Tuesday, August 18, 2009

sunyi pagi

sudah lama tak menulis dengan sepenuh rasa.

kebiasaannya kejadian-kejadian sebegitu berlaku bila aku berada
dalam situasi-situasi morons yang lagi tak best.
seperti sedih,pilu,marah yang tak terluah serta segala rasa-rasa sakit
dalam hati yang aku lepas hampir semua dalam ruang lingkup ini.
dengan status yang konon-konon misteri memang best bercerita apa saja.
bila hati gembira senang tak terkata-kata,tulisan aku akan jadi seakan-akan girang merapu.
ini analisis yang aku buat sendiri.sungguh!



sejak sebulan dua kebelakangan.
bila mula aku menaip sebaris hingga baris ke lapan.
secara otomatis dan perlahan-lahan aku tekan backspace dan padam balik tulisan-tulisan
itu.
kadang-kadang berlambak di simpan dalam draf dan tidak di publish.

punca:

1)andai di beri pilihan,sebolehnya aku tak mahu ada yang terluka sama post aku.
walaupun aku rasa aku bukanlah si tajam bahasanya.tapi andai aku tak dapat tahan,ia boleh jadi terpaksa untuk aku muntahkan segala yang peruk itu.kalau terasa sakit aku minta maaf.

2)tekanan.(mungkin terlalu banyak berfikir,but sometimes tak terfikir pun boleh jadi tekanan.spontan memang sangat comel ok)

3)kesibukan untuk meneruskan kata-kata.(maksudnya:kurang masa berpeleseran di hadapan lappy)

4)mungkin sebab sudah ramai mengenali kan.so macam jadi pemalu tiba-tiba.gedik sangat kann.

dunia sudah hampir ke hujung.
tapi bila di bilang banyak dosa yang aku telah buat berbanding pahala.
termasuk terbunuh anak kambing nani di area kampung semeling.
sungguh aku tak sengaja.
tunggu ramadhan bukan untuk sekadar mendapatkan berat badan ideal.
juga untuk mem'balance' kan hidup dengan perkara-perkara yang baik-baik.





cerita lain.

al-fatihah kepada ustaz asri rabbani.
satu-satunya suara yang boleh buat aku meremang apabila teringatkan iman yang semakin lemah.



orang baik-baik pun sudah hampir lesap.
antara petanda-petanda kiamat sudah dekat.
itu pun jika ada yang masih ingat waktu belajar pendidikan islam zaman sekolah dulu.
bagi yang pura-pura jahil,masih punya waktu untuk bertaubat.
jangan mahu tunggu nazak baru nak terkedek-kedek mencapai sejadah.
(peringatan untuk diri sendiri juga)
huhu,sedikit emo.
kesan dari membaca latest entry sue anna joe.



hari sudah pagi.
mahu cepat tidur.
esok kelas jam 8.

No comments: