Showing posts with label rasa jiwa. Show all posts
Showing posts with label rasa jiwa. Show all posts

Friday, March 11, 2011

lunch on fridayy

friday.and soley soley.
need to do a lots of makeover thingy.

nak share something kat sini.
just ingatan untuk semua dan saya juga.
because of working in information area, memang juta-juta information menarik yang boleh dikongsi.
larat atau tak je nak menghadapya.

tadi masa on duty.
ada jumpa satu quotes ni.

'jangan takut selagi kamu masih boleh berdoa'

maybe bagi sesetengah orang it's just like an ordinary quotes.
but ia adalah sangat meaningful bagi orang macam aku.
its kind like hopes.a hopes that tuhan bagi for those yang tak berhenti berusaha meminta apa-apa pada dia.
yeah.semakin maju dunia ni, semakin takut aku sebenarnya.
takut yang boleh di definisi kan kepada banyak benda.bukan pada lipas je.=P
kegagalan, kejatuhan, kematian,kesedihan, kemalangan dan macam-macam lagi benda yang memilukan.


tapi, biasanya cakap je takut.
tapi buat macam-macam haram tak ingat part 'takut' tu.
for those ppl yang aku sangat sayang.
remind me if i'm lost.
lost while driving boleh lagi berjalan-jalan.
but lost dalam hidup, will be affect your future.

sekian.tazkirah jumaat dan sarapan tengahari untuk hari ini.

Thursday, November 25, 2010

creep

pejam mata dengan penuh rasa sakit
dan berharap
esok pagi matahari cerah akan bagi senyum pada aku

tak pernah rasa sakit
seperti yang kau rasa
tak terbanding rasa yang kau pikul
kalau beban itu boleh dikongsi
sanggup aku pikul sedikit untuk ringankan kau membawa

berpura sejahtera dengan gelak ketawa yang kau bina
sedang dalam diri diseksa dengan kejam
sembunyi dari dunia yang terus menggila

imiginasi aku tak terbayang
yang segala fantasi aku akan menjadi realiti
dan aku harap bukan semua
kerana fantasi aku bukan semuanya indah berpelangi
pemikiran negatif yang si jahat tiupkan pada kita itu
kau sepak tepi
kerana kau perlu kuat untuk terus bagi senyum pada dunia

Wednesday, November 10, 2010

forget who hurt you yesterday, but don't forget who loves you tenderly today.

kalau ada rasa macam nak punah hati pun tak ada guna.
tak apalah.
biar aku telan dan hadap sendiri-sendiri.

serabut sugul
aku tak peduli
biar menjadi diri sendiri
dari aku pura-pura gembira bersama manusia batu

manusia batu memang kejam.
sementelah hati sendiri hancur dirobek-robek
kini dirobek lagi hati manusia lain.
biar sama luluh hancur berdarah dengan hati dia.

tak mengapa.
aku suka dugaan tuhan.
aku akan hadap dengan tenang.
segala yang pahit itu ubat.
ubat untuk pelangi yang selalu muncul secara mengejut

mungkin semua ini berlaku kerana kecuaian aku untuk patuh kepada-Nya.
sakit aku kerana Dia
sihat aku pun kerana Dia
kenapa entah aku lalai menurut perintah-Nya
walhal ia sekecil zarah.

baiklah.
tuhan aku.
ampunkan dosa-dosa aku.

luluh hati orang
tak fikir kecewa hati aku.
biarlah aku sendiri
merenung kurang diri yang tak terhitung.
sungguh,aku tak mampu nak menggembirakan hati semua orang.

