Friday, November 12, 2010

askar-wani ardy


Jantungku kekeringan alasan untuk berdegup
Dan jiwaku terkorban di medan perjuangan, penantian, impian
Harapan itu senjata yang paling merbahaya buat sekalian umat manusia
Seperti jarum beracun yang membunuh senyap
Seperti segudang dadah yang merosak

Sembunyi darah ini di balik seribu perisai besi
Apa yang dipandang tinggi bila jarum yang mengakhiri

Aku mayat askar yang berpura-pura seolah ia berjalan tegap
Tak ku benar jasad rompongnya berehat satu saat pun
Untuk mengingatkan bahawa ia telah mati

Tolong jangan diujar lagi, aku tak mahu mati berkali
Esok aku kan tiba di lapangan terbang dan menghilang
Harapan itu senjata yang paling merbahaya buat sekalian umat manusia
Seperti jarum beracun yang membunuh senyap
Seperti segudang dadah yang merosak

Sembunyi luka ini di balik seribu perisai besi
Apa yang hendak dipuji bila jarum yang mengakhiri

Aku mayat askar yang berpura-pura seolah ia bernafas lancar
Tak ku benar jasad rompongnya berehat satu saat pun
Untuk mengingatkan bahawa ia telah mati


© 2008 Wani Ardy Tintajiwa Ent.

0 sisolle:

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly