Thursday, October 13, 2011

Akan datang

Akhir tahun 2011 adalah permulaan untuk segalanya.
Ramai kawan-kawan sekolah yang mampu, dah/bakal mendirikan rumah tangga.
sedikit sebanyak bahang tu terasa jugak di pipi.
lagi-lagi kalau orang tua dah bising2-bising (rujuk : selain ibubapa)
so, maksudnya mungkin dah boleh berfikir dengan serius tentang hal itu.


Mungkin benda tu tak kan berlaku sepantas mungkin.
Tapi, kuasa semua nya di tangan Tuhan kita yang Rabbi.
Kalau dia kata jadi, maka jadilah.

Mungkin dah boleh start planning dengan teliti how to gain money and so on.
Saving and everything.
Benda menikah ni kalau ikut islam sememangnya mudah,
Tapi kalau ikut melayu,tu yang kena buat belanjawan macam Najib la kan?

Perkara-perkara yang buat rata-rata orang berat nak menikah ni mengikut survey yang aku buat sendiri.

1)Financial Barrier.

Everything need money.nak masuk toilet pun kena bayar.Apatah lagi menikah.Kalau setakat mas kahwin tu mungkin boleh lepas.Tapi bila fikir balik, dengan harga barang yang mencanak naik dan kos perkahwinan yang boleh tahan digitnya dengan simpanan setiap bulan yang ala-ala.alahai~

2)Tak bersedia menggalas komitmen.

Ye, jaga anak orang whether lelaki or perempuan bukan macam jaga hamster.Macamana nak kasi sedia ye? Walaupun dah 23 tahun menjalani hidup, aku tahu angka tu masih muda. ehem. Tapi, kadang-kadang aku berfikir. Berupayakah aku menjadi seorang isteri?apatah lagi seorang ibu.

3)Seru tak sampai lagi.

Ok, yang ni duit dah cukup, marka dah ada tapi tak ada rasa nak menikah lagi.Mungkin diri sendiri yang belum bersedia kot.Atau takut dengan komitmen/tak puas enjoy/baru dapat kerja/tak habis belajar.banyak lah lagi alasan.

4)Pasangan serasi tak jumpa lagi.

Kawan memang beribu, tapi satu pun tak melekat kat hati.tapi parents dah bising nak kenalkan dengan orang ini orang itu.Aku tahu bagaimana rasanya.


Kalau nak tunggu stabil, aku tak rasa lepas menikah dan ada anak akan lebih stabil sestabil-stabilnya.
Everything must be handle dengan smart.
Rezeki itu bukan kat tangan kita.kan?

So, aku hanya mampu/boleh berdoa.
Berdoa di kurniakan suami yang sanggup melengkapi hidup aku.
Yang sanggup menjaga aku sampai tua
Yang boleh membimbing aku ke arah kebaikan
Yang tidak akan mengkhianati aku
Dan yang boleh menangisketawa bersama.

Mohon dijentikkan Tuhan hati lelaki itu untuk aku.

5 comments:

Unknown said...

AMIN.

Sama kes! Pasangan serasi xjumpa lagi...kena cari yang rela untuk dibuli. Tetttt.

ochs widdle said...

BK,
kenapa nak yang rela di buli?

nak dera ke?

Unknown said...

Bukan nak dera...sj nak ramah mesra. Hahaha.

hamzah ian said...

selamat berkenalan.. hehe

ochs widdle said...

selamat tok