Tuesday, December 29, 2009

sembunyi sendiri

dari di nanti tapi tak kunjung tiba
dari di janji tapi jarang di tepat
dari sekelumit mendadak menjadi bara
dari dekat di mata jauh di hati
dari terjatuh dan terus tersungkur
dari mengharap sesuatu yang tak ada pasti



baik sembunyi sendiri segala setiap sakit
dari menyalak merana kerana kesan sendiri

Thursday, April 30, 2009

bukan kisah seorang perempuan simpanan

perempuan simpanan.

mana mungkin bisa pipit terbang bersama enggang
oh diri.tolong-lah sedar.
setara mana alasan untuk kehidupan yang tidak di senangi sama diri sendiri.

pulihkan diri dengan cara mudah hanya akan memudaratkan masa depan.
usaha sendiri lebih memuaskan;
walau terkadang ganjarannya tidak seberapa.

benar.
ia pantas,cepat dan tuntas.
tapi sampai bila.

setiap nikmat itu ada bayarannya.
dan mungkin kali bayaran itu tersenarai dalam
kandungan resit pengorbanan.
apa lagi mahu di korban;
sehingga tiada lagi sisa baki lagi untuk diri sendiri.

katakan-lah dunia itu tidak akan berhenti melimpahkan ruah akan sesuatu yang kita namakan mewah.
dan manusia itu akan menjadi semakin rakus dan tamak.kaut segala.
hingga lupa harga yang perlu di bayar untuk hidup se-enak itu.

macam hari-hari sekarang dan manusia-manusia sekarang.

di pelihara dengan rasa tidak senang sini sana.
ia sama artinya dengan salah satu jalan menghancurkan diri.
sedang kau(sebenarnya aku) tahu baik buruk setiap perkara.

awas diri.
nikmat dunia itu tidak kekal
gembira,bahagia itu juga tidak kekal.
ingat sendiri.
diri sudah dewasa
panjangkan akal,fikirkan masa akan datang,khususnya hari-hari depan.

dunia itu berpusing dengan gagah dalam uzurnya.
dan pepatah gondola itu tidak tipu.
what comes around goes around.(baca dalam capital letter)

manusia bijak mahupun pura-pura bijak harus lakonkan gaya mantap untuk tampil sebagai seorang yang bijak.

Sunday, April 19, 2009

selected carutan

cuti.
cuti sementara.
refresh otak/minda/geliga untuk berjuang bersama timbunan kertas juga tulisan
juga nota juga latihan dan juga buku-buku tebal.

beberapa langkah setelah tiba di tanah utara.
melalui/melepasi beberapa orang manusia.
tiba-tiba hati aku jadi sayu melintas satu peristiwa.
sayu yang seakan bergenang.
bergenang-genang air mata aku tahankan.
aku lemah kan?


jejak kembali.
kini kembali dengan imej baru.
rambut merah seakan ungu tak jadi.
sejalur.dua jalur.tiga jalur.
macam tak cukup.
ibu bising.membingit.tapi tak nyaring.
katanya tidak bersyukur sama rambut hitam pekat.
bukan salah aku.
ok.itulah-aku-yang-susah-mahu-mengaku.
tersepit okay.
di antara nafsu,kehendak dan keperluan.

madu,
aku mahukan yang hitam itu.
ia sebati.
ini palsu.
ini bukan aku.

dan berat badan yang masih berlegar-legar di purata itu.
kecam obesiti.
obesiti di perut.
obesiti di bontot.
obesiti di mana-mana bahagian yang tak sepatutnya berlaku.
lagi-lagi pada chin yang sudah berdouble-triple.

ini bukan aku.
sekali lagi.
ini bukan aku.

hello.
apa tema semangat baru?
jitu dan terus jitu.
janganlah metafora sangat.
jujur saja sama diri sendiri.
pingat-pingat kejayaan sedikit pun tidak memberahikan.
apa lagi mengujakan.
aku rindu 2005-2006.
saat aku menjadi kuat,dan tersangatlah kuat.
masih mentah untuk menjuih-juih bibir merajuk manja seperti cinta laura.
dengan gaya yang langsung tak seksi.
tapi poket sentiasa penuh menggebu.
hasil usaha sendiri dan orang lain.
membeli-belah penuh beg kertas di tangan.
mewah.

haha.itu yang aku rindu sebenarnya.
tapi dalam mewah itu penuh sejuta pengorbanan.
lemah dan tewas dalam pertarungan meneruskan hidup.

sudahlah.
bersusah-susah dahulu.bersenang-senang kemudian.
simpan angan-angan untuk masa depan.
sikit saja lagi.


jujurnya aku itu masih dalam mood bercuti.haih.

Tuesday, April 14, 2009

hinggap

pulang ke rumah.
umpama hinggap di persinggahan mewah.
bukan istana kaca bertatah berlian jadi hiasan.
cuma ruang selesa bersantap beradu.
yang definisi mewah hanya terungkap dalam kamus seorang aku.
jadi tutuplah mulut ternganga terkejut itu.

tidak tenang menjauh diri dari ilmu.
di saat rindu di paksa-paksa untuk menggebu.
tapi,terkenangkan saat-saat bibir ibu mengukir senyum hingga telinga; menyambut pulang aku.
aku diam,akur.
dan bibir tua itu yang tak henti bercerita tentang kisah hidupnya di kala tiada aku di sisi.
walau cerita itu sudah berkali.malah berkali-kali.biarlah ia basi sendiri.

ceritanya kali ini penuh dengan warna.
tentang pedihnya jiwa dia terluka dengan duri-duri dari rumah sendiri.
tentang sedihnya dia di maki-maki anak sendiri.
tentang gembiranya dia yang setiap kali kuihnya menjadi,dan berbunyi-bunyi suara memuji.
tentang bermacam warna yang berselirat dalam benaknya.

itu semua buat aku terduduk pilu.
terkenangkan ibu yang tiada pembantu.
pembantu panjang semacam kayu.
yang konon sibuk sama dunia sendiri.

berkali-kali di tanya aku.
apa aku sudah nasihatkan dia,
aku diam.

aku tanya pada ahli family yang lain.
adik-adik lain.
merangkap abang dan adik juga punya jawapan yang sama.
"dia itu sudah dewasa.dia itu sudah besar pada labelnya.
sudah besar pada kepalanya. "
jadi aku harap geliganya dapat berfikir dengan bernas baik buruknya setiap langkah.
pengalaman yang menjadi nadi hidup.aku fikir dia tahu semua itu.
yang akhirnya memaksa diri untuk membuat satu pilihan untuk masa depan.
untuk masa depan sendiri,dan bukannya teman kau yang lain.

cuma pesan aku.
kalau berlari.bersungguhlah kau berlari.
kalau menuntut ilmu.bersungguhlah kau menuntut ilmu.
kerana peluang itu tak tentu waktu menjenguk.
garaplah setiap inci yang tercapai.
kau tidak bodoh.kan?
jadi buktikan ini kali ya.


aku berat tinggalkan ibu kali ini.
kenapa ya?

Thursday, April 9, 2009

terjelepuk di persada katil kesayangan

aku sudah lupa putaran waktu yang sebenar.
sudah beberapa hari tidak melelapkan mata,
juga tidak menjenguk-jenguk wilayah gelap ini.

dunia seakan terbalik.ketara.
tapi masih belum berakhir.

sedang masa aku ketuk2 papan kekunci ni,
mata aku sudah sepenuhnya kuyu dan layu dan sayu.
tidak makan.tidak tidur.tidak bercakap.
hanye berterusan melakukan kerja.
statik.lenguh segala sendi.

aku hanya mahu lakukan yang terbaik.
aku mahu saingi mereka-mereka yang memandang enteng.
kemudian baru aku sedar.macam tersedar.
rupanya aku seorang yang cerewet dalam
sifat tak kisahnya aku pada hidup yang berputar.



-berhenti,siapkan kerja-


tapi,still..
dan aku masih banyak kelemahan dari segala segi.
macam detik sebelum perbentangan projek akhir tadi petang.
gemuruh laju.darah sudah tidak panas.
setelah menyemak sendiri projek akhir,rupanya masih banyak cacat
di sana sini.tambahan lagi sama juri-juri yang super-banyak-tanya.haih.

aku perlu yakin.aku tiada sokongan lain selain dari diri sendiri.
aku pesan pada diri sendiri dan ahli kumpulan yang lain.
-bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
segala jawapan terhadap cacat cela kita-kita,-
habis aku teruk dipersalah.
terkial-kial aku sediakan jawapan untuk puaskan hati masing-masing.
yakinkan diri sendiri dan ahli kumpulan yang lain bukanlah sesuatu kerja yang mudah,
sedang aku bukanlah sifatnya seyakin itu.tapi detik ini sudah tiada yang mustahil.
aku laku apa yang terdaya selagi mampu.tidak mengalah sebelum berjuang.
walau cuba berlakon gagah yang mana dalam diri sudah longlai separuh mati.

that's the time.
sesi perbentangan berjalan lancar.
segala gimik yang melintas aku cuba muntahkan.
juri sudah hilang kata.tapi kami masih berdegup laju.
masih terkumatkamit tenangkan diri.

aku cuba buat muka bersedia hadapi sebarang kemungkinan/soalan.
lagi-lagi dari juri yang super-banyak-tanya itu.

alhamdulillah.segalanya berjalan lancar.
hanya terima komen-komen yang membina,dan bukannya menghentam.
aku harap semuanya berbayar sama timpal dengan apa yang aku usahakan hingga hujung detik.
tuhan.kamu janji mahu tolong aku kan?



nota jari : haih.tak sabarnya nak balikkk.nak berpoya-poya.lepas itu minta tolong sama tuhan.huhu.memang tak malu.sedang dalam sibuk-sibuk,sempat lagi menghadiri malam ciptaan 2.aku harap semester ini akan menjadi lebih sempurna dari yang lepas-lepas,aku akan/sedang cuba yang terbaik..itupun selagi mampu;p
yakin yaww...(et.all)

Sunday, March 29, 2009

aku rindukan kolam bunian muzium arkeologi lembah bujang

sakit jiwa melihat jadual peperiksaan akhir.
tapi,sebak juga baca news lately ini.
macam,tiba-tiba tanya diri sendiri.eh,sejak bila perlukan tisu masa baca newspaper nih.

soalan:apa aku dah tak segagah dulu?

ada baca newspaper tentang budak uitm lendu meninggal dunia di timpa kecelakaan?
kasihankan?
apa yang menyentap sanubari ialah mereka berempat adalah roomates dan berlainan course.
sama macam kami-kami berempat ini.walaupun tidak sejitu sangat berkongsi minat dan suka yang sama.
tapi
kami serasi juga dalam segala hal.
macam main tarik2 tuala sebelum dan selepas mandi,tutup lampu masa tengah berak dan bercakar harimau sebelum tidur dan makan macam itu biasa-lah.bermanja.

tapi paling di pilu kan.
paper akhir aku ialah 10hb,dan mereka-mereka semua 6hb.
apa mereka semua akan berpoya-poya sekali lagi di depan aku macam semester lepas?huh.
atau apa di tinggal aku keseorangan dan mereka semua pulang awal ke halaman rumah berjoli ria?huh lagi sekali.

dugaan paling besar di semester hampir akhir.
semoga,sama tekuntaktekuncampurtawadhuk aku nak strive ini membuahkan hasil macam semester lepas.

tak apa korang..
tak apa.(bawa diri)

Monday, March 23, 2009

bangkit sendiri

haih.

bangkitlah jiwa.
mana nafsu kau terhadap ilmu.
berahi yang hilang sama helaian nota.
motivasi jenis apa harus di suluh untuk aku yang sedang longlai ini.
sedang kepala jauh terbang ke negara-negara fantasi.
bukan fantasia semacam akademi itu.
aku pingin mengembara menghirup setiap yang segar.
bila kesempatan itu akan wujud untuk aku?

bunyi-bunyi ganjil sudah keluar dari bibir separa mungil.
itu petanda aku sudah bosan sama hidup sehari-hari.
kalaulah aku lelaki,
mungkin koleksi perempuan seksi boleh beri motivasi untuk meneruskan hidup sehari-hari.
jujur:aku gagal jadi,eh dapatkan perempuan simpanan.(T_T)


mana otak segar.
mana pakar motivasi upahan.

mungkin aku rindu setiap yang hijau di bumi utara ini.
setiap hari.lebih lagi setiap pagi.
aku akan bersemangat mahu berlari.
berlari tenangkan diri.
tapi itu semua seperti mimpi.
mimpi-mimpi setiap tidur siang.

mimpi siang kali ini yang lebih inovasi
percaya tidak?
aku mimpikan inovasi terbaru botol syampu yang lebih futuristik.

alangkah indah andai bangkit dari lena,
kelip mata,susuk tubuh aku kembali menawan.
gamit mata setiap yang mahu sempurna.
jelas.setiap pertambahan inci selalu menjatuhkan keyakinan.

semalam malam.
wilayah strawberi bergegar sama manusia-manusia desperate mahu ramping.
bukan-lah mereka-mereka itu mahu keding sangat.
cuma,risaukan baju-baju saiz kecil yang kelihatan ganjil jika asyik terus mengunyah,tanpa sebarang aktiviti sukan.
biarlah hingga lewat malam sekali pun.
tetangga taman wilayah strawberi asyik dan terus asyik melenggang pinggang dan kaki dan tangan.lagi-lagi si mata sepet.

biar mulut-mulut lain asyik terus mengeji aku,
di asak turut serta sama bermacam cubaan diet.
aku penat.
aku mahu ruang.
aku perlu masa.
paling jelas.
aku mahu jiwa yang dulu.
yang semangat sentiasa membakar-bakar.
yang kini hilang terbang di bawa belon panas entah ke mana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

selirat otak aku lebih sesak dari selirat usus.
mungkin ini balasan tuhan sama aku yang kerap jauh diri.
lihat,aku perlu positif.
tuhan sayang aku.
di hadiah bermacam dugaan.
mungkin aku perlu kembali.
pulang pada pangkal,sebelum terus hanyut sama angin-angin syaitan.
neraka memang menarik.
tapi aku masih gentar untuk menjejak kaki.

sekarang.masih kosong.
semacam tiada isi.
isi yang ada seperti tidak hadam sepenuhnya.
apa yang kurang?

jenguk dosa-dosa lampau kau.
juga dosa baru-baru.

mungkin di situ ada jawapan.

seperti donut yang mengerang sakit setiap kali menjejak kaki ke tanah.
dan ibu yang tabah itu selalu pesan,tuhan lebih sayangkan adik.
sebab itu di duga adik sebegini rupa.

kasihan donut.
hangus bulu matanya yang melentik itu.

Monday, March 9, 2009

ligat manusia

pulang ke malaysia dengan separa girang.
bukan semata menyambut birthday junjungan mulia.
tapi,lebih dari itu.
yang sekejap,tetapi bererti atau mungkin bermakna.
makna yang bukan kosong.
padat penuh pengisian pengalaman.

hey.aku rindu ibu.
pulang dan tidak berkesempatan melawat ibu.
anak apa aku ini.haihh.
cuti yang berkerat2 itu,kau patut bazirkan dikitnya untuk ibu yang seorang itu.
aku tahu dia sedih or mungkin hiba semacam gitu.
hingga sekali pun jumpa manusia2 berloghat utara,terus di tanya aku.
dan aku yang bukan di utara,terus terkenang-kenang semacam terkebil-kebil.

aku ada urusan meneruskan hidup.dan dia telah mengerti.
semua pun harus konon-konon mengerti.
hidup kita jarangnya sama.
jalan hidup pastilah lagi ketara.

dan ibu yang seorang itu cuba gembirakan diri.
gembirakan diri sama teman-teman kecilnya(the lil boy next door)

cuma,macam aku cakap tadi,mungkin hiba.
sudahlah si bujang semua merantau..
she's the one(akulah tuh) juga turut merantau.
dan cucu yang satu jauh di mata.


bersambunglah.aku mahu tidur.
esok mahu pulang s.alam ketemu ibu..mari nyanyi bersama~

aku ada cerita sadiss mahu tulis.tapi masih tak tergamak.

Wednesday, March 4, 2009

ubat tahan sakit untuk awam yang bukan percuma



yang ini menarik dan lazat
(untuk di jual)


tapi yang ini lagi lazat kot
(bukan untuk di jual)



hey.aku ada kisah.tentang bungahati aku.
hidupnya yang kadang2 gelisah,buat aku juga terus resah.
resah yang macam rasa nak belasah.
di ganggu makhluk yang bukan halus adalah satu cabaran besar dalam hidup.
besar sebesar orbit si petala alam

hey.aku ada kisah.tentang bukan-bungahati aku.
jiwa kacau yang hangit menyengit.
di setiap tangga usia itu telah kau daki setiap pengalaman
tapi kau sepah-sepahkan di kaki buat alas kaki tanpa guna
ye,tanpa guna itu buat kau kelihatan cukup hodoh.
hodoh dan mungkin juga sedikit bodoh.

hey.cikgu sejarah dulu pernah pesan.
jangan kau ulang sejarah busuk yang lalu,
dan itulah motif utama kau belajar sejarah.

sekarang aku rasa macam nak mencarut 360 darjah.
hey dunia,
boleh kau bagi penduduk ini tenang-tenang seketika?
boleh kau bagi penduduk itu senyap-senyap seketika?
boleh kau beri dia sinar bahagia yang bukan konon2 supaya
dia senyap dari terus menyawan?

boleh?boleh kau buat semua itu jadi realiti?

aku hanya mohon ruang bernafas untuk kita-kita.
kita-kita dan semua.


jangan menekan jika kau tak mahu hidup tertekan.

Thursday, November 6, 2008

cerita derita 1



bintang jatuh;
di sepak bulan,
luka sepersalinan,
tak siapa perasan

bulan golek;
tersadung bintang,
tersungkur malu,
semua pun memandang


a falling star..make a wish..oh la la~~

Saturday, November 1, 2008

perihal si gagah yang hilang

dimana bidadari gagah
yang dahulunya kental mengharung hidup
yang dahulunya kuat melawan badai
yang dahulunya tabah menerima sakit

bidadari itu mati?
oh,tidak.
jangan mati lagi

bidadari itu lari?
oh,tidak.
jangan pergi jauh

malu kaki sang bidadari melangkah hanya pada kawasan yang asing
asing yang bila tiada lagi senyum untuknya
bila lagi mahu di jerit rasa hati
di simpan diam sehingga nanah?

oh,itu pedih
oh,itu sakit

jangan digenggam jantung itu seperti ciku
baling saja,
biar jauh dari sasaran,tapi hati itu puas.
itu lebih tenang.
janji aku;
itu lebih tenang
lebih tenang
lebih tenang dari semua sakit

tak perlu racau
tak perlu ratib lagi

biarkan emosi itu terbang bersama layang-layang sana.

darah semalam


bila jiwa dan hati itu bersatu
apa saja yang tinggal untuk satu kehidupan
biar tidak bermakna hari-hari lalu
rangka yang menghasilkan bangkai

biar darah dari luka semalam mengalir
biar ia kering sendiri

tadah pada tuhan
minta hanya yang mulia

kenapa makna sebuah hubungan itu hanya sedap pada nama
kenapa perlu ada kucarkacir dalam hubungan itu.
permainan wajib bukan..

sementelah menanti hari-hari depan
menanti langit-langit yang bakal runtuh
berilah aku peluang mengecap bahagia dan gembira yang sedikit

bila cinta yang satu direbut racik manusia
apa sahaja yang tinggal untuk aku
mempertahankan hanya pada sebelah kaki
ia tidak kukuh
percayalah

teman
lagu jiwa itu sakit
bagai di hiris setiap keping hati

untuk teruskan kehidupan
perlu ada kekuatan
kekuatan yang kental
kuat dan tidak rapuh

pusing keliling
cari kekuatan itu
kerana tuhan itu adil
di simpan setiap kuat itu untuk kita

Thursday, October 9, 2008

wonderwonder.

Your results:
You are Wonder Woman
























Wonder Woman
97%
Superman
95%
Supergirl
87%
Catwoman
80%
The Flash
75%
Green Lantern
75%
Robin
67%
Spider-Man
65%
Hulk
65%
Batman
55%
Iron Man
35%
You are a beautiful princess
with great strength of character.


Click here to take the "Which Superhero are you?" quiz...