Wednesday, March 11, 2009

cerita lampau

saya rindu adik saya.
saya rindu adik2 saya.
saya rindu donut.tadi dia telefon,khabarkan yang dia tidak seberapa stabil dan sihat.
tapi yang paling di-terujakan ialah suara dia sudah seperti pecah ala-ala lelaki dewasa.
tak sabar nak jumpa dia.
tak sabar nak gaduh dengan dia.
tak sabar nak layan semua permintaan karut dia.
tak sabar nak dengar semua teori-teori hidup dia.
tak sabar nak tengok semua hasil-hasil lukisan dia yang bukan dalam buku sketch itu.
tak sabar nak dengar cerita hidup dia dan kawan-kawan.
semua-lah kalau boleh.

tapi,
paling ketara aku rindu ayah jugak.
5 mac lalu genap ayah 52 tahun.
aku harap dia sihat.
aku sedih tak dapat nak wish selamat ulangtahun kelahiran untuk dia.
bagaimanalah hidup dia sekarang.
aku harap dia gembira.
cukup makanminum dan semua.
aku rindu dia.
aku harap dia tak apa-apa,dan tak pergi jauh.
aku rasa aku tahu mana nak cari dia,
cuma kadangnya aku tak sanggup dan masih tak mampu melihat hidupnya.

dulu,sedangkan semahu mungkin aku mengaku tiada nama bapa di belakang binti itu,
malukan rakan yang bertanya itu dan ini.
malukan nasib diri sebegini di sebab punya ayah sebegitu dan sebegini.

tapi aku makin dewasa.
semakin mampu menerima hakikat dan kenyataan.
semakin gagah menerima yang hitam itu milik aku.
semakin tabah menerima cerca manusia.
semakin kuat menerus hidup
semakin berani menghadap cemuh
cuma kadangnya air mata itu terlalu murah bila terkenang2 semua.

punya teman yang punya sejarah keluarga yang kurang dan pernah tidak bahagia dan manis selalu itu buat aku tenang walau berjauh dari keluarga.kononnya punya teman yang memahami pergolakan diri.
di benci sang bapa itu bagaikan apa.
lalu perginya bapa tanpa sempat di luah maaf di atas dosa kita sebagai anak.
sedu sedih dah terlalu terlambat.

berceritalah tentang cinta,kasih dan sayang semasa sedangkan dia ada.
garap dan rebut setiap saat itu.
kerana setiap saat itu adalah peluang.
hargai.
hargai sebelum terlewat.
dan aku harap aku masih tidak terlambat.
"haih,ayah..jengukkan la diri di 2009 ini"

2 sisolle:

nunu said...

things happened for a reason and thats make what you are today.
regardless what uve been thru your life before, still you are the choosen one and should feel lucky cos you manage to get to uni where others dont.
so, never feel down cos people see you up there.
& its part of the gift to parents for you to be success.
he is proud of you in his own way.
=)

ochs widdle said...

thanks.
appreciate this.
=)

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly