sekarang sudah pukul 9.22am.
janganlah percaya jam kat bawah tu.
menipu semedang.
line wifi laju mancut-mancut.
tapi line hp macam haram.
teori aku: menara talian komunikasi berkenaan kena panah petir
teori dia: gajah lalu rempuh menara pemancar
teori min:kontraktor buat bangunan kat sini korek tanah,lalu kena line.
aku pun curious.line bawah tanah ke?
teori wani:pekerja talian komunikasi berkenaan sedang cuti raya lagi sampai lupa mahu betulkan menda yang rosak
teori atip: talian komunikasi berkenaan sedang upgrade service
mana yang betul?aku pun tak tahu.
tak apa la.pagi-pagi semua orang pun tidur.
tak ada siapa mahu call
(here,friday is a public hols ok)
assignment selonggok lagi belum siap.
cepat weyh laju siapkan.
part paling enak hari ini:
1.menggeliat atas tilam empuk
2.tarik bebe yang 'ter'golek jatuh
3.tengok jam
4.tidur semula
5.lima minit lepas tu terus bangun
sesungguhnya.aku perlukan iltizam yang kuat untuk bangun pagi.
selalunya seperti perkara-perkara penting or perkara-perkara berdebar yang akan dilakukan
aku akan set sebagai alarm.
agak-agak malas nak bangun,
macam tiba-tiba teringat,
akan terus melompat,
so,dah tentu isu jatuh katil
adalah salah satu cara untuk sedarkan diri sendiri dari mimpi indah.
bukannya sebab mengigau atau mimpi ngeri ke apa.
dah tentu lebam badan bukan sebab digigit hantu
pelesit tu binatang ke hantu?
aku masih tak puas hati dengan awatif.
kami berbalah isu jebon.
jebon tu apa sebenarnya?
bahasa luar adalah sangat pelik.