Saturday, November 13, 2010

acara sabtu

semalam aku pergi baking class with teha.
belajar buat cupcakes with cheapest fees in town.

sebenarnya.habis tengahari.
sepatutnya ada lagi petang.
table etiket.
tapi aku cabut laju awal-awal.
sakit kepala.rimas.
dan perlukan terapi.

angkat dia dan bawa terbang ke bangsar.
ada ranap punya launch.
everything was ok.
jumpa orang-orang dan kawan-kawan yang best.
tapi.aku masih macam ini.
masih berat nak buka mulut nak bersapa-sapa.
walau dalam hati paling hendak.
senyum juga lah yang aku paling kaya.

semalam bersepatut pelangi.sangat gembira.
tapi entah kenapa aku ada sedikit sugul.sedikit kusut.
masa kak fynn perform aku sudah ada rasa sebak rabak sikit-sikit.
satu mungkin, sebab dia tak ada di tepi.dia pergi merayau-rayau tengok buku-buku diluar.
jadi aku tak ada kekuatan untuk berpaut.
satu lagi mungkin, sebab aku marahkan diri aku yang terlalu pemalu.
satu lagi agaknya, puisi dia hari semalam agak terkena pada hidung sendiri.
jadi ada sedikit rasa pilu.

mungkin.
itu sebab jelas dan aku tidak ada konklusi yang boleh dibuat sendiri.
sebab aku serba tidak ada kekuatan bila berdiri dalam keramaian.

semalam pulang pun dalam keadaan merawang.
rasa kosong yang asing
walau kiri kanan banyak gila kenderaan

tetapi.walau bagaimanapun.semalam juga ialah hari yang hebat.

4 sisolle:

BibiEr Karim said...

Psst...praktis buat cupcake kat rumah. Hias seimaginasinya. Bole buat terapi minda. Abaikan yg kusut, anda berhak nikmati hidup sepuasnya. Insya Allah...Dia sentiasa ada utk mendengar keluh & kesah.

ochs widdle said...

terima kasih kerana ada yang mendengar carut saya di sini.hehe.
=)
nanti saya tunjuk dekorasi nye okeh.
tak sempat nak upload.

terima kasih awak.

Yuyu Zakinan's blogbook said...

buat cupcake tu pun therapy cik ochs...
kau serabut dengan aku je kut...
:P

ochs widdle said...

tak lah.rupa nya emosi aku bertempat.
hehe.
ada petanda di sebalik semua kusut.
tanda yang aku ini masih lagi perempuan subur.

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly