Tuesday, March 31, 2009

entri serius-siri bercerita sama puteri salju


Cool kan?Ada berani mahu melabur saham di sini?
Ini kabur bukan sebab hp murah,tapi sebab memang kabus.
Bukit kan.
Tapi,sebenarnya sudah gerimis pun.


Rumah ini ada jual jajan dan rojak,serius tak tipu.
Tapi,tak beli pun.


The Road Not Taken

Masa untuk sliding.Sila jangan cemburu.

Jadi puteri bunian sekejap memang best.lagi-lagi berendam selepas sliding dan nyanyi lagu pohon beringin dan tak ingat lirik.
Kemudian menyelam,dan libas-libas rambut,dan buat-buat macam pandai swimming dan kuak kupu-kupu,dan macam berangan berlakon iklan syampu.
Tapi,serius best main sliding-sliding nih.
Dan tempat ini serius sejuk,macam jarang-jarang di cemari suhu badan manusia,walau ada sepah-sepah tin guinness dan harimau dan buku latihan matematik b.inggeris sekolah berdekatan,err dan juga botol sos masa ekspedisi/aktiviti menjadi detektif conan.

Macam mereka yang pergi sini semua naik motor.rujuk : the road not taken.
dan kami yang naik motokar kena lah jalan kaki kan.
walau pak cik yang kerja kat luar muzium arkeologi tu cakap masa kami tanya jalan,"orang muda larat lah,kami ni payah lah".
Tapi,nak mati jalan kaki,naik bukit,turun bukit,dan rentas rimbunan pokok pisang tengah-tengah hutan.Dan aku langsung tak expect yang ia sedalam itu.Macam menyesal tak beli makanan yang kat rumah usang itu.

Lepas itu macam sesat-sesat kan.
Lepas itu macam menyesal tak belajar the road not taken masa form 5 betul-betul kan.
Lepas itu,macam menyesal terlepas subuh pagi tadi.
Lepas itu,dengan flipflop cantik dan kasut vincci kami-kami,redah denai hutan yang konon-konon boleh sampai puncak gunung jerai nih.
Dan mulut asyik kumatkamit doa,tak keluar makhluk-makhluk buas macam cik belang ke,puteri bunian betul-betul ke.ini serius ok.
Nasib baik,hero/bodyguard seorang ada bawa senjata.
Macam letak kau kat depan.dan sila jalan dulu.nanti kau yang jumpa dulu.

Tempat ini serius best,cuma jangan datang jika tiada bodyguard lelaki dan lemah semangat dan kau jenis tak berani/penakut punya orang.Eceh,macam aku berani sangat.Tapi semangat mesti mahu ada.Baru adventure kan?

Dan pastikan ada stamina yang tinggi,kalau kau tiada motorsikal atau basikal.
Sebab,ekspedisi tanpa stamina,macam rasa nak terduduk tengah-tengah jalan tepi pokok pisang dalam hutan belantara.
Ini serius.

Bercerita memang perlu serius.Silalah percaya.
Nasib baik hari mahu hujan,dan kami yang sedar diri,sedar hari sudah gelap,bergegas pulang tanpa sempat tukar baju dalam hutan.ok,hutan ini tak ada toilet pun.Kau turun bawah,kat muzium baru ada toilet.
Dah.Diam.

4 sisolle:

fara_D said...

weyh best giler tempat ni macam best untuk shooting drama melayu tajuk histeria ke,
pontianak busuk ke,
pontianak sawan ke,
pontianak histeria ke,
macam2 pontianak pun.

wey tak takut ke hah?
ish korang ni.
kan lebih faedah korang teman aku buat physiotherapy kat HSAH tu..
at least toilet takdela berkabus.

ochs widdle said...

soal takut jangan cakap la.
mcm kumatkamit terkeluar sume doa sepanjang perjalanan.jgn kuar rimau ke,istana tgh2 jln ke..

tapi,takut mcm hilang bila tgk tempat yg chantek dan best ni.
tp,mcm memang tak pegi dah ar sbb ceruk sgt.dan tak sangka pun seceruk itu.huhu.

masa dah sampai kat tmpt tu,ai mcm harap tak kena culik dengan putera bunian je.teruja giler k.
sbb tmpt tu mcm swimming pool k..siap ada tmpt sliding lg.

kalau shooting film..i rasa u sesuai jd pelakonn..mcm rambut u yg sihat tu kasi efek gerbang2 skett..
perghh..menjadi k.
lagi2 bila yu screaming.
cuba try screaming sket?huhuhu..

jokes.

fara_D said...

ai dah screamaing ni.
amacam,dengar tak kat rum yu?

gahaha.
btw babe thanks for your support,
org sakit mmg perlukan support.
trust me,
the pain seakan akan cured sedikit bila tahu ada orang yang doakan kesihatan.

:)

btw,
sekali tgk mmg mcm tmpt yang bunian punya je waterfall tu.
silap2 mmg iye pun.
hiiiii.
*niat menakutkan*

ochs widdle said...

u shud go..
kalau tak masuk hutan pun rupanya takpe.
macam ada waterfall chantek kat bawah tu macam ada jugak la kot family mandi kat situ.

tapi sebenarnya.ai la puteri bunian yang sebenar.

mari lawan mengilai..hohohohoooo...

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly