Sunday, August 30, 2009

surat untuk adik

untuk adik saya yang paling tinggi dan paling kurus.

kelmarin,ibu ada hantar pesanan ringkas suruh saya nasihatkan adik saya,
ye,adik saya yang paling tinggi dan kurus.
calon spm yang paling rilek-rilek dan suka cipta masalah sama orang tua saya.
dia: usia 17.nakal dengan cara tersendiri,jahat juga dengan cara tersendiri.

mungkin di usia itu.
jiwa remaja sedang melonjak-lonjak berbunga.
lagi pula mendapat rakan-rakan yang konon-konon bersefahaman,sekepala,sehidup,semati,sebantal,sepinggan.
lagi best kalau mahu tunjuk rebel di usia ini,kan?

saya pula mati akal mahu di nasihat gaya sebagai mana.
saya pun pernah nakal dan jahat juga satu ketika dulu.
memanglah saya yang paling sulung.
tapi saya tidak garang(rasanya-lah) sehingga boleh merubah dia menjadi anak yan baik sekelip mata.
saya tiada kuasa itu.

saya dan ahli keluarga yang lain mahu dia berjaya.
berjaya seperti orang lain.
sebab saya tahu dia bijak.
tapi oleh kerana sikap yang tidak serius dan degil
buat ibu saya sering bergenang air mata menahan rasa menjaga anak tunggal seorang di rumah ini.(yang lain di perantauan)

saya,mahu dia tahu.
walaupun saya tak berupaya nak berdepan bertentang mata menasihati dia.
saya hanya mahu dia hormatkan keluarga,hormatkan ibubapa,
selagi mereka semua ini masih ada.
saya mati kata bila ibu merayu menolong menasihat dia.
jadi tak betah.
saya rasa serba salah.

mungkin dia rasakan diri sudah cukup dewasa untuk rebel menuntut pembelaan.
mungkin kerana kurang kasih sayang.
tapi,mahu apa lagi.
dia di manja sendirian di rumah.

menuntut bela susah keluarga,
janganlah di abai rasa hormat,
turun sekali berjuang bersama,
tinggikan martabat sama cemerlang diri yang positif.



hina mana pun keluarga,
silalah kasihkan.
kerana keluarga itu hanya satu.
ibu itu hanya ada satu.
tolonglah kasihkan dia.


pokok tak kan berbunga tanpa kerjasama dedaun dan dahan-dahan yang lain.

sekian,terima kasih.

11 comments:

mirashi said...

byk2 kan la solat hajat
doakan semoga ibu kmu terus bertahan dan semoga si kurus itu mndpt hidayah Allah
kita hnya blh berusaha
tp Allah lebih berkuasa
:)

ochs widdle said...

bangun malam selalunya buat aktiviti lain.

huhu.

Aizuddin Jaafar said...

tak lah garang sangat?wth.

takpe. skng msg pd sya. apa yg tjd pada sipanjang

huda said...

ye ye.
betol kaTa mira.
byk2 kan lah wat solat hajat or srh mak kak echa wat air tawar(kndungannya air bacaan ustaz,or apa ek bacaannya.kurg igt)(gaya ummi).

*knape dye tinggal sorg dirumah.
donut kemana?

ochs widdle said...

donut masuk tahfiz..
mulia ni donut ni..

air penawar ke sayang?huhu.
minta kat umi resepi..

ochs widdle said...

si aiz:nanti saya msg kamu.

huda said...

umi minx mek yg minx ustaz utk wat.
donut msk tahfiz.patutla alim:D

ochs widdle said...

huda:
owh..banyak ni networking dia..
patutla semua anak umi baik-baik kan..
huhu.dah tahu da rahsia dia..huhu.

donut sangat alim.
jadi ramai orang tambah-tambah sayang dia.

huda said...

ye ke sume baik2?
wan jahat.perangai cam tuut.
haha.

wo da tanye umi,umu kata org2 ulama' yg wat dan air 2 bacaan dri solat hajat.

ochs widdle said...

dia nakal je kot.
bukan jahat..

tapi semua pun mendengar kata kan..
sejuk je perut umi pregnantkan korang..
kemsalam kat umi eh

huda said...

haha.
insyaAllah