Friday, August 17, 2012

kompleks

dalam setiap ujian
sebenarnya ada kemanisan hikmahnya

sejak akhir-akhir ni,
mudah benar gugur hujan bila bersendirian
pelbagai sebab
akibat segala benda cuba di simpan sendiri
tapi tak mampu.
hati dan memori aku bukan kotak besi yang sangat kukuh

kisah dari kecil pun tak habis tangis
tambah dengan rentetan masalah zaman pra-dewasa pula.

sejak akhir-akhir ini
aku cuba untuk berbaik dengan semua orang
walaupun dengan orang yang aku tak suka
walaupun dengan orang yang pijak dan henyak aku macamana gaya sekali pun
.
walaupun yang melukakan itu, teman-teman keliling dan kawan-kawan yang kita suka
walaupun yang menyakitkan hati itu,ialah orang yang hatinya tidak boleh disakiti.
walaupun yang menghiris hati itu ahli keluarga sendiri

parah.

sedaya mungkin upgrade sabar ke level yang lebih atas
dan berdoa agar diberi kekuatan untuk terus berdiri setiap kali selepas jatuh



No comments: