Saturday, May 9, 2009

pergi dan tak kembali II


rest in peace
8 may 2009

al-fatihah

ini ialah my dear onyang
namanya Derma
umur sebenar tidak dapat di kenal pasti
dia sangat garang semasa muda,
tapi dah tua pun masih garang juga.

walaupun garang dan rock
dia sangat pemurah
lihat saja pada nama kan
zaman sekolah
jika mahu mencari pendapatan lebih,
temankan saja dia tidur pada waktu malam di katil yang serba selesa
dan kau bakal peroleh wang saku tambahan setiap hari
di samping berpeluang menonton Fantaghiro,apa the 10 kingdom dan drama cina tv2 setiap malam tanpa di ganggu sesiapa,
lagipun di rumah itu kau boleh menelaah dengan tenang tanpa adik-adik yang nakal
menconteng buku dan sebagainya.
sebenarnya,walaupun garang,dia sangat baik dan kelakar.
percayalah.

terlalu banyak kenangan bersama onyang.
mana mungkin aku akan lupa kan dia.
semoga rohnya tenang dan di cucuri rahmat


untuk tahun ini saja.
dua orang yang terdekat sudah pergi
kehilangan mereka yang tidak di sangka-sangka memang memilukan
entah aku bila lagi agaknya.










nota jari:malam sebelum onyang pergi,aku mimpi empangan ampang pecah dan kuala lumpur sudah jadi lautan.aku tak tahu la ampang ada empangan ke tak kan.
tapi,aku rasa mimpi itu bagaikan satu petanda.
sudahlah dalam mimpi tu,menunjukkan aku baru pulang dari berfoya-foya.
fuh.sesungguhnya mimpi itu memang mendebarkan.



5 comments:

Nunu said...

takziah.

p/s: maybe its a sign. so that you won't neglect Him.perhaps.

Nunu said...

takziah.

p/s: maybe its a sign. so that you won't neglect Him.perhaps.

ochs widdle said...

yeah.
u r right.


btw,
thank you

LavENDer Wind said...

takziah juga

**salam singgah

ochs widdle said...

terima kasih atas setiap simpati.



(hargai)=)