Monday, December 8, 2008

salam aidiladha

episod korban kali ini banyak pengajarannya.
tahun ini.aidiladha itu tiba di penghujung tahun.
terngiang2 di mata aku tulisan wartawan newspaper berkenaan liputan berita terhadap
tragedis tanah runtuh di ulu yam.memetik kata si ketua keluarga mangsa tragedi-
bencana alam terbesar itu jadinya di hujung tahun.kerapkali.
peringatan dari si ayah yang mengorbankan 2 nyawa darah dagingnya dalam insiden yang tiada dalam rancangannya
pilu.aku tak dapat bayang macammana bila aku sedang enak tidur memeluk bebe,dan
tika itu nyawa ku di ambil dengan tragisnya.
peringatan yang jelas bertimpa-timpa itu diturun tuhan tak mengukur waktu.selang beberapa hari,tragedi yang sama,ditempat yang berasingan,mengorbankan nyawa,meranapkan deretan rumah indah banglo mewah.
sungguh.itu sunguh sadis.melihat harta dunia yang di kumpul seberapa zaman,dihancurkan
tanah yang prejudis sama sikap manusia.semua itu sekelip mata.diambilnya nyawa manusia itu tidak mengira usia,tidak mengira pangkat dan darjat,tidak mengira bangsa dan tidak mengira jantina.

sekadar peringatan buat aku yang lemah iman ini.

1)tuhan itu maha adil,kezaliman akan dibalas dengan kezaliman.
2)harta dunia itu tidak kekal abadi,tak boleh dibawa mati.bukti sudah ada.
3)bersedia selalu sama kematian.kerana mati itu menjemput tiada utusan.
4)jangan terlalu bergembira,kerana aku tak tahu bila akan bersedih.
5)persiap diri sama bekalan akhirat.
6)tanda-tanda besar kiamat itu semakin jelas
7)jangan leka sama dunia
8)kuatkan iman.macammana?

lagi?
banyak lagi yang boleh di rungkaikan..fikir2kan la..

akhir kata.
salam aidiladha.

3 sisolle:

UnaChenta said...

Memang banyak petanda akhir dunia ..

Kesedaran datang sekejap saja..

Takutnya datang bila melihat bencana,kematian, petunjuk.

Hilang kesedaran bila bergelak ketawa, nafsu menguasai badan dan minda..

Salam Aidiladha Sarjan!

prejudis said...

aku terfikir

princess ochs said...

salam una...
paling jelas.meluasnya perkara yang dilarang tuhan.di angkat sebagai hak.hingga sanggup di ketepi hak tuhan itu.

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly