Tuesday, March 24, 2009

hari gelap

ada kau dengar sama televisi and radio dan mungkin surat-surat khabar hampir setiap hari.lagi jelas di ruang maya yang tidak di jumpai sempadan ini.

entah bila di lancar,aku tak tahu.
tapi macam semua orang.
lagi-lagi mereka yang kasihkan alam semulajadi dan bumi tua sarat ini,
wajar.
mungkin harus.
atau wajib.
tapi tak buat tak dosa kan?
mereka-mereka seantero dunia ini di war-war,di kempen lagi di galak
menutup lampu selama satu jam.
28hb.ini tahun punya mac.

otak aku ligat berfikir.
apakah perkara terbaik mahu di lakukan satu jam itu.
apa ia benar-benar terbaik untuk menyelamatkan bumi dari pemanasan global.
atau sekadar simbolik.
bagaimana dengan hal-hal lain seperti sampah,plastik,dan segala pencemaran lain .kesedaran dan kempennya corak bagaimana?
kenapa di nama earth hour day?kenapa tidak nama-nama lain.

apa aku turut serta?
buatnya cikgu berubah angin mahu ganti kelas malam hari?macamana?

aku rasa.TNB tak akan buat-buat macam blackout sistem elektrik daerah aku ini.
aku masih perlu kipas.penghawa dingin terlalu kejam sama bumi.

apa yang terbaik ya?

a)tidur awal?8.30 hingga 9.30,macam buang tabiat.
b)makan?gelap.tak nampak apa,nanti termakan bendasing macamana?
c)lakukan hubungan sulit?sama siapa?gelap sangat pun.tak nampak apa.
d)bermesra atau bermanja-manja.macam hamster.malam-malam baru nak menggedik.
e)lihat bintang.nanti boleh mengadu sekali pada bulan.satu jam saja pun.itupun kalau ada,andai terlihat.kalau ternampak makhluk lain aku tak tahu.
f)kalau tutup lampu.buka laptop bolehkan?assignment banyak macamana?
e)berbual di telefon hingga satu jam?itu pun jika bateri berkuasa tinggi dan kredit mencukupi.

(sengaja guna warna hijau.aku anti sama kemusnahan pokok.aku cinta pokok.dan pernah bercita-cita masa kecil,nak menetap dalam hutan macam snow white dan bersahabat sama haiwan-haiwan.tapi, aku tak mahu kawan sama nyamuk!dan biarlah hutan itu ada coverage hp dan internet,dan peti ais untuk simpan makanan,terutamanya aiskrim dan coklat;P)




buntu kan kalau duduk sendiri-sendiri.aku perlu teman berlibur.
bunga hati.aku rindu kamu.
hey teman.apa rancangan?

2 comments:

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

hei jom lepak di tepi tasik melayan gelap malam.

ochs widdle said...

tak mahu-lah.

ibu bilang,buaya di tepi tasik ganas.takutlah.huhu.