Wednesday, November 10, 2010

forget who hurt you yesterday, but don't forget who loves you tenderly today.

kalau ada rasa macam nak punah hati pun tak ada guna.
tak apalah.
biar aku telan dan hadap sendiri-sendiri.

serabut sugul
aku tak peduli
biar menjadi diri sendiri
dari aku pura-pura gembira bersama manusia batu

manusia batu memang kejam.
sementelah hati sendiri hancur dirobek-robek
kini dirobek lagi hati manusia lain.
biar sama luluh hancur berdarah dengan hati dia.

tak mengapa.
aku suka dugaan tuhan.
aku akan hadap dengan tenang.
segala yang pahit itu ubat.
ubat untuk pelangi yang selalu muncul secara mengejut

mungkin semua ini berlaku kerana kecuaian aku untuk patuh kepada-Nya.
sakit aku kerana Dia
sihat aku pun kerana Dia
kenapa entah aku lalai menurut perintah-Nya
walhal ia sekecil zarah.

baiklah.
tuhan aku.
ampunkan dosa-dosa aku.

luluh hati orang
tak fikir kecewa hati aku.
biarlah aku sendiri
merenung kurang diri yang tak terhitung.
sungguh,aku tak mampu nak menggembirakan hati semua orang.

No comments: