Friday, August 21, 2009

anak bulan yang malu-malu

besok sudah puasa.
tiba-tiba niat puasa macam sudah berlagu-lagu dalam hati.
macammana lah gayanya aku berpuasa esok hari.
semester ini aku makan dengan hebat.
badan pun menaik dengan hebat,kecik sikit dari panda.
tetapi masih mantap.-kata yuyu.huhu..-

satu perkara yang aku paling sayu mahu kenangkan sempena datangnya ramadhan ini.
di mana ayah ye?
selamat berpuasa kepada ayah saya yang saya pun tak tahu di mana dia berada.
semoga dia itu senantiasa sihat dan baik-baik saja.
saya sangat rindukan dia.itu yang saya tak boleh nak sangkal.

dan kepada semua rakan-rakan,kenalan serta saudara mara,adik beradik khususnya.
saya ingin meminta ampun dan maaf atas segala.
happy fasting kalian.

semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.

1 comment:

Tok Selampit said...

Kecik skit dari Panda ye.. he he.

Happy fasting :D