Monday, October 20, 2008

entri sesi bercerita

sebenarnya aku dah lama perasan benda ni.sudah tulis lama.
tapi sangat malas mahu post.
aku musykil kenapa aku di tagged.haih.
seperti selak skirt sendiri rasa nya.
huhu.tapi tak mengapa lah.layankan saja.
aku telah ditag oleh manusia ini.azraafendi




Rules:
1. tulis 10 benda best/giler/bodoh/jahat/kurang ajar yang pernah kamu buat masa kat sekolah dulu yang buat kamu tak bleh lupa sampai sekarang.
2. tagged 5 rakan lain
3. takleh tagged orang yang tagged kita balik




banyak benda aku boleh tulis.sebab banyak sangat benda bodoh yang aku sengaja
buat dan tidak sengaja buat di zaman itu.kisah hidup aku masa kecil jarang ada
akibat disebab wajah excotic 'innocent' yang aku miliki.

okeh.kita mula dari sekolah rendah.

satu
aku tak suka kalau lelaki terutamanya budak sekolah menggunakan taktik bergurau dengan melampau sehingga membawa kepada keaiban untuk menarik perhatian aku.seolahnya gaya dan usikan mereka seperti akulah yang paling dibenci. aku mampu senyap dan sabar.selama mana sangat aku boleh bersabar.satu hari jiwa bugis aku memberontak bila kerap sangat mereka mengejek nama ayah aku,sedangkan diaorang tak tahu masa tu aku dah 3tahun tak jumpa ayah.aku yang konon berwajah ayu dan lembut tiba-tiba bertukar ganas.aku hentak pensil box besi sarat alat tulis kat bahu dia sampai senget sebelah.Kembang kempis hidung dia sambil pegang bahu.dia selak baju.luka.alat tulis berterabur merata.mata aku dah merah tahan geram dengan penumbuk kat tangan.aku tak cakap apa2.aku senyap.lontar pandangan tajam tanda amaran.dia diredhakan kawan2.yang kawan2 dia cuba berlagak samseng nak halang aku keluar,halang dengan kaki.bodoh.aku tak ingat aku sepak atau aku langgar kaki dia yang halang jalan aku.meraung terduduk.Aku sepak kerusi dan blah. mungkin itu tak cukup ganas.tapi aku berjaya buat satu kelas terkaku.aku pergi belakang bangunan sekolah.aku nangis.aku nangis bukan sebab aku buat dia cedera, tapi aku terkenangkan ayah.sampai habis sekolah aku tak masuk kelas.budak alip yang aku hentak tu,3 hari tak datang kelas.demam dan senget bahu.bodoh.siapa suruh kacau aku.

dua
masa aku kecik2.aku anti lelaki.semua sebab ayah.sebab tu kot aku tiada bf masa sekolah.aku sangat takut dikecewakan.kau tahu macammana aku tahu mereka2 yang cuba menarik perhatian cuba mengorat aku?bilamana terselit surat-surat dan nota luahan hati dalam buku sekolah,beg sekolah dan laci meja aku beralamat ketua or ahli kelab dorang.ceh.dan paling lucu bila akhir darjah 6,ada antara mereka yang datang minta biodata,alamat and whatsoeva.gilageli lelaki pun ada buku biodata.so,apa sangatla kan.aku layan kan saja.masa tu aku 12 thn .tak sampai seminggu.posmen datang rumah kasi bungkusan.helaian2 diari seorang lelaki.aku rasa dia baru nak akhil baligh kot.bukan baligh lelaki 15thn ke?tak tahu la aku.geli kot baca.igauan2 dan imaginasi manja beliau tentang aku.dan bertapa admirenya dia pada aku.paling buat aku ketawa bila dia cakap aku nampak gagah ketika menghentam alip.sebenarnya,apa yang buat ia best sebab.walaupun aku tiba2 terkenal kerana keganasan itu.aku down.dan aku yakin dah tak ada lelaki yang nak aku.siapa la yang nak perempuan ganas.tapi surat tu menidakkan segala.masih ada sinar harapan untuk aku rupanya..best.best.tapi masa tu hati aku masih tertutup lagi untuk lelaki.so.memang aku tak pandang sebelah mata la surat dia.lastly,aku g bakar surat tu dengan daun2 pokok kayu manis depan rumah untuk halau nyamuk.takut nak simpan.nanti mimpi ngeri.

tiga
masih disekolah rendah.perkara yang paling bodoh dan sengal yang aku pernah buat kot.dulu masa kecik2 mata tak rabun pun.tapi gatal sangat nak pakai cermin mata.aku pun tak tahu kenapa..sebab nak nampak pandai kot.nampak macam educated la kan.dah la aku selalu duduk depan papan hijau time menulis.depan yang style dok bentang tikar kat lantai tuh.pulun abes nak tunjuk yang sungguh aku ni tak nampak.lagipun aku masa tu tinggi.siapa tinggi kena duduk belakang sekali.tak best langsung nak belajar.selalu la pinjam cermin mata kawan buat main2 test2 try.nampak bergaya dan matured sungguh.masa tu aku darjah 4.orang dah kata aku macam form 4.memekar aku berkembang.balik aku mintak kat mak nak buat cermin mata.mak cakap tak boleh sebab aku tak rabun.aku cakap la aku tak nampak tulisan semua bagai.ok,mak ajak pergi check kat optometris.seronok bunga2 nak pergi wat cermin mata ni.hati debar2.sampai aku tak boleh jawab soalan doktor tu nampak tak huruf ni,nombor tu colour ni semua.dah la doktor tu suspek mata aku teruk sangat ni,kena rujuk pakar.mak pun bawak la aku pergi pakar.kat jalan pudu kot kalau tak salah.check2,doktor pakar cakap aku punya mata tak teruk mana pun.tak pakai spek pun tak pe.dah la mak aku marah.kena bayar ratus2 tapi tak de pape.sebab aku dah cakap kat kawan2 aku cuti sebab nak pergi buat spek,dan spek aku tu tak jadi kenyataan.aku pergi pakai spek mata mak yang lama yang power ratus2.kononnya tu spek aku la.dah la kawan2 kat sekolah puji kau nampak chantek.padahal aku hampir nak pengsan sebab pening gila kot pakai power banyak2 ni,lagipun haram tak nampak apa pun.kabur.nak tunjuk kat kawan2 punya pasal,nanti diorang cakap aku tipu lak.dalam usaha nak dapatkan cermin mata jugak.aku yang memang ulat buku pergi ubah style membaca yang nyata boleh merosakkan mata.gila sungguh.aku rasa aku ada masalah dengan diri sendiri la kot masa tu.masuk form 1 aku masuk boarding school,aku cakap dengan mak aku nak cermin mata.sebab nak duduk jauh kan..mak buat kan jugak.bila dah dapat.haram aku tak pakai cermin mata tu.dah masuk form3 rabun aku betul2 jadi kenyataan.aku dah tak boleh nampak apa2 kat papan hijau.masa tu tanak pulak pakai cermin mata..masuk form4 baru aku betul2 pakai cermin mata..seksa rupanya pakai cermin mata ni.hujung form 4 tiba2 ayah muncul. aku minta kat ayah nak contact lens.form 4 aku dah pakai lens.sampai sekarang aku menyesal.mata aku dah betul2 rosak sebab aku yang ntah pape masa kecik2 dulu.krisis dalaman dengan diri sendiri nih.haih.

empat
Seperti biasa.seranah cikgu matematik.aku bukan tidak bijak.cuma mood2 jiwa yang rosak selalu hancurkan suasana.tak mengapa.maseh disekolah rendah.menjadi fit dan setakat atlit sekolah buat aku malas nak buat homework.busy dengan latihan dan keletihan kan..Justeru.homework pun selalu tak siap.lagilah subjek matematik yang menggunakan dasar usaha tangga kejayaan.Oleh kerana akan menduduki upsr.kerja rumah aku umpama pelajar spm.percaya lah.bertimbun.aku hanya akan siapkan subjek bahasa melayu.sebab aku pakar buat karangan dan cikgu selalu puji.so lebih bersemangat.masa tu buku latihan matematik hanya penuh dengan permainan bingo atau puzzle buatan sendiri.satu hari..cikgu matematik aku yang disangka tenang tiba-tiba berubah sikap,memberang.hanya aku yang tak siap homework masa tu.aku sorang je.perempuan pulak tu.di kelas yang boleh kata super pandai.aku tertunduk.malu kot.di campak buku dari meja dia sampai koridor luar kelas.berang lagi bertambah kot bila ada lukisan manusia lidi di beberapa helaian terakhir buku latihan nipis tu, yang seolah sebuah cerita.aku bukan kutuk dia.walaupun masa tu pelat utara dia tak hilang.walaupun cuba berlagak cool.aku tetap didenda.berdiri diluar kelas tingkat 2 sambil menjunjung kerusi.berat weyh kerusi tu.aku rasa nobita pun tak kena macam tu.malu bukan kepalang.tapi aku cuma tersenyum.berlagak cool kan..dalam hati air mata sudah deru2.semenjak peristiwa itu, aku sudah pandang subjek matematik serius.jangan la cuba ganggu aku bila mana masa lapang menunggu cikgu masuk,aku tekun buat kira2 di buku kerja dan penuh kertas kosong hasil contengan kira2 aku.hasilnya walaupun tak A pada subjek itu.tapi aku stil naik pentas lagi.masa tu ada satu rasa dalam jiwa.cikgu farid.mari tengok aku ambil hadiah ini.walaupun bukan naik pentas sebab subjek dia ,tapi naik pentas bukan sekali ok..terima kaseh la denda aku sedemikian rupa.kalau tak mungkin sampai sampai spm math aku tak A.huhu..bittersweet memory.

lima
zaman remaja aku bermula dengan umur 13 tahun.aku macam tersalah masuk sekolah.aku masuk private school.sekolah agama.kata ibu,aku ni dari broken family,dia tak mahu aku campur dengan budak2 sekolah biasa yang macam sosial dan terkejut .dia mahu aku belaja sungguh2..masa tu era gothic tak naik lagi.aku masuk asrama,jauh nun kat hujung kampung.redha je la.time tu tak pandai nak rebel sangat.kat sini aku belajar macam2.sekolah ni macam sekolah budak2 jahat.mana budak yang kena tahan polis dan tak mahu pergi sekolah pemulihan akhlak diberi choice masuk sini.mak aku tak tahu langsung,sebab dia hanya hantar aku masa hari pendaftaran je.tak jenguk2 macam makbapak orang lain sampai lah habis tahun.aku belajar hisap rokok kat sini.first time.ikut kawan2.aku lah tukang pergi beli sebab aku memiliki wajah excotic 'innocent' kan.pergi kedai mamak kat pekan t.i beli dunhill 7 sambil pakai baju sekolah.mamak tu tak tanya pun,tapi aku ramah mulut cakap aku beli untuk abah.lepass.aku tak tahu kenapa aku nak hisap rokok masa itu.stress kot.haha.upacara akikah rokok berlaku di belakang toilet aspuri.yang mana belakang toilet klasik tu menghadap hutan.
aku hanya hisap sebatang je,habis.tak de la sedap sangat.terbatuk2 gak la.first time kan.sebab ada 7 je.so macam kena jimat.pekan jauh.oleh kerana aku perempuan.bau rokok adalah sangat pelik di aspuri.kerana asap itu sangat kuat melekat pada baju dan lidah.malam tu jam 12.jam 12 tu jugak aku mandi gebush2(maksudnya:mandi laju2,aku mandi pakai kolah besar k).peraturan asrama:tidak dibenarkan mandi selepas pukul 8pm.aku rendam baju dengan softlan berhari2 kasi hilang bau rokok.aku gosok gigi dan lidah sepuluh kali kasi hilang segala bau.berusaha keras sebab aku dengar orang cakap hisap rokok boleh buat gigi kuning.aku mahu hilang segala bukti.lepas malam tu.aku dah tak hisap rokok dah.tak ketagih pun.sebab rokok tu buat asthma aku kembali.sh*t.seksa kalau sakit ni.nak buat apa pun tak boleh.untuk kembali aktif aku tak hisap dah mende alah tu.susah nak hilangkan bukti wo..

enam
sekolah aku setiap pagi pun ada assembly.bosan.aku selalu skip assembly.menyorok dalam loker asrama or toilet sekolah.puncanya adalah.setiap kali assembly mesti aku tak lepas.untuk elak kena sebat dengan cikgu talib.aku sanggup berjuang dikejar cikgu pojiah.selalu pun kena tahan adalah kerana kuku yang chantek,tak pakai lencana dan nametag,me'nila' baju,tak pakai camisole dan kain dalam dan tudung yang lagi pendek dari ustazah.ingat ya dimana aku bersekolah.masa tahun sekolah tu aku ada 1 je tudung labuh.itu pun buat sendiri.gunting dan jahit sendiri.dan ia dibasuh hari2 sampai reput.tak mahu beli sebab kalau beli obviously nampak macam orang baru balik mekah.benda yang paling2 aku sesal kan disini ialah menila baju.
fungsi menila baju adalah,supaya baju kelihatan baru.tapi sekolah aku mengharamkan nila yang memekat sehingga silau mata.satu hari.aku teruja melihat mostly budak perempuan men nila.aku pun beli satu.ujala.setakat ni,kerja menila aku lepas di mata cikgu poji.lagipun.aku bukan lah jenis yang menila baju sepekat uniform pengawas atau pak cik polis.menila baju adalah perkara remeh yang pernah aku buat.tak boleh kena titik2 air.nanti berbelak.satu hari aku tercurah lebih nila.kira hampir pekat gak la.assembly aku dah terer skip.boleh pulak cikgu pojiah dan cikgu talib wat sportcheck kelas ke kelas.aku yang sedang enak menconteng meja tersentak.diorang suruh budak perempuan beratur kat badminton court.panjang.class by class.rasa macam pesalah juvana je.macam kawat cam pun ada.masa tu muka belas innocent wajah aku dah x boleh pakai.atas pelbagai kesalahan.aku didenda time tu jugak.aku tak kesah kalau kena sebat.kurang2 itu antara aku dan cikgu talib yang suka asah rotan je.tapi cikgu poji sangat tak boleh blah.ada ke dia suruh kitorang yang nila baju ni clorox baju time tu jugak.aku dan kawan2 dah resah.bukan apa.cikgu poji penuh dengan suprise.rupanya dia dah prepare beberapa baldi clorox untuk mandikan kitorang,kalo bagi mandi air bunga takpe jugak.cilaks.aku memang x boleh lupa peristiwa tu.dengan segala mata2 yang memandang,lencun jugak akhirnya aku,tubuh keding berbau clorox.basah semua.yucks.menyumpah2 aku dalam hati.dah tu dia tak kasi balik hostel tukar baju.pakai baju dia yang disediakan.baju dia kawan2.kitorang mengucap dalam hati sambil pandang sesama sendiri.hello.dia tu size nye sependek2 manusia kau tahu.kau dapat bayang macammana aku pakai baju kurung dia yang fesyen 80-an tu.singkat macam apa.longgar bagai.masa tu aku dah rasa aku bukan lah makhluk tuhan paling sexy lagi.tak cukup dengan tu.aku tak tahu la apa dendam kesumatnya dengan kitorang.dia denda jalan itik satu sekolah,keliling k.macam tawaf.malu tak payah cerita la.malu aku dah letak kat kaki masa tu.nak melawan dia dok pegang rotan sambil jegil mata yang tak buntang dan asyik jerit dengan suara yang nyaring dan haram tak sedap.haih.hasilnya.kaki aku sakit macam orang patah kaki.seminggu tak boleh jalan.sumpah aku tak nak main nila dah.

tujuh
yang ni aku rasa perkara paling jahat kot.masih disekolah yang sama.aku belajar mencuri.huhu,ini perkara paling malu aku nak cerita.budak asrama.biasa la.bila malam akan kelaparan macam serigala.entah macam mana kawan aku boleh pergi ajak pecah masuk koperasi yang kat depan asrama perempuan tu.masa tu dalam fikiran aku dah tahu dah yang mencuri itu berdosa.so aku tak pergi la mencuri sangat,aku pun bukan nya berani mati sangat.oleh kerana tak mahu dicharge tuhan sebagi pencuri.aku dan kawan lagi sorang hanya jaga line dan tolong bawak bakul yang penuh makanan dari koperasi hingga ke asrama je.jam 3 pagi.warden aku masa tu tak kawen lagi,so dia tidur awal.masa tu kitorang dalam 7 orang.so,bila operasi burung hantu yang pertama berjaya dengan successnya,mereka ajak ulang dan ulang.kadang2 bukan lapar sangat pun.diaorang saja buat hobby.bodohnya sebab diorang hanya curi makanan dan toiletteries je.bila tanya aku,aku nak apa.aku cakap aku nak duit.barulah diaorang pegi amek duit.sekali lagi di ingat kan.aku hanya duduk diluar menjaga line.aku cuba elak dari makan makanan haram tu semua walaupun ia menggoda seperti keropok twisties dan super ring.tapi aku tak boleh tahan godaan ais krim pong(haus dowh) dan duit yang berkepok tebal.duit tu aku tak buat makan.aku buat beli kaset, pen warna-warni dan kertas2 yang untuk buat kad.part time job aku kat aspuri masa tu adalah buat kad hari jadi,kad minta maaf,tulis surat cinta kepada bf or kakak angkat,dan buat kad selamat hari ibu,bapa,anniversary dan macam2 lagi.so,semua tu perlu modal. masa tu mak hanya pos duit rm30 sebulan.mana cukup nak beli galaxie,utopia,gempak semua,keluar pekan lagi,beli batery walkman lagi.lagipun masa tu aku baru menggila musik.tengah nak naik kan.so kaset,radio,walkman semua penting.so,duit adalah sangat penting bagi aku.sampai sekarang aku tertanya2.dulu ada satu kedai jual macam2 jenis dan kaler paper kat the annexe,cm.satu hari aku balik kl,singgah kedai tu.dah kosong.weyh.mana pergi weyh.aku terduduk sorang2.penuh harapan datang.bankrup ke.aku rasa dia mesti pindah mana2 ni.tak tanya lak orang.sebab aku kan pemalu.oleh kerana hari nak kiamat dah ni,aku nak minta ampun pada semua yang terlibat eh.aku harap tuhan ampunkan dosa aku.sampai sekarang semua kawan yang terlibat aku lost contact.aku tak tahu jadi apa lah diorang tu.huhuhu.

lapan
masa ni dah pindah sekolah lain.masa masuk sekolah ni aku tak suka berkawan dengan rakan sebaya.means dengan rakan sama umur.kawan2 aku masa tu kakak2 senior.advance sket.oleh sebab aku bestfren ngan calon spm,so automatic aku jadi sangat rajin masa form3.masa form1 satu menda pun aku tak tahu belajar apa.masa form3 aku cover semua.masa umur 15 tu aku study macam budak U kot.gila2 stayed up every night kat kelas sampai pukul 3,4 pagi.dalam hari2 dok study,stok makanan pun berkurangan dan selalu habis.idea gila kakak ni,kitorang pun berbaik la dengan pak guard bertugas..pak guard ni kitaorang panggil atok.dok ajak layan sabrina the teenage witch ngan lizzie mc guire sama2 dalam pondok pengawal.nak berbaik2 kan...atok ni baik.dia kasi kitaorang pecah masuk dining memasak.ada nasi lebih petang tadi nak buat nasi goreng esok pagi simpan dalam freeze kitorang amek sket wat goreng nasi malam tu.gila weyh,masak nasi 4 orang makan dalam kuali kawah besar.dah la nak hidupkan api pun terkial2.dah siap semua,kena bersihkan segala kesan bukti.malam2 dok sental kuali kawah.dah la berat.huhu.sampai satu hari kitaorang dah penat nak buat aktiviti tersebut.kitaorang dah tak buat dah.boring.buat plan lain.terbangggg..fuh.macam keluang man.belum masuk peristiwa masuk belukar,harung dusun pisang,dan masuk redah paya semata2 untuk nasi pataya pada pukul 3pagi.hostel rules beb.

sembilan
aku paling tak suka kelas bahasa arab.aku tak tahu kenapa.bila ustazah masuk je.aku letak kepala atas meja.tidurr.kalau tak tidur aku conteng2 buku,lukis2.aku tak suka sebab aku rasa bahasa arab ni macam complicated,dah tu ustazah tu suka tak datang kelas,so aku tak faham apa dia ajar.yang aku tahu kena hafal2 word2 dia.sapa tak dapat kena berdiri sampai habis kelas.boring sungguh.akibat sikap aku yang lebih rela berdiri dari menghafal tu.ujian bahasa arab aku banyak merah dari biru.kalo biru pun paras2 hidung je.masa ni form 3.aku kelas pertama.so standard kena jaga.dalam report card aku bahasa arab je yang cacat.yang lain semua cemerlang.cantik je biru.lagi beberapa minggu nak pmr,pengetua buat kejutan.dia buat lawatan mengejut.macam pak lah tiba2 buang tebiat g naik tren.tibe2 pengetua masuk kelas aku tanya siapa yang failed subject bahasa arab.siapa yang failed kena berdiri, aku yang tengah baca komik detective conan yang disorok kat bawah meja tersentak.aku tanya kawan2.apasal bahasa arab je..termangu2 sendiri.nasib baik ada geng sorang dua.tak pasal kena berdiri atas kerusi.lepas tu kena sebat pakai rotan.aduhh.apa salah aku.banyak kali lak tu.lepas tu tangan aku birat2 seminggu kebas.selepas kejadian,aku jadi pendiam.study bahasa arab dengan tekun.study yang basic je la.alhamdulillah lulus.pmr aku pun cantik je.laju2 aku ambil borang tukar sekolah lain.tak sanggup aku nak sambung spm kat situ.dengar cerita bahasa arab tinggi kena hafal 2000 words sehari.nak mati....tidak la aku sanggupppppppppp.

sepuluh
masa sekolah aku.aku tak lah hot pun.tak langsung kot.makin besar aku makin pendiam.krisis keluarga.masa tu dah masuk pertengahan remaja, jiwa kecamuk, aku jadi macam apa tah.tahu nak rebel je masa tu.jiwa sangatlah sensitif masa tu.dalam emo2 aku ada gak la sampai surat2 selit2 kat buku,file,loker,laci meja semua.dari secret admire la konon.dalam banyak2 surat ada satu surat ni aku tertarik sangat nak tahu siapa empunya badan.hat lain punye surat,kalau struktur ayat tak menarik aku buat sapu tahi cicak je.budak tu mengikut surat adalah junior aku..sangat mengikuti setiap perkembangan aku,coklat hari2 dalam laci.bahagia sungguh rasa masa tu.walau takde bf.tapi ada peminat.aku rasa,budak ni lelaki..dan aku harap dia kacak.duduk2 boring.aku pergi la main berbalas surat ngan dia.konfiden ni.tapi masalah nya.segala pergerakan aku kat aspuri dia tahu.hari2 ada je orang kirimsalam bila masuk dorm.
aku dah pelik.apahal budak ni macam extreme semacam je.aku tanya la junior dorm aku,siapa yang bagi surat,coklat,bunga,kirimsalam semua tu.dorang tanak jawab.musykil ni.satu hari budak ni nak jumpa aku lepas prep.nak ambil aku jadi kakak angkat.berdebar lak tiba2.aku pun siap lawa2.nak jumpa kat pondok bawah pokok besar.romantis.rupanya orang yang selama ni aku anggap lelaki adalah perempuan.aku sangat pelik.kenapala dia sangat admire aku.dia perempuan dan aku perempuan.dah aku terjerat dengan permainan ni.aku hadap kan saja.stalk laa..asalkan dia tak kacau hidup aku dan keep on bagi macam2 hadiah kat aku.aku terima je..aku ingat lagi.nama dia amirah.huhu.sampai sekarang aku x contact dah dengan dia.seramm mak nokk.


2 comments:

prejudis said...

penatnya bace..=p

Anonymous said...

bukan selalu.