Sunday, January 1, 2012

Countdown 2012 di Shah Alam

Seperti tahun-tahun sebelumnya.
selain dari tengok firework, having dinner or countdown dalam bersesak atau dari jauh.
makanya bagi permulaan tahun 2012 ini, sedikit perubahan membawa kelainan yang amat sangat lain.

Siapa tak kenal Zizan?
Siapa pulak tak kenal Ustaz Azhar Idrus.

actually i'm not a bigbig fan to them.
but, masyallah.
pengaruhnya dalam mendidik jiwa anak-anak muda era kini yang masih mencari-cari hala tuju adalah sangat besar.

Beliau bukanlah ulama' yang keluar dari mana-mana pondok agama.
tapi kegigihannya mencari ilmu dan pengalaman yang dilaluinya menjadikan beliau seperti yang kita dapat lihat sekarang.
Menggunakan pendekatan yang bersahaja dan tidak formal, beliau menjawab segala permasalahan-permasalahan yang mungkin kita sendiri ragu-ragu nak tanya.
Mungkin kadang-kadang jawapan yang diberi agak straightforward sampai terkena kat hidung sendiri balik.
Tapi, di abad 21, rata-rata kita lebih menganalisis apa yang kita dapat sebelum diserap ke dalam kepala.kita menilai.kita boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.dan kita mengamalkan dan mengaplikasikan apa yang kita dapat.So, sebab tu kita kena sentiasa memohon kepada Allah akan petunjuk dan hidayah supaya ditunjuk kan kita ke jalan yang benar.




Ok, lets talk about last night.
Aku tak sempat nak berjemaah maghrib bersama-sama berbumbungkan langit atas beberapa perkara yang tak dapat di elakkan.
Sedikit ralat.
Tapi, tak apa.dapat jugak datang cepat dan dapat tempat duduk yang best dan view yang cantik.
Atas padang rumput yang luas dan dipenuhi dengan ramai orang,
keluarga, lelaki, perempuan, warga tua dan boleh kata semuanya dalam keadaan duduk dan berpakaian sopan.
Rasa rileks dan tenang serta selamat.
Dengan cuaca yang cantik dan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Langit dan bulan sangat indah.
Berlatarbelakang view masjid negeri.
Cantik.

Malam semalam, pada pendapat aku bukan ceramah.
Macam bualbicara, sesi soal jawab yang sangat santai.
Tidak serius.dan tidak bosan.
Penuh gelak tawa dan senyum sipu.
Tetapi isinya masuk ke hati.


Countdown ke 2012.
seusai sudah sesi bersama ustaz azhar idrus dan zizan.
sesi berzikir dan bernasyid bersama ustz.akhil hayy dan beberapa lagi nama lain.
dan klimaksnya.
bila dialunkan 99 nama Allah iaitu asmaulhusna beramai-ramai sehingga detik 12.00 tengahmalam dan disudahi dengan bacaan doa.
syahdu dan syukur.
two words to describe.

no more firework.
sebab ustaz cakap benda tu kalau dah besar-besar, mestilah mahal sampai beribu dan ratusan ribu.
kiranya macam membazir lah kan.
tapi tak kisah pun tak ada firework.
yang penting seronok sebab dapat tengok umat islam berkumpul beramai-ramai semalam.

hebat kan ustaz main gitar elektrik?
berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah.
tapi yang salah, apabila kita salah memilih hiburan.
yang membuatkan kita lalai kepada tanggungjawab dan ibadah.

untuk gambar-gambar lanjut.sila google ye?


2 sisolle:

BibiErr Karim said...

Happy 2012!

Wah sila tahu, saya cemburu ko ada bersama mereka2 itu semalam. How I wish I was there. x

ochs widdle said...

happy 2012 too !

the unplanned plan.
hehe.nvmnd.next year insyaallah..

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly