Monday, August 10, 2015

kisah orang lain

aku masih tak faham.
kenapa bila kau ada konflik dengan orang lain,
kau tak usaha untuk cari jalan penyelesaian.
instead kau simpan benci-dendam sampai tak bercakap langsung walaupun berlanggar bahu.

mungkin pernah cuba nak berbaik, tapi tak menjadi.
tapi hidup ni panjang mana je pun kau nak bermusuh dengan orang keliling.
lagi-lagi orang tu memang kau akan jumpa pun bila-bila masa dan ketika.

sakit sebenarnya hati memikirkan tentang perasaan
sama ada kau rendahkan ego, dan minta maaf kemudian dunia akan aman.
atau kau teruskan permainan perang dunia dan sikap dingin yang never ending.

yeah.maybe easier said than done.
tapi.kau fikir je lah yang kau tak akan hidup lama pun.
yang mana anytime pun Allah boleh cabut nyawa.
masih rasa bermusuh dengan orang tu cool?

masing-masing dah besar.
dah ada anak dah pun.
aku bukan cerita perihal remaja sekolah yang masih discover hala tuju hidup.

keliling kita memang ramai orang busuk.
suka buat mulut
suka buat tahi.

tapi kau boleh pilih untuk jadi positif dan optimistik.
kau boleh pilih untuk hidup tenang dan aman
dengan kawan-kawan pilihan

truthfully.
tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni.
dalam setandan pisang mesti ada satu yang busuk.
macam tu jugak dengan orang.
dalam wangi hari-hari.
mesti ada satu benda yang kau tak puas hati.
yang mana tak puas hati itu adalah satu pilihan.

panjang pulak aku membebel kali ini.oklah.bai.

0 sisolle:

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly