Thursday, April 9, 2009

terjelepuk di persada katil kesayangan

aku sudah lupa putaran waktu yang sebenar.
sudah beberapa hari tidak melelapkan mata,
juga tidak menjenguk-jenguk wilayah gelap ini.

dunia seakan terbalik.ketara.
tapi masih belum berakhir.

sedang masa aku ketuk2 papan kekunci ni,
mata aku sudah sepenuhnya kuyu dan layu dan sayu.
tidak makan.tidak tidur.tidak bercakap.
hanye berterusan melakukan kerja.
statik.lenguh segala sendi.

aku hanya mahu lakukan yang terbaik.
aku mahu saingi mereka-mereka yang memandang enteng.
kemudian baru aku sedar.macam tersedar.
rupanya aku seorang yang cerewet dalam
sifat tak kisahnya aku pada hidup yang berputar.



-berhenti,siapkan kerja-


tapi,still..
dan aku masih banyak kelemahan dari segala segi.
macam detik sebelum perbentangan projek akhir tadi petang.
gemuruh laju.darah sudah tidak panas.
setelah menyemak sendiri projek akhir,rupanya masih banyak cacat
di sana sini.tambahan lagi sama juri-juri yang super-banyak-tanya.haih.

aku perlu yakin.aku tiada sokongan lain selain dari diri sendiri.
aku pesan pada diri sendiri dan ahli kumpulan yang lain.
-bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
segala jawapan terhadap cacat cela kita-kita,-
habis aku teruk dipersalah.
terkial-kial aku sediakan jawapan untuk puaskan hati masing-masing.
yakinkan diri sendiri dan ahli kumpulan yang lain bukanlah sesuatu kerja yang mudah,
sedang aku bukanlah sifatnya seyakin itu.tapi detik ini sudah tiada yang mustahil.
aku laku apa yang terdaya selagi mampu.tidak mengalah sebelum berjuang.
walau cuba berlakon gagah yang mana dalam diri sudah longlai separuh mati.

that's the time.
sesi perbentangan berjalan lancar.
segala gimik yang melintas aku cuba muntahkan.
juri sudah hilang kata.tapi kami masih berdegup laju.
masih terkumatkamit tenangkan diri.

aku cuba buat muka bersedia hadapi sebarang kemungkinan/soalan.
lagi-lagi dari juri yang super-banyak-tanya itu.

alhamdulillah.segalanya berjalan lancar.
hanya terima komen-komen yang membina,dan bukannya menghentam.
aku harap semuanya berbayar sama timpal dengan apa yang aku usahakan hingga hujung detik.
tuhan.kamu janji mahu tolong aku kan?



nota jari : haih.tak sabarnya nak balikkk.nak berpoya-poya.lepas itu minta tolong sama tuhan.huhu.memang tak malu.sedang dalam sibuk-sibuk,sempat lagi menghadiri malam ciptaan 2.aku harap semester ini akan menjadi lebih sempurna dari yang lepas-lepas,aku akan/sedang cuba yang terbaik..itupun selagi mampu;p
yakin yaww...(et.all)

3 comments:

mira:) said...

kak echa hebat lah
siyes,mira xkan mmpu jd mcam kak echa
mira lebih rela berdiri dlm kelas ataupon kena perli dgn ckgu xsiap omwork drpd tdor xckup
yea,i dont care how do they fell:)
haha,kak echa dont used tuhan words
but Allah swt.
tuhan refers to many gods
hehe,hope u dont mind:)

ochs widdle said...

oh sayangg.
ini percaturan meneruskan hidup.
bukan setakat kena perli or berdiri dlm kelas.pluss,repeat that paper next semester?mahu kamu?
big NO-NO okayy.masa itu berlian.

tuhan itu tuhan saya.jangan kamu bimbang.saya masih di paksi-Nya.
cuma saya malu pada diri sendiri,
menitah nama tuhan tapi diri masih penuh dengan cela.
faham?

mira:) said...

nobody perfects:)