Thursday, September 10, 2009

tuyut

aku ada kemahiran berjaga malam tanpa qadaq tidur.
hebat kan?silalah kagum.

berjaga malam selalunya atas urusan tugasan yang berlambak-lambak macam pasar lambak
mahupun ujian atau peperiksaan akhir sudah menjelma.
keupayaan berjaga malam perlulah di sertai dengan konsenstrasi yang jitu.
tanpa ada halangan-halangan yang mengakibatkan produktiviti kerja menjadi lembap seperti siput sedut masak lemak cili api.

selama seminggu dua kebelakangan ini aku sering sibuk.
sibuk sama urusan-urusan realiti universitas dan kehidupan dan err.. mungkin urusan rumah tangga juga.
ye.saya memasak sambil buka youtube.ia efektif saya rasa.

saya ada tuyut.
kenapa nama tuyut.
saya pun tak tahu.
sebab bukan saya yang bagi nama.
sebab dia bukan milik saya pun.
mungkin dia lebih sesuai bernama buyut sebab perut dia bulat seperti ikan kembung.

tuyut berusia kurang setahun.
dan dia masih bayi.
masa rakan serumah saya(mama angkat tuyut) jumpa dia.
dia masih bayi trang tang-tang.
bermata biru dan hijau,dan berbulu coklat kembang-kembang ala-ala kucing parsi meremang nak meminang.

dulu.di awal kedatangan dia.
tuyut yang bayi ini,beraksi juga seperti bayi,
tidur juga 8 jam seperti bayi,bermain juga seperti bayi.
sampai kami terlupa yang dia rupa-rupanya seekor anak kucing.
hingga sanggup keluarkan wang demi kemudahan dan makanan dan permainan dan rumah dan aksesoris dia.
sekali lagi,perbelanjaan yang menyebabkan kami berpuasa untuk perbelanjaan dia memang melupakan kami yang dia itu adalah seekor kucing.
ok.bulan puasa memang wajib puasa pun sebenarnya.


zaman dia kecil-kecil memang comel.
minggu lepas dia masih merangkak,
tapi minggu ini sudah berlari.hebat kan?
tuyut dah besar.
sedikit besar dari dulu.kalau betul manusia mungkin sudah boleh masuk kindergarten.
tuyut baru sudah tumbuh gigi yang tajam dan kuku juga tajam.
mungkin aku boleh kalerkan kuku dia dengan pewarna kuku purple muda.wink.


hobi baru dia selain dari tidur ialah mengigit.
aku tahu mungkin dia rasa best bila dapat test gigi tajam dia tu pada seisi tubuh gebu ini.
tapi aku sakitlah,tahu tak.
rasa macam nak letak barking lock kat mulut dia.tapi besar sangat pula kan.
bila aku sibuk buat kerja.
dia pun sibuk mahu duduk atas keyboard dan pura-pura faham apa yang aku tulis.
mungkin sebab makanan dia yang ada DHA itu buat dia kelihatan seolah-olah bijak.
sampai tetikus pun mahu di bahamnya.pelik aku.
cepatlah besar tuyut.
semoga kau faham erti kehidupan yang sebenar.
contohnya seperti tidak mengganggu manusia ketika dia sedang sibuk gila.







sekarang dia sedang tidur di belakang aku.
berhampiran punggung.mungkin ada haba di situ.
aku harap dia tidur sampai subuh dan tak ganggu aku berkerja hingga selesai ke akhirnya.

3 comments:

Aizuddin Jaafar said...

mmg ada haba disitu. ye lah. banyak lemak kan.

bagaimanakah tambang bas saya utk minggu ni

ochs widdle said...

aiseh.saya terlupa.
temujanji hari jumaat.
kamu sempat kejarkan tiket pulang?


heh.heh.isu lemak2 nih slow sket keyhh.

Aizuddin Jaafar said...

takut tak sempat. maybe kena ponteng kelas ari ahad