bertitah dari dalam.
di gema ke merata alam.

awak,
bila jiwa itu penuh dengan kebencian
duduk sendiri pun hati tak tenang
memikir musuh yang masih tidak terlentang
masih tidak tersungkur di kaki

dan
bila sembam wajah sepersis itu ke tanah
ketawa pun pecah meriah
senyum sinis jelas terang
masa itu,
ikhlas bukan lagi soalan
tali kawan yang dicampak baling
sememangnya sudah tiada harga
or mungkin memang tidak berharga

awak,
sila-
tanya sama hati.
sila-sila tanya
apa mahu lagi

Saturday, November 8, 2008

pimpin hati saya ke jalan sana

entri ini sedikit menginsafkan.sedikit je la.

ujian yang diturun tuhan untuk saya;
adalah kerana ingin mendekatkan saya pada Dia.
mungkin sebab saya kerap kali melupakan Dia,
yang kadang-kadang lupa langsung.
angkuh.sungguh tak sedar diri.

kadang-kadang ujian tuhan itu sakit;
terlalu sakit umpama azab.
di racik setiap keping hati;
di ragut segala rasa sayang.
saya rasa mungkin ini balasan tuhan sebab
saya selalu degil dan ingkar(contoh tidak dapat di nyatakan).

saya cuba tidak mengeluh bila di timpa ujian tuhan,
kerana saya tahu Dia sayangkan saya.
terima kasih kepada tuhan kerana memberi saya
banyak masalah
dan berhidup susah.
kerana jika saya
hidup senang berlenang2,
pasti saya leka dan lupa pada tuhan,
sebab saya sibuk nak belanjakan wang;
ke sana ke mari,
membeli belah yang terbelah-belah dan sebagainya.
mungkin saya akan cuba macam-macam benda terlarang;
sebab saya banyak wang.siapa tahu kan..
lagipun masa itu mesti saya banyak kawan,
dan mesti tiada kawan yang berani meludah-ludah saya.
dan mesti semua pun mengilap saya umpama permata.
resam si berada
tapi itu semua adalah mungkin.
kalau dalam komik KAWAN dulu2,
ada ruangan "kalaulah..................................."
memang saya suka isi titik2 itu dengan imaginasi,
dan kemudiannya tersenyum tersimpul2 sendirian.


sesunguhnya,
takdir saya di luh mahfuz itu
sudah tertulis.
saya mahu terima ujian tuhan itu
dengan redha,
dengan sesabar mungkin,
saya mahu tabah.
saya mahu di angkat darjat;
kerana saya ini sedianya hina.
saya mahu terima peluang ini
dengan bersyukur dan bersabar

saya harap.
tuhan itu dapat kasi tambah iman saya,
macam kuasa lampu warna merah
di dada ultraman.
sesungguhnya,
lampu saya itu sudah berkelip
dan berbunyi laju serta bising.

jiwa dan iman saya sangat lemah
nikmat sedap semua saya mahu
susah jerih liku-liku,saya bising sama tuhan.
haih.sangat teruk.

saya berdoa supaya jika saya di takdir hidup yang senang;
saya dapat berbuat baik dengan kesenangan itu.
dan jika saya susah jugak;
saya tak mahu susah itu heret saya pada neraka.
walaupun saya sangat suka abang neraka.
biarlah saya sabar atas kesusahan itu.
dan belajar menjadi manusia redha dan tabah dan kuat umpama batu.

cerita gembira itu selalunya untuk orang yang tabah dan sabarkan?

mungkin soalan peperiksaan tadi sesusah cipan,
kerana tuhan itu mahu mendidik saya
menjadi manusia sabar yang manis;
yang tak mengamuk mengeji diri.
saya sabar,saya sabar.
lepas ni.hujan kan lah batu bata pun.
saya redha,


sebab saya dah bersedia dengan payung kebal.=)
saya mahu jadi manusia bijak.
tuhan,tolong saya boleh??plssssssss...


pesanan penaja:'saya' merujuk kepada manusia yang sedang beroperasi menenteramkan diri selepas kehabisan ubat penenang.

Wednesday, November 5, 2008

masih bukan cerita basi.



bila bicara itu datangnya dengan amarah
ia akan berbunyi sedikit kejam;
nista;dan agak busuk.
jadi;
mungkin lebih baik aku duduk senyap,
dan terus perhati kelaku binatang yang kau pentaskan.
mungkin itu lebih baik.


p/s: aku ada surat untuk tuhan,tapi masih berbelah bagi mahu di utus atau di simpan kemas.