Monday, March 23, 2009

bangkit sendiri

haih.

bangkitlah jiwa.
mana nafsu kau terhadap ilmu.
berahi yang hilang sama helaian nota.
motivasi jenis apa harus di suluh untuk aku yang sedang longlai ini.
sedang kepala jauh terbang ke negara-negara fantasi.
bukan fantasia semacam akademi itu.
aku pingin mengembara menghirup setiap yang segar.
bila kesempatan itu akan wujud untuk aku?

bunyi-bunyi ganjil sudah keluar dari bibir separa mungil.
itu petanda aku sudah bosan sama hidup sehari-hari.
kalaulah aku lelaki,
mungkin koleksi perempuan seksi boleh beri motivasi untuk meneruskan hidup sehari-hari.
jujur:aku gagal jadi,eh dapatkan perempuan simpanan.(T_T)


mana otak segar.
mana pakar motivasi upahan.

mungkin aku rindu setiap yang hijau di bumi utara ini.
setiap hari.lebih lagi setiap pagi.
aku akan bersemangat mahu berlari.
berlari tenangkan diri.
tapi itu semua seperti mimpi.
mimpi-mimpi setiap tidur siang.

mimpi siang kali ini yang lebih inovasi
percaya tidak?
aku mimpikan inovasi terbaru botol syampu yang lebih futuristik.

alangkah indah andai bangkit dari lena,
kelip mata,susuk tubuh aku kembali menawan.
gamit mata setiap yang mahu sempurna.
jelas.setiap pertambahan inci selalu menjatuhkan keyakinan.

semalam malam.
wilayah strawberi bergegar sama manusia-manusia desperate mahu ramping.
bukan-lah mereka-mereka itu mahu keding sangat.
cuma,risaukan baju-baju saiz kecil yang kelihatan ganjil jika asyik terus mengunyah,tanpa sebarang aktiviti sukan.
biarlah hingga lewat malam sekali pun.
tetangga taman wilayah strawberi asyik dan terus asyik melenggang pinggang dan kaki dan tangan.lagi-lagi si mata sepet.

biar mulut-mulut lain asyik terus mengeji aku,
di asak turut serta sama bermacam cubaan diet.
aku penat.
aku mahu ruang.
aku perlu masa.
paling jelas.
aku mahu jiwa yang dulu.
yang semangat sentiasa membakar-bakar.
yang kini hilang terbang di bawa belon panas entah ke mana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

selirat otak aku lebih sesak dari selirat usus.
mungkin ini balasan tuhan sama aku yang kerap jauh diri.
lihat,aku perlu positif.
tuhan sayang aku.
di hadiah bermacam dugaan.
mungkin aku perlu kembali.
pulang pada pangkal,sebelum terus hanyut sama angin-angin syaitan.
neraka memang menarik.
tapi aku masih gentar untuk menjejak kaki.

sekarang.masih kosong.
semacam tiada isi.
isi yang ada seperti tidak hadam sepenuhnya.
apa yang kurang?

jenguk dosa-dosa lampau kau.
juga dosa baru-baru.

mungkin di situ ada jawapan.

seperti donut yang mengerang sakit setiap kali menjejak kaki ke tanah.
dan ibu yang tabah itu selalu pesan,tuhan lebih sayangkan adik.
sebab itu di duga adik sebegini rupa.

kasihan donut.
hangus bulu matanya yang melentik itu.

No comments: