Friday, October 31, 2008

halloween


hari ini hari halloween eh?

terkenang saat menjadi hantu sewaktu remaja dulu.
zaman remaja dulu-dulu,saya sedikit nakal.
kalau hulur buku biodata masa kecil2 dulu,
saya suka tulis hobi saya

1)membaca
2)mengganggu manusia
3)ruangan ini aku isi mengikut peredaran usia..kalau masa tu aku
suka kumpul setem,aku akan tulis kumpul setem.main konda kondi pun ada jugak.

zaman sekolah rendah dulu, saya sering menjadi mangsa ejekan rakan sekelas.agak loser dulu.
sebab tu hidup saya dulu banyak di habiskan di padang sekolah;berolahraga,di bawah katil;menangis,di atas pokok rambutan di rumah granny;baling kulit rambutan pada kat orang di bawah.

masa sekolah rendah.
perkara yang saya tak boleh lupa ialah memancitkan tayar basikal admire saya.ya.admire.dia kacak.saya suka dia.tapi sebenarnya saya benci dia sebab dia suka tanya mana ayah saya..dan dia suka ejek nama ayah saya.saya sangat berang dan geram.dan saya pergi pancitkan tayar basikal racing dia depan belakang menggunakan jarum semasa waktu mengaji.masa tu mengaji masa lepas maghrib.syaitan memang kuat menghasut.thiiii.sudahnya dia panggil abang dia yang paling tua datang bertandang di rumah macam hang tuah mencabar hang jebat,ke hang jebat mencabar hang tuah ntah.dia minta gantirugi rm24.00,bagi kedua2 tayarnya yang pancit.saya tak tahu mana dia tahu yang semua itu kerja saya.memang saya tak buka pintu lah.berdiri belakang pintu berpeluh-peluh.matilah kalau mama saya tahu.rm24.00 adalah besar jumlahnya,kerana masa itu wang saku saya ke sekolah hanya rm0.80.tak payah kira lah berapa hari saya perlu kumpul wang.saya cuma berjaya bayar rm6.00 je,sebab saya tanya kat kedai basikal,repair tayar basikal tu hanya rm6.00.itu pun mahu bisnes ke haa.saya punya admire kat dia sampai saya masih ingat nama dia sampai sekarang.muhammad hanafi bin hanafiah.umur dia sekarang mesti dah 22 tahun.dan saya tahu yang dia tak akan mahu berkahwin dengan saya di masa hadapan.huhu.


ini zaman dah besar sikit.
masa tu 31 oct.hari halloween la kan?saya yang kebosanan bersama aimi,pergi kumpulkan barang make-up yang ada kat satu dorm.pinjam.termasuk la bedak sejuk.perempuan kalau bosan memang suka main make-up2.saya sebenarnya bukanlah budak jahat.saya tak nak mengaku.boleh tak?kawan saya yang nama aimi mahu make-upkan saya seperti puntianak.
puntianak kan asalnya cantik.macam maya karin.entah macammana pakarnya dia,saya hampir tak kenal wajah sendiri.modus operandi asalnya adalah untuk menakutkan pak guard baru yang berlagak tu.tapi pak guard tu sikit pun tak takut.dia bekas askar.mesti dia dah banyak jumpa macam2 dalam hutan.tak apa.modus operandi diteruskan dengan mengganggu kawan saya yang paling sangat penakut.tapi dia sangat sayang pada saya. mahfuzah.kebetulan dia tengah tidur masa tu,katil dihujung pintu bilik,memudahkan usaha kami.saya memang tak nampak jalan dengan rambut ikal yang dijurai2 ke depan dengan telekung semua,puntianak ini alim sikit pakai telekung.aimi yang tolong pimpin semua.mahfuzah saya kejutkan dengan suara hilai2.dia terbuka mata dan menjerit ketakutan,mengigil.saya terus lari menyorok belakang pintu.saya pun takut tengok dia menjerit sedemikian rupa.semua ahli dorm dia berlari mendapatkan dia yang kekejuran.saya tiba-tiba rasa bersalah,saya ajak aimi pulang dorm .cuci muka semua.dan terus tidur.esok pagi mahfuzah tak datang kelas.dia demam.demam yang seminggu.saya sangat rasa bersalah.semua pun salahkan saya.saya pujuk2 dia,akhirnya dia cair juga.lepas tu,macam2lah kisah seram yang saya alami sendiri.balasan tuhan kot.dan sementelah meningkat dewasa,saya masih boleh berjalan sorang2 di supermarket.tapi saya sudah tidak berani seperti dulu.meredah gelap malam untuk menangis ditepi kebun pisang pun saya dah tak berani buat.tengok cerita seram dan ganas pun saya lama tak buat.jangan ajak saya tonton cerita hantu ye..saya tak sudi lagi buat masa ini.
(- -'')

No comments: