Sunday, August 31, 2008

dunia tanpa bencana

kontroversi versi apa yang sedang dicipta.
semua pun sudah tersedia
tadah muka
mari jelir
biar aku tarik sampai putus
supaya harapan untuk kesudahan itu ada

berserabut hati
berselirat

meriah percikan bunga api
bising
x sebising hati aku
menjerit dan meronta minta dibebaskan
kosong dalam pancaran sejuta warna itu
sunyi dalam kubikel yang penuh dengan foto itu

bunga api malam merdeka
cantik menghias langit
tutup segala keindahan bintang untuk sementara
dan sesekali langit menghulur guruh membelah panorama
sebagai peringatan
indah setiap jalur
ingat
ia pedih bila tertusuk mata
jadi
ayuh jauhkan diri
aku x mahu jumpa doktor esok hari

*memetik dugaannya
berkecamuk hati
hatiku sendiri,bukan sesiapa pun
persoalannya di sini sampai bila mampu aku bertahan
mampu ke aku bertahan
nampak ketarakah dilema di wajah
di luarnya memang tenang tapi Tuhan saja tahu
*entri penuh tanda soal dan noktah besar


dan bila suara-suara itu berkumandang
dan baran dilepas merata
busuk seperti bangkai
kambus dengan tanah pun masih terhidu
hah.pergilah berperang perwira negara
kau parajurit pertiwi
pasti di junjung negara
berbangga lah
dan rakyat akan bersorak

dan sorak itu tidak kosong

No comments: