Tuesday, August 11, 2009

sengsara di lebuhraya

hanya kerana tidur lewat dan tak cukup rehat sudah boleh buat aku hampir terkena penyakit sasau itu(h1n1).

sekitar jam 9 pagi dan lebih-lebih.
bersama immune badan yang lemah tahap di tolak terus boleh jatuh pengsan dan mata kuyu tahap dapat bantal busuk,perut bergelora sebab tak breakfast lagi dan keegoan tahap paling bongkak tak mahu pakai mask sebab mask transformers tak muat muka(for child only:rm1 at bangkok paradise village mall).
aku yang konon yakin antibodi diri sangat gagah ini melangkah dengan penuh berani menggauli orang awam.

nah!yang tiba-tiba sejurus sampai di rumah.

1)sakit kepala mencipan.
2)sakit dada ibarat perokok tegar tunggu hari nak mampus.
3)selsema yang bukan sebab makan babi.
4)demam segan-segan
5)dan sakit tekak yang bukan sebab berkaraoke.



sekarang aku hanya boleh senyum menahan sengsara.
doakan aku cepat sembuh ya.
aku tak mahu mati lagi.=(

1 comment:

M said...

jumpa doktor!
kata nk beraya bersama:*