Friday, October 31, 2008

pancarkan senyum itu walaupun tertelan hempedu kambing

bercerita tentang diri sendiri memang asyik.
khayal.
sebab dunia yang berputar ini sebenarnya tiada garisan akhir.

memikirkan punca kenapa saya berblogging
buat saya sesak nafas.

(*cubaan ber'saya')

ini medium meluah intipati diri
isi-isi rasa yang kadang-kadang basi
lebih kepada meluah rasa tak puas hati
walaupun pada diri sendiri
pada kawan-kawan
pada keluarga
pada keadaan
pada masa
pada situasi
pada masalah

dan segala macam isi kandungannya

oleh kerana wilayah ini tiada sempadan sulit
jadi.
jangan difikir sangat setiap kata berbisa
walau saya ini tidak lah laser.
kerana,
setiap kali menyahtinja rasa.
saya akan lega,
rasa macam saat-saat tarik flush.

kotak fikiran yang punya kapasiti ini,
sesak bila berfikir banyak.
tambah-tambah dengan penyakit yang tak diundang.

macam harddisk komputer yang hampir penuh,
mungkin kamu perlu external harddisk
mungkin kamu perlu thumbdrive berkuasa tinggi
dvdrw,or segala macam alat penyimpanan moden.

jadi.
wilayah ini selamatkan saya dari terus menggila sendiri
biarkan saya menggila di wilayah sendiri
kerana saya tidak sepahkan kawasan saudara saudari
jika rasa tidak gemar
jika rasa tidak suka

adalah lebih baik tak perlu singgah.
kerana,
cakap-cakap belakang itu sangat jijik.
tak tahu?
ini saya mahu beritahu.

sekian.

No comments: