Monday, September 13, 2010

supersomething

sementelah orang-orang seronok bercuti berhari raya.
aku dengan rakusnya sibuk mendownload itu dan ini merata-merata.
err..itu dan ini itu boleh aku rungkaikan kepada himpunan musik-musik asyik, resepi-resipi masakan dan karya-karya hebat.

hey.siapa cakap berkerja di hari raya tak seronok.
heaven sangat ok.
dengan bos besar dan bos kecil tak ada.
dan aku boleh buat sesukahatisesukarasa di dalam pejabat.haha.
tak apa.nanti raya tahun depan boleh minta maaf lagi.
yang tak bestnya.segala kedai yang menjual nasi tutup.
tolak mamak ye.
pergh.nasib baik lah kfc ada.saja buat aku tambah kalori di syawal yang permai ini.

paling best boleh parking melintang kat shah alam ni.
hatta dalam universitas mahupun di kawasan perumahan.
hah.bahagia rasanya jiwa.
budak-budak.cutilah lama-lama lagi ye.

lihatlah.frekuensi mengupdate blog yang boleh tahan hebat.
mungkin esok pun akan update lagi.
kalau Bahagian lain sibuk duk layan movie,nangis sedu sorang-sorang diri layan movie.
aku di Admin,sibuk menghadap pc,acah-acah buat kerja.
padahal..balas dendam khatam blog-blog yang tak ada masa nak baca.
blergh.


kerja tetap kerja beb.
rezeki yang halal datang dari usaha kerja yang ikhlas dan tawadhuk.
*peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.


keh.keh.keh.








0 sisolle:

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly