Showing posts with label sampah terpilih. Show all posts
Showing posts with label sampah terpilih. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

benda biasa


mungkin setelah berlakunya kehilangan
baru ada rasa penghargaan

mungkin yang di depan mata adalah sampah
di kutip orang barulah permata

mungkin tak pernah cukup apa yang ada
tetapi bila tak ada, barulah sedar tentang perkara yang pernah ada

Monday, August 8, 2011

darah semalam

dah khabar dengan jelas.
tapi masih sengaja buat tak reti.

memang mati lah.

Friday, March 18, 2011

Degar-degar

Cerita macam ini je la.
Kalau kau sendiri tak ada belas kasihan pada diri sendiri,
Macammana Tuhan nak tolong kau,
Macammana kawan-kawan nak kasihan kan kau.
Cerita simpati semua orang pun ada rasa lah weyh.
Hati bukan lah batu.
Kalau kau rasa kepala degil kau adalah yang benda terbaik atas dunia ni yang kau ada selain akal,

Go on lah, then i will move on.

Simple kan?

Told you, i'm not perfect either.
But, i realize.
Every single musibah or benda tak best yang jadi atas diri atau orang sekeliling
adalah ada kaitan dengan what i have done before.

Just look back and take a lesson.
Bukan look back, and do the same atau lebih kurang sama punya mistakes.
Itu bingai namanya.

Ok.dah lah.
Hari Jumaat hari paling gembira sepatutnya.
tapi bukan untuk aku di hari ini.

Anyway.
Terima kasih kepada cercaan notes di pagi hari yang aku sambut dengan senyuman.
dan orang-orang yang belanja saya breakfast dan lunch dan air sedap.


Tuhan.awak memang baik.tak salah lagi.
=)



Thursday, March 17, 2011

blast thing

you never learn from mistakes
you never learn from other people
you never learn from the world

you proud make mistakes
you never give a chance to change
you said you're muslim , but u not even try to practice and follow the rules

you never help me to change

you using investment as a good things
you lying to me, and i discover it by myself.
told u,it's bloody hurts.
and you do the same mistakes again
and you smile for the mistakes you have done.

i just want to live in a better life.


Tuesday, June 22, 2010

tiga ratus

untuk post yang ke-300 baru.
aku dah tak tahu nak cerita apa.
kepala sangat sakit ibarat di sagat tar.ganas sangat bunyi nya kan?
ade atu tetah?

segalanya kelihatan seperti hampir sempurna.
tapi deep inside.
perjalanan yang chaos.
huru hara serta kelamkelibut memang menghadiahkan aku headache selama 2 hari berturut-turut.

akhir-akhir ini aku sangat stress.
selepas kes kemalangan hari tu dan
yes.aku baru lepas konvo.
aku baru selesai register for degree.
oh.itu adalah hari yang penat bila segalanya tak berjalan selancar di sangka.
aku baru sudah juga interview untuk kerja tetap.dan dah sebulan aku tunggu keputusan.itu juga boleh kita namakan tekanan ye.sesuatu yang tidak pasti.
stress lagi sama orang-orang yang mengejek fizikal badan aku yang dah naik sikit.
dan yang last.my car.
hopefully everything will going dengan lancarnya.the process and procedure and everything yang fucked up.

tiba-tiba aku rasa aku bencikan June.btw.awak tak bersalah pun.
aku nak tenangkan diri dengan berpuasa di bulan rejab.
but actually,nak ganti puasa.;p
and jimat duit makan untuk masuk dalam tabung perkahwinan.
ahaks.

p/s: sila doakan kebangkitan semula aku untuk berdiet kali ini berjaya dengan cemerlang.

Monday, June 14, 2010

nota

aku benci bahagian paling teruk dalam hidup.

bila segala benda menjadi sangat teruk.

Thursday, January 7, 2010

tiada tajuk.

hello januari.
dah macam tak kuasa nak membilang.
tak mahu kecewa.tak mahu sakit hati.tak mahu berharap.

biar setiap minit berjalan sendiri.
kalau ada.ada lah.
seperti berserah.tapi masih tak mengalah.

betul lah.dunia yang berputar-putar.
kita tunggu lah sampai habis hari.
biarlah senyum sekejap pun.
asal dapat merasa gembira di hari-hari depan.
itu pun kalau ada.

rasa istimewa yang empty.
macam tak bermaya nak turning twentytwo-oh.

perasaan di tahun 01.
hilang rasa berazam.
mungkin sebab tak mahu mungkir janji pada diri sendiri dah.
berdoa untuk kehidupan yang lebih baik.
bersama sehelai kertas wishlist and things to buy.heheh.
friends are ok.eventho not so-awesome.but they are still great.
life.walau pun tak sama macam yang lain.maksud aku.seperti rakan-rakan sebaya yang lain.
tapi still ada rasa happy dan senang hati.walaupun untuk happy yang di buat-buat.yang penting senang hati.


mata dah sepet.
esok mulakan rutin macam biasa.
jangan lupa breakfast.
oh.sorry lah tiada gambar hot.

Thursday, November 12, 2009

wayang kulit

kesian kan bila tengok orang yang sedih fizikal dan mentalnya.
hai.dah nasib badan.
nak simpati,rasa macam tak patut.
tapi sudah hati serupa iblis macamana?

semoga tuhan merahmati dia.

Monday, April 20, 2009

peristiwa

lepas ni,kau boleh lah curi-curi baca.
lepas tu,kau bolehlah jadikan bahan dan rencah dalam persidangan itu.
dengan harapan.laku-lah cerita itu jika di jaja serata dunia.

ye lah.aku kan tak sempurna.
cela di mana-mana.
apa lagi-
cari lah.
gali lah.
intip lah.
intai lah.
korek lah.

tatap apa yang kau jumpa.
kemudian renyeh puas sendiri.

nanti besar sikit.
simpanlah cita-cita nak jadi azwan ali.
kau kan suka.kan?

Saturday, April 4, 2009

spesial day

empat haribulan empat dua ribu sembilan.
selamat hari jadi kepada mereka yang menyambutnya hari ini,
ok.dan juga esok.


11.56 pagi yang tak hening langsung.
juga genap 42 jam tidak tutup mata.
semalam.aku sedikit kacau atas kehilangan mata palsu atas kekeliruan diri.
penyakit lupa yang serius menyerang,dan memaksa aku mengingat,
dan dah ingat,tapi masih gagal jumpa.

petua aku if ada barang hilang ialah-jangan cari.
jangan cari,sebab if cari memang tak jumpa.cuba kalau tak cari,ada je depan mata.
walau cari pada tempat yang sama berkali-kali.pandangan semacam terhalang oleh kain halimunan ahli sihir jahat.

jadi jangan cari.
selalu.atau lambat-laun.pasti jumpa juga akhirnya.
tsk.

aku benci bila barang hilang.lagi-lagi bila barang berharga hilang.
lagi-lagi bila sangat-sangat di perlukan.
semalam dunia aku kelam.
malas pakai lens sebab tak keluar mana pun.
kerana daya ingatan yang lemah,
jadi aku guna bagai-bagai cara untuk mengingat dan melihat.
sampai terdetik nak pergi buat rawatan mata,apa beli titis mata yang boleh kurangkan
tahap rabun mata,dan rasa macam nak pergi buat laser pun ada.

dengan ingatan yang masih terngiang-ngiang rakaman visual hidup aku semalam.
aku teruskan mengingat.aku tak salah sangat pun sebenarnya.

aku perlu siapkan tugasan dan aku tak nampak tulisan dan aku tak selesa bercumbu sama monitor.
tanya-tanya,laju kepala geleng tidak.
meracau hampir satu malam,akhirnya memberi kesedaran pada ahli sihir untuk pulangkan kacamata aku dengan taktik paling-tak-boleh-blah.konon.eh-eh.konon TERnampak TERsangkut di hanger dalam bilik,yang mana kali terakhir kacamata itu di lihat di bilik air.sigh.

kononnya,ahli sihir dan konco-konco mahu kenakan april bodoh untuk aku.
tapi,wajah simpati,innocent,comel tapi keliru,plus rengekan-rengekan manja macam nak kena sepak itu berjaya mematahkan kekejaman sanubari.jerit 'berjaya!' sekarang.

akhirnya dia mengaku yang april fool nya tak seberapa menjadi.apakah?
aku keliru.
ok.aku tak sangka yang aku akan jadi mangsa keadaan kepada perayaan yang tak best langsung di anut ini.

awat?aku tak buat apa-apa kat hangpa kann..
tapi itu lah.apa yang pergi pusing akan datang pusing balik.
tahu moral of the story?
Sudah.simpan diam-diam dalam poket.

sambung kerja.

Wednesday, March 4, 2009

sebab musabab aku perlu duduk senyap2.

dahulu.
tak lama pun.
masa : sekitar awal tahun 2009.

aku macam pernah ada rasa bosan pada ruang lingkup ini.
alaaa..a.k.a princess warrior whatsoever blog tuh.itu pun tak tahu ke (ayat si donut).
dia punya perasaan macam mahu private-kan blog,atau tukar url atau macam nak delete-kan blog macam tu lah.

punca: tidak dapat di kenal pasti.

tapi aku cuba cari.dan juga analisis.ceh.nak jugak tu guna ayat analisis.
dan aku macam jumpa cebis2 sedikit2 hasil observation berhari2.

dan aku dah jumpa/ingat macam nih.



perbualan 1

rakan: eh..eh..kau ada blog ehh?
aku :(dengan muka superinnocent)ehh..blog tu apa?
rakan:(dia start dah)hang tak payah la..haritu aku ada jumpa belog hangg..(sambil angguk2 kepala senyum gatal)
aku :(pandang monitor)xcvbnmsdfghjk

perbualan 2

adik lelaki 1:kakak,macammana nak tukar url nih.
kakak budiman:kau pergi sini,kau tekan sana,kau tekan itu,kau tukar lah.
adik lelaki 1:(sambil jenguk2 kepala nak baca apa yang aku nak tulis)
kakak budiman:(cubaan tutup2 pc dengan jemari yang tak muat desktop aku)
adik lelaki 1:kenapa kau buat belog kalau bukan untuk orang baca?
kakak budiman:(pandang monitor)xcvbnasdfghhh

perbualan 3

adik junior:kakak,mahu tengok tak cerita budak uitm kedah ni kutuk2 uitm kedah ini.
kakak senior:kutuk?ermm.mana?(sibuk jugak tu nak tahu)
adik junior:ni..ni..cuba kakak taip macam ni..(sambil sebut huruf dan dia hafal)
kakak senior:ok..start baca..(tidak ada apa2 yang sangsi.dan aku tak tahu celah mana la isu/gosip/cerita itu boleh timbul)
adik senior:ini geng2 budak chantek2 je nih..(sambung cakap sorang2)
kakak senior:(pandang monitor)xcvbnmsdfghjk






kadang2 perkara yang macam kita tak jangka terjadi dan terjadi, buat aku jadi rimas dan lemas untuk teruskan hidup.

Saturday, November 8, 2008

pimpin hati saya ke jalan sana

entri ini sedikit menginsafkan.sedikit je la.

ujian yang diturun tuhan untuk saya;
adalah kerana ingin mendekatkan saya pada Dia.
mungkin sebab saya kerap kali melupakan Dia,
yang kadang-kadang lupa langsung.
angkuh.sungguh tak sedar diri.

kadang-kadang ujian tuhan itu sakit;
terlalu sakit umpama azab.
di racik setiap keping hati;
di ragut segala rasa sayang.
saya rasa mungkin ini balasan tuhan sebab
saya selalu degil dan ingkar(contoh tidak dapat di nyatakan).

saya cuba tidak mengeluh bila di timpa ujian tuhan,
kerana saya tahu Dia sayangkan saya.
terima kasih kepada tuhan kerana memberi saya
banyak masalah
dan berhidup susah.
kerana jika saya
hidup senang berlenang2,
pasti saya leka dan lupa pada tuhan,
sebab saya sibuk nak belanjakan wang;
ke sana ke mari,
membeli belah yang terbelah-belah dan sebagainya.
mungkin saya akan cuba macam-macam benda terlarang;
sebab saya banyak wang.siapa tahu kan..
lagipun masa itu mesti saya banyak kawan,
dan mesti tiada kawan yang berani meludah-ludah saya.
dan mesti semua pun mengilap saya umpama permata.
resam si berada
tapi itu semua adalah mungkin.
kalau dalam komik KAWAN dulu2,
ada ruangan "kalaulah..................................."
memang saya suka isi titik2 itu dengan imaginasi,
dan kemudiannya tersenyum tersimpul2 sendirian.


sesunguhnya,
takdir saya di luh mahfuz itu
sudah tertulis.
saya mahu terima ujian tuhan itu
dengan redha,
dengan sesabar mungkin,
saya mahu tabah.
saya mahu di angkat darjat;
kerana saya ini sedianya hina.
saya mahu terima peluang ini
dengan bersyukur dan bersabar

saya harap.
tuhan itu dapat kasi tambah iman saya,
macam kuasa lampu warna merah
di dada ultraman.
sesungguhnya,
lampu saya itu sudah berkelip
dan berbunyi laju serta bising.

jiwa dan iman saya sangat lemah
nikmat sedap semua saya mahu
susah jerih liku-liku,saya bising sama tuhan.
haih.sangat teruk.

saya berdoa supaya jika saya di takdir hidup yang senang;
saya dapat berbuat baik dengan kesenangan itu.
dan jika saya susah jugak;
saya tak mahu susah itu heret saya pada neraka.
walaupun saya sangat suka abang neraka.
biarlah saya sabar atas kesusahan itu.
dan belajar menjadi manusia redha dan tabah dan kuat umpama batu.

cerita gembira itu selalunya untuk orang yang tabah dan sabarkan?

mungkin soalan peperiksaan tadi sesusah cipan,
kerana tuhan itu mahu mendidik saya
menjadi manusia sabar yang manis;
yang tak mengamuk mengeji diri.
saya sabar,saya sabar.
lepas ni.hujan kan lah batu bata pun.
saya redha,


sebab saya dah bersedia dengan payung kebal.=)
saya mahu jadi manusia bijak.
tuhan,tolong saya boleh??plssssssss...


pesanan penaja:'saya' merujuk kepada manusia yang sedang beroperasi menenteramkan diri selepas kehabisan ubat penenang.

Monday, July 21, 2008

lalang o lalat

menyemak.disemak.tersemak.
pergi samak.

kau busuk
aku rimas

tiada tenang yang aku dapat
sejak kau muncul.
so.silalah menjauh.
sebelum aku kerah segala bala tentera untuk menghalau kau dari hidupnya.

tiada penat?
haih.

memori.. silalah mati.
ini hidup zaman kini.
kau mahu sejarah kembali?
pergi mati dengan semua itu.

aku cuba pekak dan tuli.
diam tidak bermakna suka.
membiar segala kudis bernanah sendiri.
hello.
sila dapat kan ubat di farmasi.
tiada dukun yang akan menawar diri.

silalah kukuh dengan kaki sendiri.
walau sendinya terpatah berkali
sedangkan yang cacat lagi gagah berdiri.
ini kau yang cukup satu body.



Tuesday, January 29, 2008

hari - hari baru

yeay~
long time not see
since semester break.
manusia2 biase yg perlu aku jumpe.jemu suda.
aku ade tugas br yg lbey penting dr azam tahun baru 3 mukesurat test pad.


twenties.sound sweet.life must go on
i need to face whole the world .