Thursday, January 29, 2009

cabaran atau dugaan

terima kasih kepada mereka yang prihatin pada musibah yang menimpa keluarga aku.
di saat ahli keluarga terkenang-kenang akan kenangan si arwah.
masih ada manusia yang berhati kejam dan mementingkan keuntungan dari perimanusia ke atas keluarga aku.
menindas dengan kuasa dan wang ke atas orang yang dalam kesusahan,itu tidak kejam?

semua itu kami tadah dengan tabah,tak reti membantah kononnya.sedangkan menjaga hati-hati manusia binatang.

legar.

kakak aku dah jadi isteri orang tadi.petang sikit tadi.

kakak tiri aku bernikah/menikah tak sampai sebulan adiknya meninggal.serba ringkas.

tiada sanding2,tiada khemah,tiada bunga telur,tiada hantaran,tiada kad kahwin,tiada kompang
tiada reuneon keluarga besar-besaran.serba tidak ada.

hanya pelamin akad nikah rm50 dan majlis makan2 bersama kenduri arwah genap 40 hari kot pada bulan februari nanti. itu pun di kampung.

mulanya,aku agak rebel.tidak faham kan..,kenapa tidak di adakan sedikit kenduri di sini merai-kan dia.sedangkan dia lah ter-sulung.sedikit hancur hati aku.
ok,mungkin juga adik2 yang lain.dan ayah tiri terutama.


aku suka mendengar masalah dari dua2 belah pihak,supaya aku dapat timbang tara positif negatif kesan dan akibat.aku suka tanya pandangan dan cadangan orang,walaupun aku agak degil untuk menerima hakikat.tapi lambat laun aku akan terima jugak.

di atas isu yang aku nyatakan tadi.aku dapat buat satu kesimpulan.

kakak aku hanya buat apa yang agama wajibkan,tiada adat2 mungkin,bukan tak mahu mematuh.cuma tidak mampu untuk mematuh.

dan mulut makcik2 akan berkokok dengan lantang.biasalah kan.katakan begitu,katakan begini.pedih telinga,walaupun aku bukan lah pengantin.
mewakilkan si perempuan dan hak-nya.ok.hak seorang wanita mungkin..bertenanglah makcik2 sekalian.
sedang pada pihak lelaki dan pengantin itu sendiri,mungkin mahu majlis yang selamat.
yang tidak ada hutang selepas halal,tidak ada sesak2 kepala memikirkan tema dan design majlis perkahwinan.hidup yang aman dan halal.

aku rasa lah.

tapi ibu selalu pesan,anak yang menghancurkan hati ibu dan bapa biasa nya tidak selamat.
dan mereka sangat takut-takut jika majlis akad nikah berlintang halangan.
alhamdulillah ia lancar.itu semua kerja tuhan dan kita tidak ada hak menentu2.
harap maklum.

bersyukurlah mereka yang gah hari bersejarahnya..
dan aku pasti ada ramai yang gemuruh mahu naik pelamin,tak kurang jugak yang tak sabar nak menggedik atas pelamin.
yang penting sekarang aku agak kecewa sebab tak dapat makan nasi minyak!!!huaa!