Friday, August 28, 2009

paculan serigala

hidup dalam pelbagai dimensi mentaliti yang berbeza-beza buat aku sangat berwaspada untuk bergaul.
baik dalam kata ganti nama diri mahu pun santunbahasa dalam adab hidup bermasyarakat.

tapi bagi sesetengah mereka yang sengaja meletakkan tahap mental di antara yang 'terhebat',pasti tidak akan peduli sama bual-bual mulut busuk manusia.
baik dalam nada nasihat mahupun sinis perli,belum masuk yang isu surat layang arahan jangan bising-bising selepas jam 12.
-yeah..hal aku,apa kau kisah,aku tak kacau tok wan kau..-(contohnya)

sebenarnya,ia kisah realiti yang di ubahsuai nama dan karakter,bersesuaian mungkin sama dengan piawaian pengunaan bahasa-bahasa indah.
bagaimana agaknya mereka dapat kekuatan unuk meneruskan hidup ya?


seorang teman,bersusuk tubuh seksi.
berpakaian tidak lah mendedah sangat.
tapi,maklumlah sudah susuk tubuh pun seksi kan.
bagi dia,ya si gadis itu.
tiada niat pun mahu buat freeshow or whateva,
hanya berpakaian ikut sedap pakai.
memang sedap hitunglah malaikat.aku tahu itu.
tanpa semena-mena di tegur dengan penuh kejam oleh sang lelaki tentang caranya berpakaian.
kejam dan halus.
berlari-lari anak dia pulang ke rumah dan mengadu pada aku,apa salah dia,apa dosa dia dan dbsfhjkfhfh plus sedu-sedu.

aku tergamam.
tak tahu mahu keluar word sebagaimana.
dan aku tak tahu pada pihak mana yang salah.
mata mereka yang meliar buntang meng-x-ray busana wanita.
atau
si gadis yang bertubuh seksi yang stok kalau di sarung jubah dan purdah tetap juga nampak seksi.


macammana?

4 comments:

nunu said...

mungkin die perlu pakai sesuatu yg tidak attractive yg buat org tertoleh dua kali.
dan ada perbezaan.
pakai bj yg agak mendedah akan buat dia kelihatan lebih seksi dn akan ditegur dgn sinis. hati jugak panas.
tp kalau pakai jubah, tetap nampak seksi akibt tubuh yg tak leh bla seksi tp tidak akan ditegur sinis sang lelaki. hati jugak tak marah.

ochs widdle said...

masalahnye di sini,si dia pakai tidak mendedah.
cukup tutup segala.
cuma di sinis kerana kelihatan menghairahkan.

macamana?

Tok Selampit said...

Pakailah mengikut kemampuan anda, tidak mampu pakai jubah, pakailah baju kurung, kalau tak mampu, pakailah tshirt lengan panjang, jika tidak mampu, pakailah sweater, kalau tak mampu, balut je dengan kain apa-apa yang ada, asalkan tutup aurat.

Sudah jelas mana aurat dan mana tidak aurat. :D. Masing-masing sudah mengetahuinya.

nunu said...

mungkin kena pakai saiz xl bukan saiz s. utk kurangkan ghairah. dan mungkin perlu pakai kasut flat. mungkin jugak perlu cuba sesuatu seperti observe the aurah.
entah.