Showing posts with label wishes. Show all posts
Showing posts with label wishes. Show all posts

Friday, January 20, 2012

After midnight

salam jumaat.

hari-hari terakhir sebelum cuti semester bermula.
dan kawan-kawan yang dah habis study dan sibuk dengan finishing school.
tahniah aku ucapkan.
gigih jugak rakan-rakan sekelas saya menghabiskan ijazah tanpa kandas.

cuma aku yang sedikit terlewat dari sasaran.
tak mengapa.pelan hidup aku sudah cantik allah aturkan.
tahulah dia apa yang terbaik untuk aku.

bersyukur untuk setiap rezeki yang tidak disangka-sangka.
dan bersabar atas setiap musibah yang sangat tak dijangka.

life must go on.
have a great and longggg holiday everyone!

Wednesday, January 11, 2012

happy 24th years


selamat sudah detik untuk tumbesaran bagi tahun ke 24.
permulaan tahun yang cantik dan menarik.
something awesome was happened.
dan a big grinned pun still not enough untuk gambarkan segala gembira.

perlu bersyukur atas setiap perkara.
juga perlu bertabah untuk segala musibah yang berlaku.

usia bukan sekadar peningkatan usia.
banyak lagi yang perlu di belajar dan diperbetulkan dalam hidup.
tapi, still.agar tidak terlalu stress, harus chill dan rileks macam biasa.

sambutan kali ini meriah dengan makanan.makan makan dan makan.
membulat jangan cakap lah.
lepas ni pasti kena bekerja keras untuk bentuk badan di masa depan.

23 adalah terlalu banyak suka dan duka yang tak mampu nak di ceritakan.
terima kasih untuk orang-orang penting yang selalu berada di sekeliling.
and.hey welcome 24.laju gila masa berlalu.

currently mood is in exam week.
so, perlu struggle untuk maintainkan apa yang patut.
harapan tidaklah setinggi mana.cuma jangan jatuh dari semester lalu.
wish me luck!

Friday, September 9, 2011

090911

genap 4 tahun.
tak boleh nak kata apa.
cuma boleh senyum sampai telinga sambil syukur pada Tuhan.
kerana mengharungnya bukan mudah.
mengapainya bukan selalu indah.
tapi berjaya capai misi.
so, lepas ini kena plan misi baru.
target yang lebih berat dan matang.

terima kasih kerana sentiasa ada
terima kasih untuk setiap perkara

semoga Tuhan itu terus menetapkan hati kamu pada yang satu.


Monday, August 1, 2011

salam ramadhan

rupanya dah masuk ogos.
dan juga 1 ramadhan.
selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa.
yang tak puasa duduk diam-diam.
jangan menyakat/menggoda orang.

tadi pagi sangat sweet je rasanya bersahur dan baca niat puasa sama-sama.
harap-harap untuk tahun yang akan datang, manis itu tak hilang.

hari ini kat office, masing-masing ramai yang ambil cuti.
konon berpuasa di kampung.

tapi for sure, bazaar ramadhan adalah hotspot hebat pada waktu petang.
mesti full house dan makanan mesti banyak sold out.biasa lah.
dah 2 tahun pemerhatian aku.
1st ramadhan nafsunya normally lain macam sikit.
lepas maghrib,makan macam ikan buntal dah tak larat nak berterawikh.

tapi.ini tahun azam ramadhan aku lain sikit.
hehe.tapi hari ni tak boleh cerita.
sebab semalam dah habis sedih.

oqeh.untuk mereka yang pernah aku terbuat dosa.
harap ampun kan.err.juga halalkan makanminumsegala.
semoga kali ni punya ramadhan, puasa dan amalan aku akan lebih barakah.

Friday, July 15, 2011

outdoor! II

awak.

tunggu saya pulang dengan selamat taw.

:)




Saturday, May 7, 2011

ma ma ma ma ma

This guy always made my day.
This is maybe his latest video i thought.
He remind me when i am in Merbok,Kedah and calling mom asking for a cooking recipe.lol.
He's really cute i thinkk..hehe.

Ok.my mom also cute.
She never give up to rise me up till this size.haha.
and she always trying to understand me for who am i.
She is really tough by facing any challenges in her life,
she is my wonderwoman secretly.



Love you ma,
I know you love me eventho idk how much it was.
Happy Mothers Day ma.
I love you forever.
and i will try to not hurting you anymore.

one more thing, lagu yang aku suka pasang time study jam 3 pagi di perantauan dulu.
masa tu rasa macam berkobar-kobar je nak balik rumah.al-maklumlah duduk jauh.
sekarang dah dekat sangat, sometimes jadi macam kawan-kawan je.

current playlist : Selamat Hari Ibu - Hujan

Dengarkan lah lagu
Laguku ini
Ikhlas dari hati... Hanyalah untuk mu

Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu...
Menciummu...

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Wednesday, April 27, 2011

Lucky Duck

hey.
to all my good friends
wishing you the whole luck for answering an exam paper.
you are what you write.hehe
and
good luck for me too.
happy studying yo!


lupakan sekejap percutian hebat.
dan
telan pil konsentrasi untuk menelaah.

Thursday, April 21, 2011

Lelaki ini


ye.lelaki ini sudah menjangkau umurnya lebih 25 tahun.
senang cerita 20++ lah. kasi feeling muda-mudi sikit.
sangat sibuk nak umur sama macam aku.huh.
kalaulah waktu boleh diputar semula.

btw.dia adalah cik bungahati saya.
kenapa bungahati?
sebab dia adalah budaknya yang suka bikin hati aku berbunga-bunga tak kira musim.
macam tak sedar di makan waktu,
sekejap sangat rasanya untuk meraikan ulangtahun kelahiran yang seterusnya.

aku tak tahu nak karang apa,
cumanya segala panjang lebar ini adalah serta-merta serta tidak dirancang.
semoga awak semakin berjaya di dalam hidup.
menjadi manusia yang semakin beriman,
di murahkan rezeki, di panjangkan umur dan semoga berjaya bertemu jodoh dengan orang yang awak cinta.
semoga awak memperolehi apa yang awak hajatkan.
jangan garang-garang sangat, nanti muka cepat berkedut macam nenek kebayan.
dan lagi....akan bersambung dalam bentuk lain ye.=)

selamat hari lahir umar brunoz...

Wednesday, February 2, 2011

birthday man

selamat hari jadi ayah.
yang ke 51,tapi kalau nak yang ke 15 pun tak da hal.
celebrate pertama selepas beberapa tahun bergelar stepfather kepada aku.dan adik-adik.
mungkin sebelum ini pernah ada, tapi aku tak pernah rasa dan berada bersama.

urm.tak reti nak wish apa.
semoga sentiasa sihat dan berbahagia bersama ibu saya.
dan jangan selalu nak buat-buat sihat kalau pun sedang sangat sakit.
aku tak faham kenapa lelaki nak ego-ego bab sakit-sakit nih.bahaya ok.
dan semoga murah rezeki mencurah-curah.

and thanks to adik-adik, kawan-kawan yang sudi berkolaborasi bersama walaupun terpaksa tahan telinga dan mata dari nyanyian uncle-uncle tua,ok, kalau dah uncle mesti tua kann dan thanks a lot lah kepada semua-semua yang sangat membantu.

sekian.

Tuesday, January 4, 2011

twentyeleven

and the most favorite number is 11 instead of 8 or 88 or 088.
selamat hari lahir to januari babies.
wink.

Saturday, October 23, 2010

manusia kayu

hidup yang perlahan
bila berseorang
hidup juga sepi
bila kau lonely

tagih pada dunia
segala perhatian
jaja setiap inci bulu di tubuh
supaya kau lebih rasa bahagia
dengan mewahnya hidup

supaya kau dah tak rasa sunyi
bila semua sudah bertadah pada muka kau seorang
ibarat kau seorang yang ada kawan
yang orang puja-puja

tak mengapa
aku cuba faham
segala sakit psycho yang kau ada
sebab kadang-kadang aku juga pernah rasa sunyi
tapi sunyi aku tidak lah seterdesak kau.
get a life man.
a real life.

Monday, September 13, 2010

13 september suatu ketika dulu


Dengan ini saya ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke 21 untuk adik saya si kura-kura jadian.penat mak saya lahirkan seorang jejaka,entah macamana boleh jadi kura-kura saya pun tak tahu.hari ini dia sudah cukup besar dan panjang saya rasa.dengan hobi terkini mengeget orang.haish.dasar kura-kura jadian kan?

semalam on the way pulang dari kampung ke shah alam.ada orang berdehem-dehem macam orang sakit tekak tak dapat air.eh,rupanya sudah pukul 12.jadi kami sekeluarga dengan penuh rasa happening mendendangkan lagu hari jadi versi p.ramlee dan versi moden untuk dia.walaupun dirai dengan singgah di RnR dan beberapa cawan minuman dan beberapa cucuk satay dan cerita-cerita kebangkitan saat kau di lahirkan di dedikasikan oleh emak.
mesti kau terharu bukan kepalang rasanya.
nah.ambil lah kek ni buat santapan.









semoga untuk hari-hari akan datang kamu semakin dewasa dan mendengar kata dan menjadi anak yang taat dan soleh dan bf yang patuh pada perintah tuhan ye...



dari:
kakakmu yang lovely lagi manis.