Friday, August 21, 2009

the day before fasting-part 1

kami,rakan serumah.yuyu(teha),atip and aku.
rakan serumah yang pastinya the girls sahaja memang suka membuat keputusan drastik dan spontan yang kadang-kadang menguji jiwa.
konon-konon sudah dewasa.

hujan renyai-renyai di merbok.
tapi pasti sudah boleh bikin lencun.
selepas menghantar seorang rakan ke hentian bas yang rakus nak balik rumah berpuasa bersama keluarga,
kami pun mencari tempat berseronok yang best.
sungai petani.apa sajalah keriangan waktu malam yang ada.
konon mahu berkaraoke.

khamis malam jumaat.
karaoke semua tutup,masing-masing nak menghadap isteri di rumah.
kemudian dengan rasa sedikit hampa,
kami pun jalan-jalan cari makanan.
kelihatan signboard besar-besar subaidah nasi kandaq.
masing-masing berpandangan satu sama lain.
aku kureng sikit nak berpeleseran di mapley ni,
kes jumpa bulu dalam roti naan memang ngeri ok.
atas dasar ingin mencuba,kami pun stop and stare la kat depan subaidah tu.

soalan cepucemas dari aku:kamu rasa subaidah tu cantik tak??

jam 12.30 malam.
melangkah masuk ke subaidah aku sudah rasa kami di perhati ibarat penjenayah di kehendaki oleh pakcik-pakcik yang berketayap.peduli lah,kami datang hanya mahu makan.
macam biasa,aku akan ambil masa yang agak lama untuk memilih menu.
bungahati suruh makan thosai garing.
sekali datang, giant thosai mari.agak terkesima jugak la seketika.
thosai tak habis,jadi bungkus konon mahu jadi bekalan pergi ulu legong hot spring.
idea pergi ulu legong memang tiada dalam list.itu adalah idea atip.
konon kasihankan teha yang tak pernah pergi mandi sana.

ulu legong terletak di Baling.
ulang semula di daerah Baling.
memang perlu keluar daerah.
aku tak pernah menikmati indah permandangan ke Baling sebelum ini.
selalunya aku akan tidur,dan bangun-bangun sudah sampai.
tapi semalam aku drive sepenuh masa.
perjalanan ke Baling memang menginsafkan.
dan aku tak bayang yang ia sejauh itu.
sudah 1 jam perjalanan masih tak sampai,masih lagi berpuluh-puluh km lagi mahu sampai.
memang buat aku macam nak nangis dan rasa bersyukur sangat menetap di Merbok dan Shah Alam.

masuk kampung,keluar kampung.
masuk kebun,keluar kebun.
masuk pekan,keluar pekan.
naik bukit,turun bukit.
masuk sungai,keluar sungai.
masuk highway,keluar highway.
masuk kampung lagi sekali,keluar kampung lagi sekali.
barulah sampai.





bersambung nanti.......

3 sisolle:

Nunu said...

i've been there. and subaidah too.

ochs widdle said...
This comment has been removed by the author.
ochs widdle said...

yeah.

sudah banyak perubahan di situ.
plus tiket masuk juga di naik kan.pfft.

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly