Monday, September 1, 2008

misi membunuh makhluk ganas

bila lidah kelu
berbicara apa pun bisu
bunyi sayup
hampir tidak kedengaran
bukan berat
cuma maksud hati yang tercapai

bunyi-bunyi baran
pasti tak dapat tumpaskan
bunyi-bunyi perut

yang cuba digapai bukan kau yang punya
janganlah cuba tunjuk muka meminta di tangankan

bila anak bulan yang itu menjengah muka
cuba la tekad
kuatkan hati
kibarkan semangat
masa mungkin cukup

adakah musim membalas dosa sudah berakhir
atau
ia baru bermula
perlu bersedia
lengkapkan segala perlindungan
bukan menyembunyi atau larikan diri
cuma tak mahu terluka

jangan menangis
kerana jarang tangisan itu menawan

enggan mengaku dan pura-pura malu
satu sifat baru
mari catat dalam sejarah

4 comments:

prejudis said...

yeah.menawan sekali

Ande Sikutawangsa said...

"enggan mengaku dan pura-pura malu, satu sifat baru, mari catat dalam sejarah."


mari kita catat sejarah dengan makan siang hari bulan pose depan pak imam masjid besar.


ha.


salam singgah. :)

the indie story said...

Salam Ramadhan Paperdolls@ Biskut Milo.

Kali pertama aku menjengah kesini. Tertampak semuanya serba hitam. Namun tidak mengapa, bukankah hitam itu menawan?

Bagus sekali bila ketemu satu kepala yang suka berbahasa supersonik. Teruskan menulis.

Bila kamu mahu belanja aku berbuka puasa ya?

Foto epal ku untuk kamu, sila makan jika boleh.


Selamat bertarawikh.

ochs widdle said...

salam-salam semua.

john.mel:

itu sudah termaktub dlm sejarah.bila disergah disiang hari dgn serpihan makanan dibibir oleh imam besar masjid masing2.kau rasa itu sudah cukup cumel



mod.indie:

hitam itu menawan.hitam nampak kemas.name saya bukan rain.
ahlan wa sahlan saya ucapkan.

berbuka puasa dan belanja?
mungkin boleh bila selesai kamu berpuasa enam.saya sekolah.kena belanja jugak?(-_-")

sekadar foto?
pfft