Monday, February 23, 2009

temen

ye.memang aku saja tulis word temen itu begitu.

aku jarang menulis bila gembira.
kerana ruang ini adalah medium aku menyahtinja rasa.

mereka di luar sana juga pasti ada cara tersendiri menyahtinja rasa kan?

1-menangis sendirian sambil sedu2 ke
2-makan coklat dengan nikmat sebanyak mungkin ke.or makan seperti maria tg sabri mungkin.
3-cari telinga siapa2 dan tinja di situ ke.
4-tulis dalam diari sampai 81 muka surat ke.
5-pasang radio kuat2 sampai tak peduli manusia lain ke.
6-bercuti/hang out di tempat yang tiada orang kenal kau ke.
7-pergi tepi pantai dan bercerita sama ombak,bintang dan langit ke
8-aku suka no.8.ok,tiada kena mengena pun.mungkin window shopping/shopping till drop boleh juga.

bagai-lah cara.semua orang pun ada stylenya sendiri.
tapi aku kurang teman berduka.
bersuka ramai babe.

aku tak ada rombongan cik kiah.
aku tak ada gang star.(maaf cik iz,kamu bertuah!)
aku punya self-confident yang super lower cause of my black past history and family background.

tipu lah tak ada teman langsung kan.
dulu aku ada seorang kawan yang agak rapat.
dan aku fikir,kami pasti akan jadi bestfriendforevernbvcdfgh.
kami ada aim yang sama.dean list.
dia selalu cari aku di kala susah.dikala senang bersama kekasih.
tapi aku tak kira hatta sekelumit pun.
di kala dia bergaduh mati2 sama kekasih yang abusive,
siapa lagi shoulder to cry,doctor for treatment any lebam dan luka hantukan. dan bagailah lagi berkala di kala.
aku-lah tempat mengadu kala dia tak puas hati sama manusia itu dan ini.


tapi,dia ada satu sifat yang aku kurang berkenan.
sangat hyper mengutuk orang.spesies bedahjoyah.
dan bila dia ada tidak senang sama aku.
dia lagi rela meluah rasa sama orang lain,
dari hambur ke muka aku sendiri.
hello babe.kita di tahun 2009 ok.bukan 1999 atau 1989.
kalau kau rasa tindakan kau menyiat daging aku itu tenang dan boleh mengubah keadaan.
kau silap.dan kau patut fikir semula.
keadaan tidak akan menjadi baik.sila tahu.

aku masih percaya.
kejujuran adalah sangat dan tersangat-lah penting dalam relationship.
even sama tuhan or family or boyfriend or friendshipwatsoeva.
dan aku selalu bilang sama si bunga hati.
bicara sama kebenaran walaupun ianya sakit.
dan ia agak berkesan.silap.ia berkesan ok.
kamu semua patut cuba dan try.

dan aku yang dikit-dikit menjadi lebih sensitif itu sudah pun terluka hati.
di toreh.tersiat-siat.pedih.

aku bawa diri.menyendiri itu lebih tenang kawan-kawan.
walaupun kau bilang kau boleh mati tanpa teman2.
tapi kau patut cuba ini sekali sekala.escape from the world.
dan aku sudah buktikan yang aku masih hidup.
tidak menyekat limit kebebasan berkawan.

contohnya:
konon2,kau sudah masuk grup cik siti kau tidak boleh berkawan hatta bertegur sapa sama grup gayah hidung senget.sangat 7 tahun ok.

lebih bebas berekspresi dengan diri sendiri.
tiada lagi suara sumbang mengeji apa kau mahu pakai.
kasut ini tidak sesuai sama persalinan itu lah.
potongan rambut aku yang jengkel-lah.
pengkritik ibarat paul moss.
semuanya tak kena di mata.



ye,aku tahu gossip girl itu menarik.
sedap.enak.kalah kek2 secret recipe yang nikmat itu.
lagi sedap dari nasi goreng kerabu yang kau sedang makan.
cool.gossip kan.siapa tak suka.azwan ali pun suka.

kesempurnaan tak beri kau lesen menghina orang lain.
kau tahu karma?

7 comments:

Unknown said...

alololoh, takpe, jom kite pegi beli kucing sebagai teman baru. lepastu simpan dalam almari. takut JPK jumpa.

Unknown said...

alololoh. takpe, jom kite pegi beli kucing sebagai teman baru. lepastu simpan dalam almari sebab takut JPK jumpa haha

ochs widdle said...

tapi kucen selalu takut dengan saya.mcmana?

lagipun.kucen pun selalu buat tahi.

simpan bangkai kasi takutkan JPK dan cik aziz yang ketuk pintu nak tanya letric dah bayar ke belum.best gak tu.hohoho

faradiba anuar said...

penulisan yu sgt padat,and synical,but yet a quality writing you have here.
i suka.
like,seriously.

ochs widdle said...

thanks fara.
saya budak baru belajar.
kalau salah tolong jolokkan.
eh bukan!tolong tunjukkan..heee

Nunu said...

mcm penah dgr plak ayat kalo salah tlg jolokkan tu

ochs widdle said...

nunu,saya pun tak tahu.
saya rasa dari guru bahasa melayu tahun 2,1995 kot.

"buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan."

perghh.A++ bahasa melayu saya.lol