Saturday, November 8, 2008

pimpin hati saya ke jalan sana

entri ini sedikit menginsafkan.sedikit je la.

ujian yang diturun tuhan untuk saya;
adalah kerana ingin mendekatkan saya pada Dia.
mungkin sebab saya kerap kali melupakan Dia,
yang kadang-kadang lupa langsung.
angkuh.sungguh tak sedar diri.

kadang-kadang ujian tuhan itu sakit;
terlalu sakit umpama azab.
di racik setiap keping hati;
di ragut segala rasa sayang.
saya rasa mungkin ini balasan tuhan sebab
saya selalu degil dan ingkar(contoh tidak dapat di nyatakan).

saya cuba tidak mengeluh bila di timpa ujian tuhan,
kerana saya tahu Dia sayangkan saya.
terima kasih kepada tuhan kerana memberi saya
banyak masalah
dan berhidup susah.
kerana jika saya
hidup senang berlenang2,
pasti saya leka dan lupa pada tuhan,
sebab saya sibuk nak belanjakan wang;
ke sana ke mari,
membeli belah yang terbelah-belah dan sebagainya.
mungkin saya akan cuba macam-macam benda terlarang;
sebab saya banyak wang.siapa tahu kan..
lagipun masa itu mesti saya banyak kawan,
dan mesti tiada kawan yang berani meludah-ludah saya.
dan mesti semua pun mengilap saya umpama permata.
resam si berada
tapi itu semua adalah mungkin.
kalau dalam komik KAWAN dulu2,
ada ruangan "kalaulah..................................."
memang saya suka isi titik2 itu dengan imaginasi,
dan kemudiannya tersenyum tersimpul2 sendirian.


sesunguhnya,
takdir saya di luh mahfuz itu
sudah tertulis.
saya mahu terima ujian tuhan itu
dengan redha,
dengan sesabar mungkin,
saya mahu tabah.
saya mahu di angkat darjat;
kerana saya ini sedianya hina.
saya mahu terima peluang ini
dengan bersyukur dan bersabar

saya harap.
tuhan itu dapat kasi tambah iman saya,
macam kuasa lampu warna merah
di dada ultraman.
sesungguhnya,
lampu saya itu sudah berkelip
dan berbunyi laju serta bising.

jiwa dan iman saya sangat lemah
nikmat sedap semua saya mahu
susah jerih liku-liku,saya bising sama tuhan.
haih.sangat teruk.

saya berdoa supaya jika saya di takdir hidup yang senang;
saya dapat berbuat baik dengan kesenangan itu.
dan jika saya susah jugak;
saya tak mahu susah itu heret saya pada neraka.
walaupun saya sangat suka abang neraka.
biarlah saya sabar atas kesusahan itu.
dan belajar menjadi manusia redha dan tabah dan kuat umpama batu.

cerita gembira itu selalunya untuk orang yang tabah dan sabarkan?

mungkin soalan peperiksaan tadi sesusah cipan,
kerana tuhan itu mahu mendidik saya
menjadi manusia sabar yang manis;
yang tak mengamuk mengeji diri.
saya sabar,saya sabar.
lepas ni.hujan kan lah batu bata pun.
saya redha,


sebab saya dah bersedia dengan payung kebal.=)
saya mahu jadi manusia bijak.
tuhan,tolong saya boleh??plssssssss...


pesanan penaja:'saya' merujuk kepada manusia yang sedang beroperasi menenteramkan diri selepas kehabisan ubat penenang.

No comments: