Showing posts with label escape. Show all posts
Showing posts with label escape. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

kisah hati II

kerana yang menyakiti aku itu,
ialah orang yang hatinya tidak boleh disakiti,
lalu dihukum aku dengan sekerasnya-kerasnya
tanpa peduli tentang kondisi hati yang disakiti
serasa puas menerkah
mahu dikembalikan rasa yang sama
hati kanan berbisik
'orang ini, hatinya tidak boleh disakiti'
waima sedikit pun.

maka bertahan lah.

Saturday, November 13, 2010

acara sabtu

semalam aku pergi baking class with teha.
belajar buat cupcakes with cheapest fees in town.

sebenarnya.habis tengahari.
sepatutnya ada lagi petang.
table etiket.
tapi aku cabut laju awal-awal.
sakit kepala.rimas.
dan perlukan terapi.

angkat dia dan bawa terbang ke bangsar.
ada ranap punya launch.
everything was ok.
jumpa orang-orang dan kawan-kawan yang best.
tapi.aku masih macam ini.
masih berat nak buka mulut nak bersapa-sapa.
walau dalam hati paling hendak.
senyum juga lah yang aku paling kaya.

semalam bersepatut pelangi.sangat gembira.
tapi entah kenapa aku ada sedikit sugul.sedikit kusut.
masa kak fynn perform aku sudah ada rasa sebak rabak sikit-sikit.
satu mungkin, sebab dia tak ada di tepi.dia pergi merayau-rayau tengok buku-buku diluar.
jadi aku tak ada kekuatan untuk berpaut.
satu lagi mungkin, sebab aku marahkan diri aku yang terlalu pemalu.
satu lagi agaknya, puisi dia hari semalam agak terkena pada hidung sendiri.
jadi ada sedikit rasa pilu.

mungkin.
itu sebab jelas dan aku tidak ada konklusi yang boleh dibuat sendiri.
sebab aku serba tidak ada kekuatan bila berdiri dalam keramaian.

semalam pulang pun dalam keadaan merawang.
rasa kosong yang asing
walau kiri kanan banyak gila kenderaan

tetapi.walau bagaimanapun.semalam juga ialah hari yang hebat.

Tuesday, October 19, 2010

escape

dah mula berani keluar dari kepompong.
dah mula berani nak tayang muka.
walaupun tak seberapa sangat muka.
dah mula keluar dari sisi gelap yang hitam.
dah mula rasa yakin.
dah mula rasa konfiden.
dah mula cerita isi hidup.
dah mula rasa macam nak teruskan hidup.
dah mula rasa macam dihidupkan semula.
dah mula rasa nak berkongsi walaupun ada yang tak sudi.

Saturday, August 29, 2009

merdeka ke?

4 hari cuti
5 assignment (5 rupanya)
dan
4 test+quiz.
1 final project yang gergasi.

best.best.



dan mereka yang lain sedang enak pulang bermanja-manja sama ahli keluarga.
aku pun mahu jugak!!

notajari:kepingin mahu berbuka puasa bersama keluarga yang seluruh isi keluarga turut serta.

Monday, March 9, 2009

ligat manusia

pulang ke malaysia dengan separa girang.
bukan semata menyambut birthday junjungan mulia.
tapi,lebih dari itu.
yang sekejap,tetapi bererti atau mungkin bermakna.
makna yang bukan kosong.
padat penuh pengisian pengalaman.

hey.aku rindu ibu.
pulang dan tidak berkesempatan melawat ibu.
anak apa aku ini.haihh.
cuti yang berkerat2 itu,kau patut bazirkan dikitnya untuk ibu yang seorang itu.
aku tahu dia sedih or mungkin hiba semacam gitu.
hingga sekali pun jumpa manusia2 berloghat utara,terus di tanya aku.
dan aku yang bukan di utara,terus terkenang-kenang semacam terkebil-kebil.

aku ada urusan meneruskan hidup.dan dia telah mengerti.
semua pun harus konon-konon mengerti.
hidup kita jarangnya sama.
jalan hidup pastilah lagi ketara.

dan ibu yang seorang itu cuba gembirakan diri.
gembirakan diri sama teman-teman kecilnya(the lil boy next door)

cuma,macam aku cakap tadi,mungkin hiba.
sudahlah si bujang semua merantau..
she's the one(akulah tuh) juga turut merantau.
dan cucu yang satu jauh di mata.


bersambunglah.aku mahu tidur.
esok mahu pulang s.alam ketemu ibu..mari nyanyi bersama~

aku ada cerita sadiss mahu tulis.tapi masih tak tergamak.

Monday, March 2, 2009

x.x.x

sejuk-sejuk mengigit rusuk.hujan yang sudah tidak gerimis.kabus menyeliputi gegunung jerai.

haishh.adakah perlu membatalkan acara bersukan menguruskan pinggang ?

Saturday, November 15, 2008

escapee

minggu ini sangat banyak event.lagi2 15hb.macam tarikh keramat je.semua pun berebut nak buat tarikh tu.haih.nasib baik la duduk jauh dari rumah dan masih di belenggu final exam.
teringat masa flyfm anni last year,first event pergi sama si bunga dan for this year,tak dapat nak attend birthday party tu.sobs.takpe2,banyak lagi event lain nanti.

yang lagi,acara shopping2 pun tak dapat pergi jugak.haih.
aku bukanlah rajin sangat pergi event2 macam tu,unless ada barang menarik dan perkara menarik dan mereka yang menarik,itu yang kuat mendorong aku melangkah kaki ke sana.kalau tidak, aku lebih suka duduk di rumah,bermain sama fikri,my lil boy next door or menghabiskan chapter2 novel yang masih tidak selesai sambil merehat-rehatkan badan.

perancangan musim cuti sekolah.

1)si mira ajak aku join jadi volunteer asean uni games 2008,hurm.masih di tahap memikir2.wajar kah?

2)my cousin mengajak bercuti dipulau,melepas di diri dari sesak kota.tapi sebenarnya dia mahu release dari penat bekerja.kalau dia ajak,dia patut support aku sekali..kan?

3)kak ayu planning mahu buat family day.bercuti seisi keluarga.kat mana tu tak confirm lagi.haih,perot memboyot gitu,larat lagi ke...huhu.dia ngah pregnant.due date bulan 1 ni,baguslah,semua ahli keluarga lahir bulan 1,jimat kek.yang best sekali,birthday dia time new year-1 january,meriah je birthday satu dunia sambut dengan bunga api dan mesti orang tak lupa punya.

4)kerja.kena cari kerja part time.mahu gain much2 more experiences dan support expenses untuk next semester.


dan satu lagi perkara kena fikir,bagaimana untuk aku menyelamatkan diri pada hari lahir aku awal tahun depan.sebab,aku tak mahu mandi sardin,milo basi, telur dan etc .kalau lah mereka baik sikit,lumurlah chocalate cakes ke,whipped cream ke,ke tubuh gebu aku ni-aku lagi rela,dari benda2 busuk tu..yucks.paling tak boleh blah semalam,bila birthday girl yang kelaparan semalam,berjaya melahap hampir separuh roti gardenia berinti sardin serta ubat gigi itu dan bersuara,"kenapa mayonis ni rasa berangin?"dan dia terus mengunyah,pertanyaan yang di jawab dengan senyum simpul yang paling manis dari aku dan awatif.aku sudah tidak tahan mahu muntah sebenarnya.tadi, teman2 sekongkolnya di bilik kecil itu sudah bersosek bagai merancang.nak balas dendam kesumat la tu.huh.

oh.awatif.kita perlu lari ke alaska.~or may be madagascar;
menari2 sambil celebrate birthday party.
kita perlu celebrate dengan indah;
sebab kita akan jejak masuk 21 tahun.
harus manis dan riang gembira.
bukan berlari menyelamat diri or
merela diri di jamah manusia kejam itu,
darah manis selalu jadi rebutan..
fikir awatif.ramas otak tu-pachilo

fikir.fikir.fikir.

kesian pada wani yang sibuk meramas otak dari semalam untuk menjawab paper costingnya hari ini.tengok,untung awak tak join the club malam tadi.kalau tak mesti awak tak boleh keluar dari dewan periksa dengan senyum sampai ke telinga hari ini.bermain dengan kami,memang bunyinya hingaq sampai keluar segala tetangga,tapi asyik.kan birthday girl?

Saturday, October 11, 2008


I believe that everything happens for a reason.People change so that you can learn to let them go.things go wrong so that you can appreciate them when they're right.You believe lies so that you will eventually learn to trust no ones but yourself.And sometimes good things fall apart so better things can pull together